The 7th Chapter

179 9 12
                                    

Teckang masuk ke kelas Liy seperti biasa. Untuk berjumpa Jee Joo. Ketika Teckang sedang memandang hadapan, iaitu memandang meja group lain, dia terpandang Liy yang sibuk memerhatinya dengan mulut terkumat-kamit menyebut 'sorry'.

Walaupun tidak kedengaran suara Liy, namun Teckang tetap dapat mengagak apa yang disebut. Apa? Ingat orang cina tak tahu lah?

Hari demi hari apabila Teckang masuk ke kelas 5 Bestari, pasti perkara sama terjadi. Tidak jemu pun Liy memandangnya. Malah, Liy dapat rasakan debaran halus apabila memandang Teckang.

Setiap hari mesti kacau aku lah minah pendek ni. Rimassss! Desis hati Teckang.

****

Pada hari-hari yang lain ketika Teckang masuk ke kelas 5 Bestari.

Ketika itu, Liy sibuk menyiapkan homework nya yang belum siap. Dalam kesibukan Liy, Teckang memerhati Liy secara senyap.

Cute jugak minah pendek ni. Eh eh apa ni?? Teckang memukul kepalanya menggunakan pen Jee Joo. Entah mengapa dia suka melihat Liy. Eeee entah-entah psiko,,

Sekarang Teckang dah jarang masuk ke kelas 5 Bestari. Sebab kalau dia masuk, Liy akan sibuk memerhati dia dengan mulut terkumat-kamit berkata 'sorry'.

"Siapa suruh langgar orang. Kan dah rasa bersalah je. Aku ni dah lah tak layan perempuan. Dah kena maki pun tak reti diam ke?" Teckang berkata sendirian.

Kemudian fokusnya dikembalikan kepada buku nota Bahasa Inggeris yang berada di hadapannya.

Kejadian pada malam kelmarin kembali bermain di fikiran Teckang. Minah pendek yang tolak troli, yang letak troli dekat simpang yang ada penghalang. Memang lah ada penghalang, tapi tetap simpang kan? Apa? Dia ingat aku tak nampak dia? Sesepet-sepet mata aku ni pun masih nampak dia yang agak cute tu okayy.

****

Beberapa hari selepas kejadian terlanggar Teckang. Liy berhasrat untuk menjalankan plannya iaitu

Ros
"Dia macam mana ek di dekat kelas?"

"Dia pendiam. Tak campur dengan cina lain." Tenang sahaja Ros menjawab. Lagi pun, dia sudah tahu bahawa Liy minat Teckang.

"Perempuan pun dia tak tengok?"

"Tak. Lepastu dia kawan dengan Jee Joo je. Jee Joo kan best friend dia. Dengan Zul dan Haziq. Tu lah orang yang dia rapat dekat kelas."

"Ohh"

"Haa, dia kalau kat kelas, sampai-sampai je terus duduk tempat dia. Terus buat kerja ke atau baca buku. Kalau dah tak ada kerja dia duduk je lah tempat dia, memerhati orang lain kat kelas tu. "

FateWhere stories live. Discover now