Bab 2

190 17 5
                                        

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Tak mandi
Makan maggi
Minum kopi
Ainul rasa senang hati!

Aku bernyanyi- nyanyi sambil bersiap untuk pergi kerja. By the way, aku mandi okay, atas tu sekadar lagu je.

Aku keluar dari bilik. Rumah ni aku duduk seorang je. Rumah flat je, tak macam adik aku. Ibu dan ayah hadiahkan dia rumah banglo dekat dengan Universiti tempat dia belajar. Aku pulak kena beli sendiri. Ahh biarlah. Aku pun taknak dihadiahkan apa- apa. Takut nanti esok lusa ada yang mengungkit la dengki la apa la.

Aku keluar dari rumah dan menuju ke stesen Ampang.

........

"Hallo!" Sapa aku kepada staf- staf kelas kedua Cik Tihany. Aku staf kelas pertama sebab cik Tihany sayang aku sorang je. Kahkahkah!

"Amboii bukan main happy engko yer. Kenapa happy tiba- tiba ni? Baru lepas kena kejar anjing ke apa? Hormon adrenalin tu terlebih sangat ni sampai jadi hyper." Perli Athirah.Semalam dia tak ada, hari ni dia ada. Cuti bersalin kut semalam. Huh! Main teka je aku ni.

"Alaa Athi. Macam kau tak tahu aku memang sentiasa happy- go- lucky. " balasku selamba.

"Chaitt! Tak sedar dengan gemuk ada hati nak terkinja- kinja." Bisik Athirah perlahan tetapi aku masih boleh dengar.

Excuse me! Diulang ya! Aku bukan 'bi*ch' untuk meroyan bagai dengan hal- hal seremeh itu. Dan tak ada masa aku nak bergaduh dengan orang macam dia ni. Tidur lagi baik. Huh! Biarkan je dia dengan kekurusan dia tu. Tah apa masalah dia tah, dengki sangat dengan aku.Totally aku tak peduli aku gemuk ke kurus ke. Janji aku happy. Haters get off!

"Hai Manja. Hai Ainul." Sapa Faeeq. Awww Faeeq ni pun handsome gila ni. Tapi i bukan jenis perampas hak orang. Encik Faeeq ni cik Tihany dah cop bak kata Manjalara. Kami nampak dari sirna mata boss kesayangan tu, dia suka Encik Faeeq. Harap diorang berjodoh la.

Aku membalas sapaan Faeeq dengan lambaian.

"Hai Encik Faeeq. Tak ada apa- apa untuk Manja ke?" Manja seperti biasa suka bergurau gatal dengan Faeeq. Nasib baik Faeeq ni jenis tak kisah sangat.

"Manja nak apa?" Tanya Faeeq.

"Makanan. Manja lapar tau." Manja membuat muka kesian dia.

"Aisshhh Manja ni. Jangan buat muka. Geram tengok, comel sangat!" Gurau Faeeq.

"Elehh Ainul pun buat muka comel kat sini. Encik Faeeq tak tegur pun." Aku mencelah.

"Kau tu hodoh. Manja comel." Balas Athirah. See? Dengki je kerja dia dengan aku. Dengan aku seorang pulak tu. Dengan orang lain dia okay je.

Aku memuncungkan mulut.

"Hessyy Athirah, tak baik cakap macam tu. Ainul pun comel jugak." Kata Faeeq.

Hmmmm dah la Faeeq handsome, baik pulak tu. Bertuah boss!

"Encik Faeeq, boss tadi ada suruh hantar baju ni dekat Datin Saerah. Lepastu pergi bayar bil- bil air dan elektrik untuk bulan ni. Lepas tu, pergi poskan surat- surat ni." Kata Manja.

I'm Cik StalkerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang