01

110 8 0
                                    

"KRIIINGG"
Bunyi loceng menandakan waktu rehat bermula.Keadaan sekolah SMK Bukit Ledang mulai menjadi bising.Amir sedang berjalan menuju ke kooperasi untuk membeli sandwich telur sebagai alas perut.
"Pappp"
"Woi sakitla sial".Amir ditepuk oleh rakan karibnya dari belakang,Haikal."Ala macam bapok ah kau tepuk sikit dah menjerit"Amir membalas dengan menepuk haikal di belakang kepalanya."Papp"."Ape ni main kepala nanti keluar ilmu yang cikgu ajar"."Heh".Amir membalas."Sekarang ni dah tak nak ajak aku pergi koop dah"."Kaula lembab sangat lama aku tunggu kau kat kelas tadi".Amir berkata.

Mereka berdua berjalan menuju ke kooperasi lalu beratur membeli makanan.Tiba giliran Amir,dia membeli sandwich telur dan air mineral sahaja.Tukang menjaga kaunter yang merupakan rakan sekelas Amir iaitu Faiz berkata."Ni je?Diet ke?"Amir hanya membalas dengan senyuman dan membayar harga makanan itu lalu beredar.

"Amir sinilah lepak dengan kitorang"Kelihatan seseorang memanggil Amir lalu dia pergi ke arah itu.Akil,kawan sekelas Amir semasa mereka berada di Tingkatan 3,memanggilnya.Haikal turut berada di pondok itu bersama Akil sedang menjamu selera.

Amir duduk di pondok lalu makan bersama mereka sambil berbual kosong.Usai makan,Akil membuka cerita."Bukak tutup bukak tutup mata dah form 5.Esok kita last duduk sekolah ni.Kau nanti nak masuk U mana?".Tanya Akil kepada Amir dan Haikal."Aku nanti klau boleh nak masuk UIA je".
"Wuuuuu UIA..."
"Aku pulak nak masuk Oxford"kata Haikal.Amir dan Akil tergelak sakan mendengar universiti impian Haikal."Kau?Oxford?Eja friend pon salah" kata Amir."Ni cita-cita aku ke cita-cita kau?Kimk"."Gurau je la..Dont take things too seriously bro.."kata Amir dengan loghat mat saleh yang ke melayuannya.
"Aku nanti tak masuk U kot sebab aku kena tolong ayah aku kerja untuk menanggung keluarga aku".kata Akil.
Amir dan Haikal berasa simpati terhadap nasib Akil.

"KRINGGG"
Loceng berbunyi sekali lagi menandakkan rehat sudah tamat.
"Weyh aku gerak dulu nak cepat pergi lab".kata Amir kepada Akil dan Haikal."Eh kau belajar lagi?"tanya Haikal."Ni mesti kelas Cikgu Yati kan?Untungla kau dahla cantik,muda pulak tu.Daripada aku dapat Cikgu Zamilah yang tua tu".kata Akil tanda merungut.

Amir bergegas ke makmal sains yang berada di tingkat 2 di bangunan A iaitu bagunan paling jauh daripada bangunan kelasnya.Kalau hendak diikutkan Amir malas hendak pergi ke makmal sains dan mahu ponteng sahaja.Tetapi selepas guru sainsnya ditukar kepada Cikgu Yati,Amir lebih semangat untuk pergi ke makmal komputer.Cantik dan muda bukan hanya alasan untuk dia bersemangat pergi ke makmal komputer,malahan Cikgu Yati itu juga sangat baik dan penyayang terhadap anak muridnya.

Setiba Amir di makmal komputer,dia terus mencari tempat duduk yang paling hadapan.Malangnya nasib tidak menyebelahi dia dan terpaksa duduk di belakang bersebelahan dengan perempuan kerana semua tempat sudah penuh.Amir duduk disebelah rakan sekelas perempuannya yang bernama Ameerah.Remaja perempuan yang berkaca mata dan sedikit berisi.Mereka tidak selalu bercakap walaupun merupakan rakan sekelas.

Cikgu Yati menceritakan pelbagai cerita dari kisah cinta hingga ke kisah seram.Para pelajarnya mendengar dengan penuh minat dan ada segelintir pelajar telah lama dibuai mimpi.

"Jangan"

Amir tersedar seperti ada seseorang membisikkan sesuatu ke telinganya tetapi Amir membuat tak endah.

"Ekekekeke"

Kali ini suara itu semakin kuat seperti ianya berada di dalam kepalanya.Gelakan yang dalam kesedihan dan menyeramkan.Amir tercari-cari suara tersebut.Ameerah memandang Amir yang sedang mencari sesuatu."Kau cari apa?" "Takde...takde apa apa..."jawab Amir dalam keadaan yang hairan dan ketakutan.

HitamWhere stories live. Discover now