Bab 2

421 22 0
                                    

"Don't hits me please"

Kelas bermula seperti biasa. Sekarang adalah waktu pelajaran matematik. Matematik subjek kegemaran aku. Dengan semangatnya aku mengeluarkan buku matematik lalu diletakkan di atas meja. Homework yang diberi sudah pun aku siapkan. Cuma sekarang tunggu Cikgu ja masuk.

"Weii Kayla pinjam buku math kau" kata Fatihah kepada aku. Buku math? Aku penat buat dia nak tiru mana boleh!

"Erkk aku takk siap lagi" bohong aku kepada Fatihah. Dia memandang aku sinis sahaja. Kesian muka dah lawa tapi otak tak jalan.

"Kau tak payah tipu lahh selekeh. Aku tau kau siap! Aku minta cara baik bukan cara kasar" marah Fatihah kepada aku. Aku mempertahakan buku aku dari diambilnya. Malah kawan Fatihah merampas buku tersebut dari aku.

"Weii bagi lahh buku aku" ujar aku. Dah lah aku tidur lewat nak siapkan kerja tu , kau senang ja nak tiru.

"Kau diam! Kalau kau bagi tahu Cikgu Ismail kau akan tahu akibatnya!" Kata Fatihah berbaur amaran. Cikgu Ismail sudah pun masuk ke dalam kelas dan memulakan sesi pembelajarannya.

"Okay kelas saya nak kamu semua hantar homework yang telah saya bagi kepada kamu minggu lepas , sekarang letak di atas meja saya" kata Cikgu Ismail.

"Cikgu Fa..Fatihah ambil buku saya" kata aku. Kesah pulak aku biar lah aku nak pertahan buku aku.

"Apa dia Kayla? Fatihah kenapa kamu ambil buku Kayla! Pulangkan sekarang!" Kata Cikgu Ismail tegas.

"Saya cuma nak tengok Kayla buat macam ma--"

"Pulangkan sekarang!!!" Tengking Cikgu Ismail. Fatihah memulangkan buku Kayla.

'Kau tunggu Kayla. Kau akan terima akibatnya. Jangan ingat kau akan terlepas' kata Fatihah dalam hatinya.

🎈🎈🎈

Kayla mengemas bukunya ke dalam beg. Kelas sudah pun kosong. Semua sudah pulang cuma Kayla sahaja lambat. Beg sekolahnya digalas lalu langkahnya diatur keluar. Kayla berjalan memandang bawah terus Kayla mengangkat wajahnya apabila seseorang berdiri di hadapannya. Fatihah?

Fatihah tersenyum sinis kepada Kayla. Hatinya geram dengan perbuatan Kayla semasa kelas matematik sebentar tadi. Kayla memandang wajah Fatihah.

"Asal kau takut!" Kata Fatihah sinis.

"Fatihah. Erkk asal tak balik lagi? Tak pa aku balik dulu" terus Kayla menunduk untuk berjalan pulang namun Fatihah menarik tudung Kayla.

"Arr sakitt Tihah"

"Kan aku dah cakap jangan cuba bagi tau Cikgu Ismail! Kau degil sangat kenapa!" Kata Fatihah. Rakannya yang lain baru sahaja muncul.

"Arrrghhh..aku..aku..minta maaf" kata Kayla separuh kesakitan.

"Sekali lagi kau buat Kayla aku akan pastikan kau cedera lagi teruk" terus Fatihah menarik tudungnnya sehingga terbuka. Nasib tiada pelajar lelaki kalau tidak habis terbuka auratnya.

Kayla membetulkan tudungnya. Langkah dipercepatkan untuk pulang. Pak Mat sudah pun menunggu Kayla. Pintu kereta dibukanya lalu badannya di rebah ke dalam kereta.

🎈🎈🎈

"Kayla dah balik sayang. Mama dah masak. Jom makan sekali" kata mama kepada aku.

"Tak pa mama. Kayla tak dak selera. Kayla naik atas dulu" ujar Kayla lalu menaiki lif yang disediakan di dalam rumahnya. Pintu bilik dibukanya lalu direbahkan dirinya di atas katil.

"Asal kau bodoh sangat Kayla! Arghh! Kau tu dah lah selekeh tak pandai bergaya!" Kata Kayla kepada dirinya.

Kayla turun dari katil lalu berdiri di hadapan cermin. Kayla melihat cara pemakaiannya dan rupanya. Aplikasi Instagram dibuka lalu dilihatnya gambar-gambarnya. Semua hanya mendapat 20 likes sahaja. Kayla melihat Instagram budak hipster antarnya Syafx. Feeds Syafx sangat menawan dan menarik minatnya. Feeds qatwolf juga di lihatnya. (Qatwolf nie perempuan. lawa hipster)

"Bila aku boleh jadi macam nie" ujar Kayla kepada dirinya sendiri. Lipstick semua di letakkan di atas katil. Semuanya dibeli di luar negara. Kayla cuma perlu untuk mengubah dirinya dengan meletakkan lipstick pada bibirnya. Sumpah hodoh aku makeup! Arghh Kayla kau sampai bila pun akan selekeh!

🎈🎈🎈

Imran : Harry outing jom?

Amin : iyalah Harry. Lama tak outing.

Fiq : aku on ja. Harry kau cena?

Imran is typing...

Imran : IoI. Okay on.

Harry membalas mesej gengnya.

Harry : okay gua on. Belanja tau.

Imran is typing...

Fiq is typing...

Amin is typing...

Berebut betul tiga ekor ni typing.

Imran : sapa nak payung?

Amin : aku payung korang😂. Jangan kata abang tak payung.

Fiq : ha okay jugak tu. Sayang kau Amin🙈.

Imran : hahaha bodoh Fiq nie.

Harry : hahaha bagus okay guys time to sleep bye.

IPhone dimatikan lalu diletakkan di tepi. Indahnya dunia. Selamat malam wahai dunia tercinta.

Jangan lupa baca:

Still? Or Forget? (Book 1)
Tomboy itu isteriku?
Stay with me
ColoursDay

Cinta Instafamous
FatihaRahman

First sight
jueead_

Mikayla SofeaWhere stories live. Discover now