"Beb Puteri!" panggil Yusuf Taiyob yang menunggu sahabatnya itu di balik batu-batu pantai. "Pink! Cantik rambut Beb Puteri! Kite pun nak, hehe..."
"Ady..." pelan suara Puteri Anne menyahut sambil tersipu.
"Ady? Oh... Namanya Ady? Manusia itukah yang..."
"Ya, dia." pantas Puteri Anne menjawap masih dengan nada yang perlahan.
"Manusia tu boleh..."
"Nama dia Ady la, Waiti." kali ini suara Puteri Anne mula sedikit meninggi. Yusuf Taiyob menelan liur mendengar amaran Beb Puterinya itu.
"Ha... Ady boleh bernafas semula disebabkan kebaikan hati Beb Puteri. Sanggup Beb Puteri korbankan mutiara hitam demi Ady tu. Memang patut pun jika dia sekarang jadi manusia yang punya kelebihan. Tapi kan Beb Puteri, kuasa Beb Puteri dah tak ada lagi. Kalaulah Ayahanda Beb Puteri Tuanku Raja Atlantik Syukri Terlajak Laku tahu Beb Puteri dah 'kehilangan' mutiara hitam, pasti..."
"Sudahlah Waiti. Itu kuasa Tuhan, aku dan juga mutiara hitam tu cuma perantara je. Aku percayakan Waiti. Lagipun, aku boleh berlatih semula nanti. Ibundanya Waiti Bunda Duyung Sri Midah Qu Putet kan ada. Nyum nyum nyum je, mmuah! Hahaha... Janganlah risau, ya Waiti! Aku ok!" sempat lagi dia berjenaka tentang ibu Yusuf Taiyob yang sudah dianggapnya seperti ibunya sendiri.
Puteri Anne tak ingin Yusuf Taiyob panik dan terus menyebut perkara yang sepatutnya hanya menjadi rahsia mereka berdua kerana terlalu takut.
Yusuf Taiyob mencebik, bola matanya diputar keatas. "Yelaaah."
Mereka berdua kemudian berenang ke tengah laut dan hilang di telan ombak yang meninggi. Sampai saja di dasar laut, Yusuf Taiyob menjalankan tugasnya membuka portal laluan untuk kembali ke tempat mereka, Lautan Atlantik.
****
Duyung Sri Midah Qu Putet merupakan pengasuh kepada Puteri Anne sewaktu Puteri Anne masih kecil.
Semenjak ibundanya Ratu Aquarindu Tujuh Warna meninggal, Puteri Anne mula menganggap Duyung Sri Midah sebagai ibu angkatnya. Saat itu Puteri Anne masih berusia sembilan puluh lima tahun, masih budak hingusan dikalangan duyung.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, ibunda Ratu Aquarindu sempat mewariskan mutiara hitam yang berasal dari titisan airmata terakhirnya pada puteri sulungnya itu. Airmata kesedihan.
Manakala adik Puteri Anne si duyung kembar Adinda Puteri Aeva dan Adinda Puteri Aera yang berumur lima puluh tahun lebih muda dari Puteri Anne mewarisi dua keping sisik emas yang berasal dari insang Ratu Aquarindu.
Terakhir sekali, dalam keadaan nazak kerana insang telah pun di keluarkan dari tubuhnya tadi, setitis air susu terakhir mengeras dan bertukar menjadi mutiara putih seputih susu turut diwariskan pada si bongsu Putera Zayn Atlantik yang baru dilahirkan.
"Jaga baik-baik!" pesan terakhir Ratu Aquarindu dengan senyum dan mimik wajah gedik nan menggoda yang sengaja dibuat-buat demi menyembunyikan kesakitannya. Senyuman terakhir.
Ditatapnya satu persatu wajah anak-anaknya, kemudian wajah suaminya Raja Syukri Atlantik yang sentiasa disisi menggenggam tangannya. Mata yang kian kuyu, tatapan kian kosong.
Hingga akhirnya Ratu Aquarindu Tujuh Warna menutup mata untuk selamanya di iringi ratapan menyayat hati Raja Atlantik Syukri dan anak-anaknya yang membuat seisi lautan menjadi bergelora dan angin badai di permukaan laut.
Warga istana bawah laut turut berduka kehilangan ratu mereka.
****
"Hmm, melegak ni. Nak Puteri perlu berehat tau!" ucap Duyung Sri Midah sambil belakang tapak tangannya menyentuh dahi Puteri Anne. "Yus, tolong Bunda ambil sebalang tanah darat dalam almari, ya! Biar Bunda bawa Nak Puteri berehat dulu."
YOU ARE READING
Bila Duyung Jatuh Cinta ❤
AdventurePuteri Anne Atlantic ialah seekor puteri duyung yang kuat berangan dan obses dengan dunia manusia. Puteri Anne berharap suatu hari dirinya akan bertemu dengan seorang putera dari kalangan manusia dan berkahwin dengan putera itu. Sehingga suatu hari...