Ketua pengawas lantas mengarahkan pengawas lain memegang Jungkook supaya Jungkook tidak melarikan diri dan di bawa ke bilik pengetua . Jungkook yang masih terkejut dan terpinga-pinga hanya akur . Disebabkan dompet tersebut mempunyai sejumlah wang yang banyak , pihak polis dipanggil datang ke sekolah . Begitu juga eomma tiri dan kakak tiri Jungkook .
Sebaik sahaja eomma , kakak tiri dan Jungkook ditinggalkan sendirian di pejabat pengetua , eommanya mula meledakkan kemarahan yang telah ditahan sejak dia mendapat panggilan tentang Jungkook . " Kau tahu aku jaga kau elok-elok ...bagi kau tinggal dalam rumah tu ! Tapi kau curi duit dan telefon orang lain ?! Kalau appa kau tahu kau perangai macam ni ...dia takkan mengaku kau anak dia tahu ! Eomma kau pun menyesal agaknya lahirkan kau ! Tak guna ! " marah Pn. Kang sambil memukul kuat badan dan lengan Jungkook .
Tidak cukup dengan itu , rotan yang berada di pejabat pengetua diambil dan dihayunkan rotan tersebut ke badan dan kaki Jungkook . Jungkook hanya memejamkan mata menahan kesakitan . Kakak kembar tirinya hanya memandang dengan pandangan sinis dan sakit hati kerana mereka perlu datang ke sekolah dan mengambil cuti kerja hanya semata-mata untuk adik tirinya yang tak guna itu . " Mianhae eomma . Bukan salah Jungkook . " bela Jungkook . " Bukan salah kau ? Habis tu macam mana benda tu ada dalam beg kau ?! Ada kaki ?! " marah Da Hee yang mula tidak sabar .
Tukk..tukkk...
Bunyi ketukan di pintu memberhentikan perbuatan Pn. Kang dan kakak kembar tirinya . Pengetua dan guru disiplin masuk ke dalam pejabat tersebut bersama ketua pengawas dan beberapa pengawas lain . Ketua pengawas tersebut memegang beg milik Jungkook . " Puan . Sila duduk . Saya ingin cakap sesuatu . " kata pengetua mengajak Pn. Kang berbincang .
Pn. Kang dan kakak kembar tirinya duduk di sofa yang disediakan . Ketua pengawas mengeluarkan sekotak rokok dari beg Jungkook . Jungkook sangat terkejut melihat rokok itu . Kakak kembar tirinya mula memandang tajam pada Jungkook . " Kami akan menggantung Jungkook untuk dua minggu . Sepatutnya Jungkook dibuang , tapi kami meringankan hukumannya kerana dia pelajar cemerlang kami . " kata pengetua .
" Jadi puan boleh bawa dia pulang . " kata guru disiplin pula . Pn. Kang hanya mengangguk lemah . Jungkook mengikut eomma dan kakak kembar tirinya ke luar bangunan sekolah untuk pulang . Semua pelajar mula berbisik sesama sendiri apabila Jungkook lalu di hadapan mereka .
Jungkook hanya memejam mata menelan semua bisikan dan kutukan tentangnya . Sampai sahaja Jungkook di hadapan kereta milik kakak kembar tirinya , Da Hae menolak Jungkook dari masuk ke dalam keretanya . " Kau balik sendiri . " kata Da Hae dan memboloskan diri ke dalam kereta .
Jungkook berjalan lemah pulang ke rumah . Sebaik sahaja sampai di hadapan pagar rumah , dia melihat sebuah beg yang agak dikenali . Dia membuka zip beg tersebut dan mendapati semua baju miliknya dan beberapa barangnya berada dalam beg tersebut . Pintu rumah diketuk bertalu-talu dengan tangannya .
" Eomma ! Noona ! " panggil Jungkook kuat . " Bukan salah Jungkook ! Jangan halau Jungkook ! " bela Jungkook sambil mengetuk pintu rumah itu lagi . Lagi . Lagi . Lagi dan lagi sehingga tangannya berhenti mengetuk kerana sakit yang dirasai di tangannya .
Dia mengambil begnya dan berjalan lemah keluar dari halaman rumah milik keluarganya . Jatuh air mata Jungkook apabila dia dihalau . Hujan mula membasahi bumi seperti menangisi nasib Jungkook . Jungkook duduk di perhentian bas untuk berteduh . Dia memeluk lututnya sambil mengalirkan air mata .
Sebaik sahaja hujan berhenti , dia berjalan ke kafe tempat dia bekerja . Mungkin dia akan mendapat tempat berteduh untuk malam ini atau mungkin tidak . Dia hanya mahu mencuba nasib . Namun tiba-tiba dia terdengar seseorang menjerit meminta tolong dari lorong yang agak sempit .
Dia mencari gerangan yang menjerit meminta tolong dan ternampak Ji Hyun dikepung oleh beberapa orang yang berbadan besar dan memakai topeng muka . Apabila salah seorang mula bertindak mengasari Ji Hyun , Jungkook mula mengeluarkan seni mempertahankan dirinya yang dia belajar ketika di sekolah rendah .
Salah seorang dari penjenayah tersebut mempunyai sebilah pisau lipat dan cuba mencederakan Jungkook . Jungkook berjaya mengelak dari ditikam pisau itu namun dia tersilap langkah dan pisau itu terkena lengannya . Ji Hyun yang melihatnya mula panik dan mengambil kesempatan menelefon abang-abangnya untuk menyelematkannya dan Jungkook .
Jungkook berjaya menumpaskan penjenayah tersebut dan terus membantu Ji Hyun keluar dari lorong tersebut . Jungkook terduduk lemah di tepi jalan tersebut apabila pandangannya mula kabur dan kepalanya berdenyut-denyut akibat darahnya yang banyak keluar . Sudah membasahi lengan bajunya . Ji Hyun mula panik melihat Jungkook yang sudah terduduk .
" Jungkook ? Okay tak ? " tanya Ji Hyun panik . Jungkook hanya mengangguk dan menundukkan kepala . Ji Hyun meleraikan ikatan skarf rambutnya dan mengikat luka Jungkook supaya darah berhenti keluar . Sebaik sahaja Ji Hyun selesai mengikat skarf di luka Jungkook , Jungkook rebah di bahu Ji Hyun yang mencangkung . Ji Hyun makin panik .
Mujur ketika itu abang-abangnya sampai tepat di hadapan mereka . " Kenapa ni ? " tanya Namjoon panik melihat seorang lelaki yang pengsan di bahu adiknya . Taehyung dan Suga segera membantu mengangkat Jungkook dan dibawa masuk ke dalam kereta . Jhope membantu adiknya bangun dan dibawa masuk ke dalam kereta . Suga memandu kereta dengan berhati-hati .
Namjoon tidak sudah memalingkan wajah melihat adik perempuannya di tempat duduk belakang . Risau melihat wajah adiknya yang pucat . " Oppa . Mana Jin oppa ? " tanya Ji Hyun . " Tadi oppa tengah meeting . Then Suga oppa call cakap yang saeng call Jhope oppa . Jadi oppa keluar tinggalkan meeting sebab Jin oppa suruh . " terang Namjoon . Taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon kembarnya Jimin supaya pulang ke rumah .
Jungkook diletakkan di bilik Jin sebaik sahaja sampai di rumah mereka . Jimin merawat Jungkook . Jimin ialah seorang doktor . Jadi mereka tidak perlu menghantar Jungkook ke hospital . Tambahan pula lukanya tidaklah sebesar mana . Jimin mencuci dan membalut luka ditangan Jungkook .
Namjoon dan Jhope membantu menukar pakaian Jungkook yang basah dengan darah . Baju milik Taehyung yang agak muat di badan Jungkook diambil dan dipakaikan di tubuh Jungkook . Ji Hyun yang bimbang mendiamkan diri di ruang tamu sambil ditemani Suga dan Taehyung yang sedang menonton tv .
" Saeng . " panggil Jimin kepada adiknya . Ji Hyun bangun dari duduknya dan pergi ke arah Jimin yang berdiri di hadapan bilik Jin . Taehyung dan Suga hanya memandang adik perempuannya yang agak cemas . " Dia okay . Jangan risau . " kata Jimin melegakan hati Ji Hyun .
" Tapi kenapa badan dia lebam-lebam ? Tadi dia kene tumbuk ke ? " tanya Namjoon kepada adik perempuannya . " Dia tak kene tumbuk teruk pun tadi . " balas Ji Hyun . " Tapi lebam tu bukan sebab tumbukan baru . " kata Jimin berfikir .
" Nanti saeng tanya dia . " balas Ji Hyun . " Sekarang ni saeng okay tak ? " tanya Suga apabila adiknya duduk di sebelahnya . " Saeng okay . " balas Ji Hyun tersenyum memandang abang-abangnya yang duduk di sofa . Jelas kelihatan raut wajah mereka yang bimbang tentang dirinya .
-------------------------------------------------------
Terima kasih kepada readers dan kawan-kawan author yang menjayakan cerita ini . *tunduk hormat 😆😆😆
@Admin Yinn ~
YOU ARE READING
[ Complete ] It Hurts You |Jungkook|BTS|
Roman pour AdolescentsJungkook merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya . Seorang pelajar yang sopan dan anak yang baik . Tapi......nasib tak sebaik dirinya . Dia tidak mempunyai kawan rapat dan seorang pun tidak berani mendekatinya . Ditambah pula dengan la...