Ikuti kisah gadis luar alam ting tong yg kadang kala mcm psiko / gila /gatal 3 in 1 ini yang gila bayang kat crush dia. Selalu terjumpa crush dalam LRT? Awwhhh handsomenya dia buat diri terpesona setiap kali terserempak. Ingin tahu kisah lanjut? Bac...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku memandang pintu gerbang yang tersergam indah. Dah lama aku tak datang sini. Tempat dimana segala kenangan pahit yang yang aku lalui berlaku. Pintu gerbang dibuka. Aku berjalan masuk ke dalam. Aku memandang rumah agam setinggi 4 tingkat milik keluarga aku itu.
Aku masuk ke dalam rumah agam itu. Pembantu- pembantu rumah seramai 10 orang beratur mengiringiku.
"Selamat pulang Cik Ainul." Kata mereka serentak.
Tiba- tiba sofea turun dari tangga. Dia memandangku dengan ekspresi muka seperti dia jijik melihatku.
"Kau buat apa datang sini?!" Jerkahnya. Suaranya bergema kuat.
"Mama dengan Papa panggil aku datang. Katanya ada hal yang nak dibincangkan." Kataku tenang. Tak guna nak bergaduh- gaduh ni. Sia- sia je.
Dia menjulingkan matanya ke atas. Penat lettew nak gaduh. Aku pun tak kuasa nak bergaduh dengan dia.
Dia kemudian beredar ke dapur.Aku pula pergi ke ruang tamu. Aku membuka pintu ruang tamu.Kelihatan mama dan mama sedang menungguku. Abang long, Raqib dan isterinya Athirah kejung juga ada di sini.Huh! Semak je pompuan tu. Di sebelah Athirah, kak Ngah atau Zalikha juga turut berada di sini.
"Ainul, duduk." Arah papa.
Aku duduk di sebelah Raqib. Aku dengan abang long memang rapat. Zalikha dengan Sofea tu tak tau apa masalah, diorang benci aku. Heh! Lupa pulak dengan Athirah yang bertentangan dengan aku ni. Muka dia semakin kejung bila aku duduk sebelah Raqib. Ehh dengan adik ipar sendiri pun jeles ke?! Nasib baik la kedudukan sofa ni disusun jauh- jauh semua ikut saiz permaidani. Kalau tak aku dah kena sembur kut.
"Ainul sihat?" Bisik Raqib.
Aku memandang Raqib Kemudian aku mengangguk sambil tersenyum. Nampak tu dia masih ambil berat tentang aku.Sayang abang long!
"Sebenarnya aku panggil kau datang sini. Aku nak cakap sesuatu."
"Papa nak cakap apa?"
"Aku rasa tak perlu lagi nak berkias- kias. Aku nak kau berkahwin dengan orang yang aku pilih.Akad nikah dua bulan akan datang. Muktamad!"
Whatt?!!!
"Siapa tu?" Tanyaku.
"Kau tak perlu tahu.Kerja kau dari dulu menyusahkan aku, memalukan aku. Nak hidup berdikari konon. Tapi tinggal dekat flat buruk. Memang kau menghina aku di mata rakan- rakan korporat aku. Anak seorang Tan Sri duduk di rumah setinggan. Heh! Jijik aku nak mengaku yang kau tu anak aku.Sekarang ni biar kau rasa sedikit. Kalau kau kahwin, aku rasa kau mendengar kata suami kau nanti. "