PART 21 : I'M WORRIED ABOUT YOU TOO

195 14 12
                                    

Mark menuju ke 7 Eleven. Lalu tidak lama kemudian dia keluar dengan sebotol air mineral ditangannya. Dia menuju ke keretanya. Memecut laju keretanya ke satu tempat. Taman rekreasi. Dia ingin berjoging. Kereta diparkir di kawasan rekreasi tersebut. Kawasan taman itu sunyi.

Dilihatnya jam ditangan. Hampir 11:30 malam. Walupun sunyi, namun masih terdapat segelintir manusia yang sedang melakukan aktiviti yang mana sama tujuan dengan dirinya. Dia menyarung sport shoes dan tangannya lantas mencapai sweater yang berada di seat belakangnya. Pistol diambil di bawah seat lalu disematkan disisi pingangnya. Dengan menggunakan gun case. Baju tshirt hitam dilabuhkan lalu sudah menutupi bahagian pistol tersebut.

Mark keluar daripada kereta. Tangan nya memegang botol mineral dan telefon bimbitnya lalu diletakkan diatas bumbung kereta. Sweater tadi disarungkan ke tubuhnya lalu menjadikan cermin kereta sebagai cerminnya.

'Handsome gila kau ni' Mark berkata kepada dirinya didalam cermin tersebut sambil mulutnya tersenyum sinis.

Headphone dicapai di seat sebelahnya lalu telinganya ditekup. Lagu dimainkan. Botol dicapai lalu kereta di kunci. Mark memulakan aktivitinya.

Dia berjoging di sepanjang taman yang dikelilingi tasik tersebut sambil mulutnya menyayikan lagu menerusi headphonenya dan hanya diterangi lampu taman.

Mark mengabil telefon bimbitnya di dalam poket sweaternya lalu ditekan butang 'pause' pada music player tersebut. Dia perasan, sedari tadi seperti ada orang mengekorinya. Mark masih berjoging seperti biasa hingga jauh daripada orang awam dan sinar lampu taman tersebut. Gelap. Mark hilang ditelan gelap. Dia menyorok disebalik pokok memerhati kan orang yang sedang mengejarnya. Tidak jelas raut wajah tersebut namun jelas sekali susuk tubuhnya. Seorang lelaki. Tingginya tidak kurang darinya dan badannya juga. Hatinya tahu mungkin dirinya dalam bahaya.

Dengan berani Mark menyerang lelaki tersebut dari belakang. Dijerut leher lelaki itu dengan tangannya. Lelaki itu mengerang menahan sakit lalu menumbuk perut Mark menggunakan sikunya. Headphone dan telefonnya tercampak diatas rumput. Mark menahan sakit. Hampa, wajah lelaki itu ditutup gelap malam dan lelaki tersebut memakai topeng dimukanya. Mulut dan hidungnya ditutupi disebalik topeng yang talinya di sangkut dibelakang telinga. Hanya mata yang kelihatan itupun hanya samar-samar sahaja.

Baru sahaja Mark hendak menyerang semula, dia gagal. Malahan Mark diserang dahulu, mukanya ditumbuk bertalu-talu. Dahinya mengalirkan suatu cecair. Mark mengumpul kekuatan lalu diserang balik lawannya itu. Di tolak lelaki tersebut sedaya upaya dengan tenaganya kearah sebatang pokok. Ditumbuk perut lelaki itu bertalu-talu tidak berhenti sehingga terduduk lelaki tersebut. Tidak berdaya.

"Siapa yang hantar kau?" Mark bertanya geram. Suaranya marah sekali. Ditenungnya tajam mata lelaki itu.

Lelaki tersebut tidak terus menjawab. Namun hanya terdengar suara sinis. Mata nya menunjukkan yang dia sedang tersenyum bangga.

Mark mengambil peluang itu untuk membuka topeng dimuka lelaki tersebut. Walaupun mulutnya ditutup, darah yang mengalir dari lelaki tersebut menunjukkan yang dia cedera teruk. Tidak kurang juga teruk cedera di dahi Mark.

Baru sahaja Mark hendak membuka topeng itu, Mark mengerang kesakitan. Lelaki itu melawan Mark dengan menggunakan batu di pukul di bahu Mark. Mark berundur menahan sakit sambil tangannya memegang bahunya. Lelaki itu mengambil kesempatan dengan mengambil batu yang lebih besar untuk menghentak Mark lagi. Namun, tidak berhasil. Mark pantas mengelak.

Mark lekas berdiri lalu ditendangnya lelaki tersebut sehingga tersungkur. Lekas dia menyembunyikan diri disebalik pohon. Mark menahan kesakitan. Kecederaannya agak teruk.

DANGER : Please Don't Love MeWhere stories live. Discover now