"In your dream!"
Aku nampak Harry melambai ke arah aku dengan senyuman yang sangat menawan. Aku berlari ke arah Harry dan Harry juga berlari ke arah aku.
"Harry!!" Jerit aku kepadanya sambil berlari.
"Kayla!!" Jeritnya kepada aku. Dan akhirnya kami berhenti dan mengambil nafas. Harry mengangkat wajah aku memandangnya.
"Kayla" panggilannya. Aku senyum lalu mengangguk.
"Sudikah awak menjadi isteri saya" tutur Harry lembut. Aku terkejut lalu menjerit dengan nada gembira.
"Saya sudi..tapi bukan ke awak tak suka saya" kata aku kepada Harry.
"Siapa kata..saya suka awak dari dulu lagilah" jawab nya. Muka aku berona merah.
"Sayang awak" kata aku kepadanya.
Datin Paduka Ayda Melisa masuk ke dalam bilik Mikayla Sofea. Dilihat anaknya sedang mengigau sambil berkata 'sayang awak'. Datin Paduka Ayda Melisa tergelak melihat terlatah anaknya. Terus diambil spray yang berisi air lalu disembur ke muka Mikayla.
"Arghh kenapa hujan nie" kata Kayla. Datin Paduka Ayda Melisa gelak sahaja.
"Mama!!" Jerit Kayla bila melihat mamanya menyembur air di mukanya.
"Hah? Apa sayang-sayang awak! Dah cepat pergi mandi! Nanti lambat baru tahu" kata Datin Paduka Ayda Melisa.
"Hishh mama nie suka buat Kayla macam nie" merajuk Kayla kepada mamanya.
"Ha muncul dah muncung 8 inci dia tu..hahaha dahh cepat!" Getus Datin Paduka Ayda Melisa lalu keluar.
🎈🎈🎈
"Ha Kayla dah siap dah pun. Lekas makan sarapan kesian si Pak Mat tunggu" ujar mama kepada aku. Aku mengambil sarapan di atas meja lalu disuapkan ke mulut.
"Ma..ma Kayla dah habis makan. Kayla pergi dulu!" Jawab Kayla sambil mengunyah makanan dalam mulut.
"Ha hati-hati sayang" kata mama. Aku menyarungkan kasut hitam bertali di kaki aku. Setelah itu aku bangun menepuk baju aku. Aku meloloskan diri ke dalam kereta. Lalu Pak Mat memulakan pemanduannya.
Pandangan aku dilemparkan ke luar. Fikiran ku kembali melayang tentang mimpi tadi. Keluhan besar dilepaskan. Jadi semua tadi hanya mimpi? Haih!
"Kenapa cik muda" tanya Pak Mat kepada aku.
"Hah? Tak dak apa Pak Mat. Saja ja. Hehehe" terus aku menutup muka. Pak Mat secara mengejut memberhentikan kereta. Tersandung muka aku aduhh benjol habis.
"Kenapa nie Pak Mat?" Soal aku kepada Pak Mat.
"Nie cik muda ada orang berhenti motosikal secara tiba-tiba. Ehh dia turun lahh cik kejap. Cik muda duduk dalam kereta tau" kata Pak Mat keluar dari kereta. Aku melihat Pak Mat seakan meminta maaf malah pemuda itu memarahinya. Aku pantang sungguh orang tak reti nak hormat orang tua. Terus aku keluar dari kereta.
"Kau pehal! Pak Mat dah minta maaf kan yang kau nak marah serupa syaitan kenapa! Setakat motor bodoh kau nie, kau ingat bagus sangat ke ha!" Tengking aku kepada pemuda itu. Terus dia membuka helmet. Alamak! Harry! Aduhh!
"Wowow asal kau marah sangat nie. Cakap elok sikit boleh kot" kata pemuda yang membawa motorsikal tersebut.
"So kau rupanya. Selekeh! Berani kau marah aku, kau ingat kau siapa hah! Ciss" katanya kepada aku.
"Sebab aku berani lah aku marah kau! Apa punya soalan bodoh kau soal!" Sinis sahaja aku kata kepadanya.
"Hoi selekeh kau jangan nak tunjuk berani sangat! Ohh lupa pulak aku rasa kau balik memang tak cermin diri kau kot sebab tu kau nampak selekeh! Chaw dulu" terus Harry meninggalkan aku.
"Dah jom pak mat" kata aku terus masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
Mikayla Sofea
Short StoryNi aku Mikayla Sofea. Siapa sahaja tak kenal aku Mikayla atau lebih dikenali sebagai Kayla. Hidup aku mewah namun satu sahaja yang aku tidak tahu iaitu 'bergaya'. Semua perempuan suka bergaya tetapi aku langsung tidak. Rakan sering mentertawakan aku...