Bab 1

1.4K 34 7
                                    

"Nobody perfect"

Kringg..kringg

Jam hello kitty yang berbunyi itu ditutup. Mata aku digosok perlahan. Argghhh sakit badan aku tidur berjam-jam. Pintu diketuk dari luar. Aku sudah tahu siapa kalau bukan mama mesti mak cik Mah iaitu pembantu rumah aku.

"Ha pandai pun bangun. Dah cepat! mama tunggu dekat bawah" kata Datin Paduka Ayda Melisa.

"Baik mama sayang" jawab aku tersenyum. Pintu aku ditutup semula. Lupa pulak nak kenalkan diri. Nama aku Mikayla Sofea binti Dato Paduka Adrian Hashim. Aku ni boleh dikatakan mix Malaysia dengan British lah. Langkah aku diatur ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi rambut aku dikeringkan. Tidak lupa dengan kaca mata bulat aku. Ini lah kisah hidup aku sebagai seorang insan bernama Mikayla Sofea. Sarapan tidak sempat untuk aku sentuh. Terus aku menyalami tangan mama. Papa aku? Sudah pergi awal lagi.

"Jom Pak Mat" kata aku kepada Pak Mat driver papa aku.

"Baik cik muda" jawab Pak Mat terus memulakan pemanduannya.

"Pak Mat petang nanti pak mat tunggu depan koridor tau" kata aku kepada Pak Mat lalu turun dari kereta. Pak Mat mengangguk sahaja. Aku melangkah masuk ke dalam sekolah.

🎈🎈🎈

Kringgg...kringgg

Semua pelajar keluar dari kelas lalu menuju ke cafeteria. Aku dan Natasha tidak langsung membeli makanan. Bila mahu sahaja membeli mesti ada orang yang potong barisan. Suasana di cafeteria agak bising dan berapa minit kemudian aku lihat semua pelajar perempuan berbisik-bisik. Ternyata Daniel Harris bersama gengnya datang masuk ke cafeteria. Daniel Harris atau lebih dikenali sebagai Harry antara pelajar yang hips, pandai, bergaya, dan juga tampan. Wajahnya tiada langsung belon hinggap duduk. Harry nie kacukan Australia. Aku tercrush tanpa sengaja dekat dia.

"You mari lah duduk sini" ujar Syazarina dengan gediknya. Aku? Tak perlu kata lah menyampah sungguh aku tengok.

"Hey girls..ermm sorry Rina I nak duduk tempat lain. Bye" balas Harry kepada Rina. Muka Rina sudah pun masam mencuka.
Aku melihat Harry seperti jalan ke arah aku. Terus aku senyum kepadanya. Malah dia tidak membalas senyuman aku. Terus aku bangun dengan Natasha ingin keluar dari cafeteria. Dan...

"Woii minah jalan tu elok sikit lahh" marah Imran kepada aku. Harry terus memusingkan badannya.

"Apa hal Im" soal Harry kepada Imran.

"Minah nie langgar suka hati dia ja pikiaq sekolah bapak dia. Dah lah selekeh" kata Imran sinis.

"Alah dengan perempuan pun kau nak gaduh..ermm Mikayla Sofea kan?  Dekat rumah ada cermin tak?" Soal Harry kepada aku. Aku mengangguk sahaja.

"So balik rumah cermin diri kau tu minah. Dah lah selekeh. Kau tak reti nak bergaya ka ap" sindir Harry pedas.

"Kau pehal nak kata dekat dia! Ingat diri kau tu bagus sangat" marah Natasha kepada Harry.

"Ekk eleh pendek ni pun nak gaduh ka apa" kata Imran kepada Harry.

"Woii Pendek kau duduk diam boleh dak! Aku cakap dengan kawan selekeh kau nie bukan kau. Eloklah kau dapat kawan pun selekeh sama macam kau. Chaw lu" kata Harry meninggalkan Mikayla dengan Natasha.

"Ee!!! Dah jom Kayla" Natasha terus menarik tangan aku keluar dari cafeteria. Hancur hati aku bila dia buat aku macam nie.

Mikayla SofeaWhere stories live. Discover now