"Aduh, sorry sorry. Tak sengaja. Sorry sangat." ucap Liy dengan rasa bersalah menyelubungi diri.
Perlahan-lahan Liy mengangkat muka. Alangkah terkejutnya dia bila Teckang a.k.a mamat cina tu berada di hadapan matanya!
"Kau dah kenapa??? Heshh !! **** betul lah. Menyusahkan aku je! Tengok apa yang kau buat ! Buku aku. Ish perempuan pendek ni !!!! Lain kali dah tahu pendek tu, tengok lah depan. Faham??" Tengking Teckang dengan slang cina dia tu di hadapan Liy.
Liy sangat terkejut dan terkesima dengan kata-kata Teckang untuk beberapa minit. Cuba memikirkan apa yang lelaki yang diminatinya itu katakan. Katakan ke tengkingan?
Teckang tidak membantu Liy untuk mengambil barang-barangnya. Dia mengambil barang-barang dia sendiri yang terjatuh dan laju mengatur langkah ke tempat yang hendak dituju.
"Sorry!!!!" Jerit Liy kepada Teckang yang menjauhinya. Tak tahu lah Teckang dengar ke tak. Siapa rasa tak bersalah kan kalau langgar orang, lagi-lagi kalau orang tu kita minat.
Liy memang tak perasan. Dah lah dia bangun lambat hari ni, kena marah. Datang lambat, lepas tu terlanggar Teckang sebab apa? Sebab memang salah Liy pun.
Sebab Liy tak tengok depan. Dia hanya menunduk sambil berjalan sepantas yang boleh kerana risau akan dimarahi cikgu kerana datang lewat.
Kejadian ni sememangnya makin melewatkan Liy. Dan.. sepatutnya, Liy rasa sedih + marah. Tapi dia hanya rasa sedih dan marah tu dalam beberapa saat je. Rasa gembira dan teruja lebih dirasainya.
Mungkin sebab dia dapat dengar suara Teckang yang macam emas tu kot. Susah sangat nak dengar. Tiba-tiba je Liy jadi positif. Alhamdulillah, perubahan yang baik! 😊
Liy ni sebenarnya hati dia lembut. Tak boleh orang marah. Perkataan atau perbuatan yang sedikit pun dah boleh mencalarkan hati dia. Orang yang buat hati dia macam tu akan selamat berada di dalam blacklistnya. Dan sepatutnya Teckang is one of them now.
Tapi kali ni Liy sangat pelik dengan diri dia sebab tak benci Teckang. Mungkin sebab Liy memang suka kat dia? Atau positif sangat? Persoalan yang Liy sendiri fikirkan.
Walhal, crush dia masa sekolah rendah buat hal pun dia boleh benci sangat-sangat. Apa yang special sangat Teckang tu? Yang dapat buat Liy tak benci dia?
"Okay Liy, teruskan langkah kau. Cepat cepat!" Kata Liy untuk menaikkan semangatnya.
Setengah minit .
"Assalamualaikum. Cikgu, maaf sebab lewat hari ni." Ucapku kepada Cikgu Intan yang sedang menulis di papan putih.
"Nasib baik lewat sikit je, kalau tak nama awak dah ditanda sebagai ponteng." Cikgu Intan menghadiahkan senyuman yang sukar ditafsirkan. Macam marah macam tak. Tak tahulah.
Sebaik sahaja Liy duduk di tempatnya, air matanya menitik. Satu demi satu tanpa dia sedar.
"Liyy,,kau okay tak ni?" Tanya Yan disebelahku.
YOU ARE READING
Fate
RandomDia merupakan seorang yang berbangsa cina, tapi aku suka dia. Cemana ni?? "Wehh, dia kan cina. Kau biar betul ni?" "Ramai lagikan orang melayu dekat Malaysia ni?" "Ramai2 orang dalam bumi ni dia jugak ke? Mesti dia ke" "Apa yang special sangat dia...