Maka Laksanakanlah

72 5 0
                                    

Akhi,
Lihatlah ke sini
Belum tibakah masanya untuk kita menjadi pelaksana
Setelah kita saling mengetahui
Bahawa tiada istilah layak atau sabar
Dalam melaksanakan kebaikan.

Akhi,
Dunia ini sedang bergerak pantas bersama isi-isinya.
Andai kita menangguh untuk berlari
Niscaya kita akan ketinggalan bersama yang duduk
Walaupun kita menjangka
Kita lebih baik dan lebih faham,
Tapi sayangnya hanya baik dan terbeza
Dalam hati, fikrah dan kata-kata.

Akhi,
Aku bersyukur saat ini
Umat tidak nampak getusan hati dan perancanganmu
Kalau mereka melihat
Mereka pasti menjadi mangsa janji politikus seorang da’i
Yang beria-ia berlipur lara
Sedang mereka melihat dalam ketenatan
Dan menanti bangkit perjuanganmu.

Akhi,
Perubahan tidak akan berlaku
Hanya dengan perancangan dan strategi
Atas lembaran-lembaran kertas
Yang belum terlaksana.

Akhi,
Semalam kita sedih dengan lembabnya pergerakan kita
Penyesalan ditulis dalam buku-buku
Setelah selesai ia tinggal hanya sebagai kelegaan
Lega menyesali lambatnya bergerak
Lega setelah menyesali diri tak sebaik fulan dan fulan
Lega dan lega yang berulang-ulang
Akhirnya,
Menjadi biasa dengan penyesalan yang rutin
Seolah-olahnya berkata;
Tidak mengapa aku tidak bagus lagi
Kerana aku sadar dan rasa bersalah dengannya
Esok baru aku bertindak
Selepas aku punya kuasa dan kematangan.

Esok..
Masihkah ada esok
Jika hari ini tidak wujud dalam kamus perjuanganmu.
Khabarkanlah kisah Ka’ab ra. yang dipulau
Dengan pulauan yang sungguh sesungguhnya
Bukannya kerana dia ingkar
Tapi hanya terlambat
Dan menangguh-nangguh,
Betapa beratnya kesalahan menangguh-nangguh!
Dan begitulah dirimu
Jika perbuatanmu tak sesohih perancangan,
Jika strategimu ditangguh dengan alasan,
Maka siapakah lagi yang dapat menghukummu
Selain masa depan yang pudar?

Akhi,
Ayuhlah bergerak menzahirkan
Segala perancangan dan kata-kata
Hari ini.
Kerana esok belum tentu tersimpan buat kita
Kerana esok
Bukti jelas di hadapan Allah
Bukanlah bukti fikiran dan kata-kata lagi.

Maka laksanakanlah akhi.

11 Disember 2011

Puisi: Satu DekadWhere stories live. Discover now