Epilog

404 16 0
                                    

Assalamualaikum semua. This is actually supposed to be a short story. But I somehow managed to break it down into 12 parts. Wow, applause!
Apa-apa pun, ni bab yang terakhir. May Allah bless you all :)
----------------------------------------------

        Awliya menyelak lembaran seterusnya. Gambar dia bersama keluarga Wafiy ditenung lama. 11 tahun masa yang diambil untuk mereka kembali bertemu. Dia tersenyum sedikit. Tak sangka Allah memberi peluang untuk mereka sekali lagi bergelar keluarga.
"Kak Liya! Kenapa lambat sangat? Ada lagi ke kotak yang nak kena angkat?" suara mengah Aina kedengaran sebelum muka adiknya itu terjengul di depan pintu.
"Hah? Dah, dah. Jap nak seal kotak yang last ni," dia berkata seraya meletakkan kembali album gambar tadi dan mula menutup kotak tersebut.
"Semua dah tunggu dalam kereta dah. Ingat tadi dah habis dah."
"Akak pun ingat macam tu. Lupa yang akak ada satu lagi kotak ni. Dah, jom turun," dia menjawab sambil mengangkat kotak tadi.
"Nak Aina tolong ke?" Aina memandangnya dan dia hanya menggelengkan kepala sambil mengarah Aina untuk turun ke tingkat bawah.
"Ada lagi ke? Kata tadi dah habis?" Mikhail bertanya sebaik sahaja mereka keluar ke halaman rumah sewanya.
"A'ah. Tak perasan tadi ada lagi satu kotak."
"Meh sini," Mikhail berkata sambil mengambil kotak yang dihulurnya. Dia melihat dengan mata Mikhail yang mengisi kotak terakhirnya ke dalam but kereta sebelum menutup but tersebut.
"Dah, jom. Bang, dah settle," Mikhail berkata pada lelaki yang berada di tempat pemandu sebelum masuk di tempat duduk penumpang.
"Ready?" Wafiy bertanya.
"Daahh," Aina menjawab terlebih gembira.
"Bising," Mikhail berkata sepatah dan Aina sepantas itu membuat muka. Awliya hanya tergelak melihat telatah mereka berdua.

        ​"Waah," Aina berkata saat Wafiy membelokkan kereta memasuki halaman rumah banglo itu. Awliya turut memerhati dengan mata bersinar. Cantik! Senyumannya yang hanya kecil mula membesar apabila melihat mama keluar daripada pintu utama rumah itu. Wafiy memberhentikan kereta betul-betul di hadapan mama.
"Dah sampai dah anak mama," mama berkata seraya memeluk tubuhnya. Dia hanya tergelak apabila Wafiy yang baru keluar membuat muka pada mama.
"Lama sangatlah baru jumpa pagi tadi tu?"
"Biarlah. Jealous!" dia menjelir lidah pada Wafiy.
"Hahaha. Ada-ada je kamu berdua ni. Malu tengok dekat Aina dengan Mikhail."
"Biasa dah," Mikhail menjawab selamba.
"Ayah mana?" Wafiy bertanya.
"Dia keluar sekejap pergi beli cendol. Tengah-tengah panas ni sedap makan benda sejuk."
"Lah. Kenapa tak suruh kami singgah beli je?"
"Takpalah, Fi. Warung depan tu je pun. Tak jauh mana. Kejap lagi baliklah ayah kamu tu. Dah, jom masuk."
"Kotak-kotak ni?" Aina bertanya pada but yang sudah dibuka.
"Oh, lupa mama. Elok angkat siap-siap. Nanti dah boleh rehat terus."
"Ok," Mikhail menjawab sepatah sebelum mula memunggah kotak-kotak tersebut.
"Nak letak mana ni?" Aina yang hanya mengangkat satu kotak kecil bertanya.
"Kecik tu je?" Mikhail bertanya dengan kening terangkat.
"Biarlah. Perempuan tak boleh angkat berat-berat." Mikhail hanya membuat muka.
"Apa? Ingat orang tak boleh angkat ke??" Aina geram dan kembali ke but untuk mengangkat kotak yang lebih besar. Awliya hanya melihat dari tepi Aina yang kembali bergerak tetapi dihalang Mikhail.
"Apahal?" muka Aina tak puas hati. Dia hanya menahan tawa melihat Mikhail yang suka menyakat Aina.
"Gelak, gelak," Wafiy yang berdiri disebelahnya menyiku perlahan lengannya.
"Mana ada," dia memprotes tetapi gagal apabila ketawa kecil terlepas daripada bibirnya ketika Mikhail mengambil kotak yang dipegang Aina dan segera bergerak ke dalam rumah bersama Aina yang mengikut dengan geram, cuba mengambil kotak itu kembali.
"Dia ni," Wafiy memandangnya sambil mengangkat kening. Dia hanya mengangkat bahu pada Wafiy.
"Kenapa dengan dia orang tu? Mikhail suka Aina ke?" Wafiy bertanya dan dia mendongak terkejut. Tajam betul dia ni.
"Patut pun dia sakan menyakat Aina."
"Mana awak tau?"
"Terang benderang dia tunjuk. Takkanlah saya tak nampak. Kan, ma, kan?"
"Hmm.." mama berkata sambil mata masih memandang ke dalam rumah.
"Kenapa ma?" dia bertanya.
"Tau ke dia orang mana nak letak kotak-kotak tu?" dia menepuk dahi.
"Betul jugak, ma. Sakan dia orang gaduh sampai tak tanya kita pun mana nak letak."
"Dah tu, apa lagi? Angkatlah kotak-kotak tu. Tunjuk dekat dia orang mana nak letak," Wafiy yang entah bila memunggah kotak-kotak di dalam but sudahpun memasuki rumah.
"Baik bos,"  dia berkata sebelum bergerak ke kereta untuk mengangkat kotak yang tinggal. Sempat dia melihat Wafiy menjeling padanya. Dia hanya tersenyum kecil.
"Aik? Habis dah? Mama nak angkat apa?"
"Eh, datin mana boleh angkat apa-apa. Biar kami yang kuli-kuli ni je yang angkat. Datin tunggu datuk sampai bawa balik cendol," dia berseloroh pada mama yang hanya ketawa kecil padanya.
"Ada je budak seorang ni. Tak berubah perangai."
"Tapi ada mama Liya yang seorang tu sayaaaang sangat kat Liya walaupun perangai macam ni."
"Ye lah tu. Sayaaaang sangat-sangat," dia ketawa pada kata-kata mama yang mengikuti mereka masuk ke dalam rumah.

​        Awliya terpaku di depan pintu bilik barunya. Cantik. Senyuman kecil muncul di bibirnya. Bilik sewanya dahulu hanya sekangkang kera sahaja besarnya.
"Like what you see?" bisikan Wafiy pada telinganya membuatkan bulu romanya meremang.
"Fi!" dia tergerak ke belakang sebelum terpijak sesuatu yang membuatkan dirinya terhuyung-hayang ke belakang.
"Fiii!!" dia lantang menjerit sebelum tangan tegap Wafiy merangkul pinggangnya, menahan dirinya daripada jatuh terlentang.
"Woooo!" suara Aina di muka pintu membuatkan mukanya merah padam. Segera dia membetulkan diriannya.
"Eleh, eleh. Itu pun nak malu," Aina menyakatnya.
"Ainaa," dia membuat suara mengugut.
"Kenapaaa?" Aina mengejeknya.
"Isy, budak ni!" dia segera membuka langkah seribu dengan Aina yang kelam-kabut berpaling ke belakang untuk berlari tetapi adiknya itu tersembam pada Mikhail yang baru tiba. Jatuh terduduk terus Aina sambil memegang hidung.
"Sakiiiiittt."
"Aina. Ok tak?" Mikhail sudah duduk di hadapan Aina dengan muka risau.
"Hahahaha. Padan muka," dia berkata  pada Aina yang menjeling tajam padanya.
"Kak Liya!" Mikhail berkata lantang padanya membuatkan Aina terkejut dengan reaksi Mikhail.
"Woooo. Someone's angryyy," dia menyanyikan kata-katanya.
"Kak Liyaaa," giliran Mikhail membuat suara mengugut padanya pula.
"Yeee? Kenapa Mikhail? Mikhail nak buat apa dekat akak?" dia mengejek adiknya itu. Suka dia melihat muka geram Mikhail. Suka betul kau dekat Aina, ye? Dia sedikit terkujat apabila Mikhail bangun dan mula menghampirinya. Dia panik. Budak ni betul ke marah dekat aku? Segera dia menyorok di belakang Wafiy.
"Tahu takut," Wafiy berkata padanya.
"Lah, semua ada dekat sini ke? Puas mama cari. Dah, jom makan cendol. Abah dah balik," mama muncul di muka pintu bilik.
"Hah? Cendol?? Sedapnyaaaa. Dah lama tak makan. Nak, nak," Alia berkata sambil mengikut mama ke dapur. Mikhail turut sama beredar tetapi sempat menjegilkan mata padanya sebelum berlalu.
"Fuh! Selamat," dia berkata seraya membuat gaya mengelap peluh di dahi. Wafiy mengetuk perlahan kepalanya membuatkan dia memandang serong.
"Nak sakat orang, tapi takut. Isy isy isy," Wafiy berkata sambil menggelengkan kepala. Dia hanya menjelirkan bibir.
"Dah, jom cendol," Wafiy memeluk bahunya dan menarik dirinya keluar bilik untuk ke dapur. Dia tersenyum sedikit.

From: fihsan_muslim@gmail.com
To: awliyasamad@yahoo.com.my
Subject: Nur Awliya binti Samad ?

Err.. Assalamualaikum Awliya. Ok. Ni kali kedua aku tulis surat..err.. kali pertama aku taip email untuk kau... Krik krik... Apa2 hal pun, aku nak tanya. Kau sihat? Aku pun tak pasti kau guna lagi ke tak e-mail ni. Dah nak dekat 10 tahun kot. Hmm.. Aku dah 2 tahun balik Malaysia. Tapi sampai-sampai je dekat sini, kau dah hilang. Rumah Meranti pun dah takda. Tak tau mana aku nak cari kau. Sampailah aku selongkar rumah cari buku nota zaman sekolah kita dulu. Nasib naik jumpa. Kalau tak, maybe tak sampai jugak lah kot email aku ni. Itupun kalau kau baca.

Anyway, aku nak tanya balik. Kau apa khabar, Li? Sihat? Mama dah puas fikir cara nak cari korang balik. Aku pun sama. Kitorang harap korang semua sihat. Aku nak tanya.. macam mana nak jumpa korang? Jumpa kau? Aku doa siang malam kau dapat email ni. Walaupun cliche, aku rindu kot. Dekat korang semua.. Dekat kau.. Hmm.. Ok assalamualaikum.

​​​​​​​​​​Yang confused,
​​     ​​​​​​​​      Wafiy

Awliya, WafiyWhere stories live. Discover now