PART 8 : ANYWHERE, ANY TIME.. DANGER.. BEWARE !!

321 27 3
                                    

Tamat waktu kerja. Mark menanti Rian di luar café. Rian keluar bersama Ran.

"Ran, kau balik dululah. Aku nak jumpa dengan Mark kejap"

"Lama ke Rian? Aku tunggu kau lah. Aku takutlah nak balik sorang"

"Takut ke? Kejap ye" Rian masuk semula ke dalam café. Tidak lama kemudian dia keluar dengan diikuti oleh Jr. dibelakangnya.

"Ran, Jr. oppa kata dia nak hantar kau balik. Aku tak suruh tau, dia yang volunteer nak hantar" Rian bersuara.

"Kau saja kan Rian nak kenakan aku" Ran menekan suara kepada Rian. Perlahan.

"Ehh.. betullah Rian cakap tu. Oppa yang nak hantar Ran balik." Jr. membetulkan keadaan.

"Dengar tu.. " Rian puas hati.

Ran setuju sahaja. 'bukan siapa pun, Jr. oppa ni kan aku kenal. Dia tak akan buat apa2 dekat aku.' Ran menyedapkan hati.

"Jom" Jr. mengajak. Ran mengikut.

"Bye Ran, bye Jr. oppa. Hati-hati tau" Rian melambai kearah mereka.

Mark di belakang Rian berjalan mendekati Rian sambil melihat perbuatan Rian. Tersenyum dia dengan karenah Rian yang ceria. Dia amat suka watak Rian itu. Seorang yang ceria.

"Dah habis dah?" Mark mendekati Rian.

"Habis apa?" Rian bingung.

"Tu.. melambai-lambai tu" Mark berkata sambil muncung nya menunjuk kearah Ran dan Jr.

"Heee.. dah" Rian tersengih macam kerang busuk sambil menyembunyikan tangannya.

"Dah. Tak payah nak senyum2 macam kerang yang tak mandi. Jomlah"

"Eh.. ada ke kerang tak mandi" Rian bertanya naïf.

"Ingat pandai, tapi naïf jugak Rian ni" Mark berseloroh.

"Hahaha.. memang Rian pandai pun" Rian mencebik.

"Dah, jangan nak buat muka macam tu. Jom masuk kereta" Mark meletakkan tangannya diatas bahu Rian sambil menarik Rian berjalan bersamanya sekali.

"Ok. Jom" Rian tahan malu tapi dia tersenyum sendirian. Cover.


***************


Di dalam kereta Mark.

Sunyi tanpa suara. Hanya kedengaran lagu yang bermain di corong radio. Rian tidak senang duduk.

"Macam mana exam. Ok?" Mark memecahkan suasana sunyi.

"Ok. Tak ada masalah." Rian senyum sambil memandang Mark.

Keadaan sunyi semula.

"Err.. kita nak kemana ni?" Rian bertanya.

"Adalahh.. Rian senyap je ok" Mark cuba menyembunyikan sesuatu.

Kereta Mark berhenti di suatu simpang. Lampu merah di hadapan menunjukkan tanda berhenti. Jalan amat sunyi sekali.

Di dalam hati Mark..

'Haruskah aku bunuh dia sekarang?' Mark berkira-kira

'Tidak, kau jangan bunuh dia sekarang. Masa belum sesuai lagi' akal nya memarahi.

Telefon bimbitnya terjatuh di kaki. Lamunan Mark berakhir. Dia segera mengambil telefon bimbitnya. Tiba-tiba sebutir peluru memecahkan cermin hadapan keretanya. Mujurlah dia sedang mengambil telefon tadi. Kalau tidak dia mati. Dia terkejut lalu dia pantas bergerak laju dengan keretanya. Rian yang berada di sebelahnya kelihatan terkejut.

"Mark, apa tadi tu?" Rian menyoal.

Mark senyap. Tiada jawapan. Dia masih terkejut.

"Mark, cakaplah ! siapa yang nak cuba bunuh awak tadi tu?" Rian masih mendesak.

Mark masih senyap. Dia bingung, masih terkejut. Rian mula tidak puas hati.

"Mark! Cakaplah!" Rian bersuara tinggi.

"Can you shut up Rian !!" Mark menengking. Rian tersentak.

DANGER : Please Don't Love MeWhere stories live. Discover now