Riuh tawa tiga remaja lelaki bermandi-manda di sungai di dalam hutan. Dari satu batu ke batu lainnya mereka daki kemudian terjun bersama ke dalam air sungai yang tenang. Di tepi batu yang agak tinggi di tepi sungai terlonggok seragam sekolah dan beg mereka.
"Abang Is, cepat bang, tinggalkan je bang Dy tu! Lembab.... kahkahkah...!" remaja yang paling kecil memanggil remaja lelaki yang sedang mendaki batu. Manakala remaja yang seorang lagi masih tercungap-cungap berenang ke tepian.
"Ish, korang cabar aku, ye? Haha...tunggu korang!" balas remaja bernama Ady yang masih di dalam air itu. Cepat -cepat dia mendaki mengejar adik kembarnya Iskandar dan adik bongsunya, Siman.
"Kuat lihai woo Ady....kahkahkah....!" sakat kembarnya.
Mereka mendaki batu, terjun, mendaki lagi, dan terjun lagi sehinggalah mereka mula kepenatan. Bibir sudah membiru, kulit jari sudah berkeriput, namun mereka semakin asyik di buai arus sungai yang mula pasang.
Mereka berenang terapung menatap langit cerah."Kan best kalau hari-hari boleh berenang macam ni. Tenang je." luah Ady perlahan namun tetap didengar oleh adik-adiknya.
"Macam tu, elok bang Dy jadi ikan duyung je, tak pun jadi dugong, boleh hari-hari berenang.... kahkahkah..." jawap si bongsu sambil tertawa. Iskandar juga ikut ketawa.
"Haha...aku tak kesah!" jawap Ady selamba.
"Hmm, apelah kau ni, Dy. Nak pulak dia." bantah Iskandar, "tapi kan, memang betul pun, tenang je. Kalaulah esok kite masih dapat mandi-manda lagi macam ni, kan?!" sambungnya lagi. Iskandar mula sayu. Perasaannya terasa kosong.
"Mestilah!" jawap Siman pantas.
"Ish!!! Mana boleh , bukan tak tau abah macam mana, kan?" bantah Ady, "tapi aku janji, nanti hujung minggu ni aku bawa korang kesini lagi, ok?".
Adik-adiknya setakat diam mengangguk. Siman yang kesejukan mula berenang ke tepi, tuala putih yang sedia dibekal dalam beg diambil.
"Jom gerak balik! Dah nak petang ni." ajaknya pada abang-abangnya yang masih berenang terapung melawan arus yang semakin deras.
Ady pantas menerpa pada batu yang paling hampir dengannya. Batu itu di daki sambil berjalan perlahan ke arah batu yang agak tinggi tempat beg dan seragamnya terletak.
"Sejuk woo... " Ady menyarungkan kain tuala di kepalanya, "Is, jomlah naik, kite balik!" Ady menoleh kembali ke arah sungai yang kian bising dengan suara arus deras. "Is?" panggilnya lagi.
Siman yang sibuk memakai seragam melihat abang sulungnya yang nampak cemas. "Bang?" bahu Ady dipegangnya. "Bang, abang Is mana, bang?" tanya Siman yang mula bergenang air mata.
"Iskandar?" Ady cuba memanggil lagi. Matanya meneliti setiap penjuru sungai. Namun tiada sahutan dari adik kembarnya. "Iskandar!!!"
Tusss!!!
Sepantas kilat Ady kembali terjun kedalam sungai. Airnya tak lagi cetek. Sambil berenang, nama Iskandar di seru berkali-kali. Siman yang memerhati dari tepi sungai juga turut memanggil nama Iskandar. Dia memerhati satu persatu batu sungai, mungkin Iskandar ada disebalik batu terbawa arus.
"Abang Is!!!" jerit Siman berkali-kali.
Seminit, dua, tiga, lima, sepuluh minit, Siman semakin kepenatan, tekaknya terasa kering. Dia berhenti memanggil nama Iskandar kerana perasan tiada lagi suara abang sulungnya. Hanya bunyi arus sungai dan suara binatang hutan. Tanpa berlengah, Siman terus berlari pulang meredah hutan meninggalkan semua beg dan seragam abang-abangnya.
'Ya Allah, selamatkan abang-abangku! Semoga aku sempat....!' bisiknya sambil terus berlari.
****
Pangggg!
Satu tamparan keras hinggap di pipi Siman. Siman menunduk meratap, tak berani melihat amarah abahnya.
Jiran mereka, Cik Leman menarik Pak Abu, abah tiga remaja itu. Isteri Cik Leman pula terus memeluk Siman, hendak menenangkan budak itu.Orang kampung ramai berkumpul di depan rumah Pak Abu. Mereka sedia menolong mencari anak kembar Pak Abu yang hilang di sungai. Penghulu kampung masuk ke rumah Pak Abu.
"Dahlah tu, Bu! Jomlah gerak sekarang sebelum gelap. Nyawa Ady dengan Is lebih penting dari perasaan marah engkau sekarang ni." ucap penghulu.
Pak Abu melihat sekilas wajah penghulu kampung kemudian memandang tajam pada anak bongsunya. "Kau jangan ikut!" arahnya pada Siman.
Siman terus menangis, dia terpaksa akur walaupun hatinya meronta ingin ikut serta mencari abang-abangnya. Bahunya di usap lembut oleh isteri Cik Leman. Tangis Siman mereda, terus dia melangkah ke bilik tidurnya dan abang-abangnya.
****
Hampir enam jam pencarian dilakukan dari sungai didalam hutan sehingga ke laut dengan bantuan orang kampung, bomba, dan penjawat awam. Langit mula gelap, rintis hujan turun perlahan.
Akhirnya tiga lelaki berpakaian bomba menarik satu tubuh ke pesisir pantai. Orang kampung yang ikut mencari anak kembar Pak Abu memberi laluan pada Pak Abu yang tergopoh-gopoh berjalan ke arah tubuh yang kembang membiru itu. Sebak wajahnya melihat salah satu anaknya dalam keadaan begitu. Namun tetap tiada tangisan.
Salah seorang dari ahli bomba memegang bahu Pak Abu, wajahnya digeleng-gelengkan beberapa kali menandakan tubuh itu tidak lagi bernyawa. Pak Abu terduduk di sisi mayat anaknya. Tetap tanpa tangisan.
"Mengucap, Bu! Mengucap!" celah satu suara.
Air langit semakin laju tertumpah. Pencarian terpaksa di tangguhkan sehingga esok. Keadaan kelam kabut. Mayat anaknya di bungkus dalam sebuah beg hitam kemudian di usung ke dalam ambulance untuk dibedah siasat di hospital. Pak Abu masih terduduk, matanya lekat mengikuti bayang ambulance yang semakin jauh membawa darah dagingnya.
****
Yusuf Taiyob mengiringi Puteri Anne membawa satu mayat manusia menuju kerang gergasi di dasar laut.
"Lekas, Waiti!" arah Puteri Anne.
Yusuf Taiyob segera menolak kerang yang mengatup itu sehingga cangkangnya terbuka dan mengeluarkan buih-buih. Ketiga mereka terus lenyap ditelan buih.
****
"Janji dengan aku ye, Waiti!"
"Tapi, beb Puteri, kuasa beb Puteri akan hilang. Lagipun kalau terkantoi, masak kita berdua nanti. Ini kerja gila, beb Puteri!" Yusuf Taiyob bimbang membayangkan dirinya dimasak, entah duyung masak mentega atau asam pedas duyung.
"Waiti, kau sahabat aku, kan?"
"Baiklah. Kite janji."
Puteri Anne menghampiri mayat remaja lelaki yang di bawanya tadi. Tangannya perlahan mengusap ubun-ubun mayat itu sehingga paras dada, turun lagi hingga ke perut.
"Ehemm!" sempat Yusuf Taiyob berdehem.
Puteri Anne tak menghiraukan sahabatnya. Dia terus fokus mengusap tubuh tak bernyawa itu sehingga paras mata kaki. Setitis cairan hitam mengalir dari anak mata Puteri Anne. Disambutnya titisan itu yang kemudian bertukar menjadi mutiara hitam.
Mutiara hitam di renung sebelum Puteri Anne memasukkan mutiara itu ke dalam mulutnya dan mengunyahnya seperti gula-gula getah. Wajahnya didekatkan kepada mayat tadi sambil tangannya membuka mulut mayat itu. Yusuf Taiyob hanya memerhati di belakang Puteri Anne.
Puteri Anne memejamkan matanya, bibirnya dan bibir mayat itu bertemu sehingga satu cahaya silau keluar dari celah-celah bibir mereka. Puteri Anne mula melepaskan ciumannya. Serta merta rambutnya bertukar warna putih dan siripnya bertukar warna hitam pekat, sehitam mutiara hitam yang dikorbankan untuk mayat tadi.
Tubuh Puteri Anne melemah. Penglihatannya semakin gelap. Yusuf Taiyob segera menyambut Puteri Anne yang pitam dan dibaringkan disisi mayat remaja lelaki tadi.
****
Sorry lambat update, kalau suka jangan lupa vote tau.
Love,
hantu_Merah...
YOU ARE READING
Bila Duyung Jatuh Cinta ❤
PrzygodowePuteri Anne Atlantic ialah seekor puteri duyung yang kuat berangan dan obses dengan dunia manusia. Puteri Anne berharap suatu hari dirinya akan bertemu dengan seorang putera dari kalangan manusia dan berkahwin dengan putera itu. Sehingga suatu hari...