Liy menguap untuk kesekian kalinya. Masanya telah tiba untuk dia tidur. Dah pukul 11 dah pun. Banyak sangat homework walaupun first day sekolah. Kesian Liy. Marilah berhuhu untuk Liy.
****
Kelas ku seperti biasa. Ada yang sambung tidur, ada yang study dan ada yang sembang. Aku mengeluarkan buku rujukan Biologi dan mula membacanya sebelum tertidur di atas meja. Sebaik sahaja loceng berdering, aku terbangun daripada lenaku dan mendapati cikgu telah pun masuk ke kelas. Dorang ni bukan nak kejut aku pun. Ish ish ish. Desis hati Liy.
Sesi pembelajaran mengikut abad 21 pada waktu Bahasa Melayu. Semua orang dibahagikan mengikut kumpulan. Ahli kumpulanku ialah my girls iaitu Yan,Pah,Mie,Win dan Teah. Kami ni memang macam belangkas. Melekat je keje. Semua orang yang dah lama kat sekolah tu semua tahu. Tak ada yang pelik pun. Dan tak ada pun orang yang gelar kami ni lesbian ke apa ke. Yelah, kan tak baik bersosial dengan lelaki ajnabi, ye tak?
Kerja kumpulan yang biasa, buat nilai dan pengajaran yang dituliskan di atas kertas mahjong dan tampal di papan putih. Dengan cara ini, lebih mudah kami memahami cerpen di dalam novel tingkatan 5.
***tiba-tiba suara cikgu Maria kedengaran selepas membaca info di telegram sekolah***
"Dimaklumkan esok ada sukantara. Sila pakai pakaian rumah sukan masing-masing, siapa tak hadir akan didenda lari beberapa pusingan di padang."
"Alaaaaaaaaaa" 😢😥😥 serentak kedengaran suara semua pelajar kelas 5 Bestari. Maklumlah, siapa je suka sukantara? Lainlah budak-budak sukan. Heishh, sadis betul.
Siap amaran lagi ha cikgu bagi. Nak tak nak kena lah ikut. Karang kata pelajar senior ni walaupun dah lama kat sekolah ni tapi tak nak ikut arahan. Buat malu je kami nanti.
Setelah sesi PDP bahasa melayu tamat, kami semua dibenarkan untuk balik. Ketika dalam perjalanan ke pondok,kelihatan seorang jejaka yang kukenali susuk tubuhnya. Ya, mamat cina tu. 😄 awww ~ bahagialah aku balik ni. Hatiku berlagu riang 👻
Dapat melupakan tentang hari esok. Hari sukantara sekolah 😯****
Keriuhan pelajar-pelajar kedengaran di dewan sekolah yang tersergam indah. Pelajar-pelajar sibuk mengambil kedatangan kelas dan kokurikulum. Sememangnya sebelum aktiviti bermula, kami semua diwajibkan untuk mengambil kedatangan. Yelah, kot-kot ada yang ponteng ke kan 😕
Sambil mata melilau mencari cikgu, aku terlihat mamat cina (sebab tak tau nama) tu. Dia pakai baju rumah temenggung yang berwarna merun. Ohh okay. Dia berdiri mengira kehadiran kelasnya iaitu 5 Bijak.
"Woww banyak point aku dapat hari ni. Ketua kelas, temenggung dan 5 Bijak." Kataku perlahan.
"Apa kau ni? Jangan cakap seorang diri boleh? Dah lah kelmarin senyap je, tetiba hari ni cakap sorang-sorang. Sian aku tengok kau." Kata Pah yang memerhatiku dalam senyap sejak tadi sambil tergelak kecil.
"Tak ada apalah. Saje je tengok budak-budak ni. Kan lama tak nampak." Aku cuba menyimpan rahsiaku daripadanya. Oppss rahsia ke? Kenapa kena rahsia ek? Desis hatiku perlahan.
Aktiviti sukantara mengikut rumah sukan diteruskan. Liy sepasukan dengan Pah iaitu rumah panglima. Teah sepasukan dengan Mie iaitu rumah wira. Nurin pasukan rumah satria manakala Yan pasukan rumah pahlawan. Tapi, Teah dan Yan tak ambik port pun kalau sukan-sukan ni. Sebab dia orang kan PBSM yang raaajiiin sangat bertugas. Kalau cedera nanti mereka-mereka ni lah yang tolong ubatkan. Sambil-sambil tengok orang bersukantara ye tak. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
Kalau takkan kerana kami ni budak baik, tak adanya kami ikut arahan untuk berpisah mengikut rumah sukan. Jadi, contohilah kami 😁 kuikui.
"Masya Allah,penatnyaaaaaaa" kata Yan dengan mimik muka yang dia suka buat.
"Eik? Bertugas pun penat? Tadi bukan gelak-gelak tengok orang lari ke?" Teah menyambung sambil mengenakan Yan. Sememangnya hobi Teah untuk membahan Yan. Bukan Yan je, semua orang lah senang cerita.
Mie, Win, Pah dan aku hanya ketawa sebelum aku berkata "dia tak rasa apa yang kita rasa kan korang? Lari depan ramai orang lah, lompat lah. Kan?" Sambil mengangkat kening.
Mereka mengangguk tanda setuju. Dan mereka semua mulalah merungut tentang sukantara yang sememangnya kami benci. Opps, tak cukup baik pulak kami,hehehe.
Esok sambung lagi sukantara. Sabar jelah. Perbualan kami tamat apabila loceng balik berbunyi. Alhamdulillah masa sukantara kami anak-anak cikgu balik awal.
Hai. Maaf, cerita ni masih dalam proses mengedit ya. Sorry 😥
Mana mamat cina dan siapa dia? Next chapter okay? 😊
Thank you.
LeeYaaNa
YOU ARE READING
Fate
RandomDia merupakan seorang yang berbangsa cina, tapi aku suka dia. Cemana ni?? "Wehh, dia kan cina. Kau biar betul ni?" "Ramai lagikan orang melayu dekat Malaysia ni?" "Ramai2 orang dalam bumi ni dia jugak ke? Mesti dia ke" "Apa yang special sangat dia...