05

44 0 1
                                    

Keadaan malam yang hanya ditemani bintang-bintang yang tidak berapa kelihatan dan kawasan sekitar sekolah yang sunyi sepi.Bulan dilitupi awan-awan mendung seperti hendak hujan lebat.Gelap.

"Weyh cepat ah dah lambat nih"

"Rilek lah Mir,skang baru kol 10"

"Bukan sebab lambat je,nanti takut kantoi lak pecah masuk sekolah tengah malam"

Sementara

"Dulu,ada seorang ibu kehilangan anak lelakinya akibat dilanggar lari oleh sebuah lori.Ianya merupakan satu-satu anaknya.Kematian anaknya berlaku betul-betul di depan matanya.Habis bersepai tubuh badan anaknya itu.Kemudian,Ibu tu bunuh diri akibat tekanan kerana sering diganggu oleh anak dia.Doktor mengatakan itu hanya tekanan yang dialami selepas kematian seseorang yang amat disayangi.Pada suatu hari,pemandu lori itu sedang menonton tv."

"Tok...tok...tok..."

"Sape yang datang memalam buta camni?"

Sebelum pemandu lori itu sempat sampai ke pintu rumahnya...

"Aiman....ibu datang ni..."

Terus pemandu lori itu tidak berani membuka pintu.

"Tok...tok...tok"

Sekali lagi pintu diketuk.

"Aiman?Aiman tak sayang ibu ke?"

Pemandu lori itu berlari ke biliknya.

Tiba-tiba...

"Aiman...ibu datang ni..."

"Kelihatan lembaga berwajah hodoh diselubungi kain berwarna putih atau lebih tepat lagi kain kafan berdiri di depannya sambil tersenyum diikuti dengan bau busuk."

"Ekekeke"
"Mari ikut ibu balik Aiman"

"Seminggu kemudian,pemandu lori itu telah dijumpai dalam keadaan perut terbelah.Lebih menyeramkan lagi,mayat itu yang membelahnya sendiri"

"Ahhhhhhh"jerit Farah,Shida dalam keadaan saling berpelukkan.

"Hahaha,rilek la cerita je pun dh takut."kata Haikal

"Sekarang ni nak buat apa?"kata Ameerah

"Sekarang ni kita tunggu Amir dengan Akil jela"

"Bosan lah,lambat gila diorang tu. Aku dah cerita korang lah pulak cerita"Kata Ameerah.

"Kitorang tak ada cerita"jawab Shida.

"Tok....tok....tok"

Masing-masing terkejut.

"Mu..mungkin Akil dengan Amir kot..."kata Haikal

"Pegilah bukak" suruh Farah.

Haikal berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu.

"Aiman...Aiman tak sayang ibu lagi ke?Ibu datang ni..."

*pintu terbuka perlahan-lahan

"Ahhhhh,mak tolong!"jerit Haikal.

Ameerah dan yang lain tergelak sakan.Apabila melihat Haikal menjerit sambil terjatuh ke belakang.Hilang suara kelakian Haikal.

Amir dan Akil yang berlakon menjadi hantu juga tergelak melihat Haikal yang terjatuh.

"Babi lah ko Kimk"marah Haikal.

"Aku pulak?ni idea Ameerah okay."kata Amir sambil menuju ke arah Ameerah.

Haikal memandang Ameerah dengan pandangan sinis manakala Ameerah menunjuk "peace" kepada Haikal.

"Okay,boleh kita mula?"tanya Haikal.

"Jom!"serentak dijawab oleh yang lain.

Haikal meletak papan ouija dan mengeluarkan kertas yang tertulis jampi.

"Sapa ada duit syilling 50 sen lama?"tanya Amir

"Aku check jap."
"Haa..ada pon"Farah mengeluarkan 50 sen lama daripada begnya dan beri kepada Haikal.

"Rules die senang je,bila dah main kene habiskan sampai hantu tu balik.Selagi belom habis jangan lepaskan tangan walau apa pun yang terjadi.Okay,ready?"

"Ready!"jawab Amir dan yang lain serentak.

Sebelum bermula,Amir melafazkan jampi yang tertulis di atas kertas.

"Spirit,spirit of the coin.Aku seru kau daripada kegelapan.Kemarilah kau kepadaku.Datang kau tidak dijemput,pulang kau tidak dihantar.Tunjukkan jika kau ada.

Keadaan menjadi senyap seketika.

"Tak jadi ape-ape pon"kata Amir

Hujan mulai turun di luar diikuti dengan angin kencang dan petir menyambar-nyambar.

"Doommm!"

Bunyi seperti almari jatuh di tingkat atas.

Lantai mulai bergegar seperti gempa bumi berlaku.

"Ahhh tolong"jerit Shida.

"Semua berlindung bawah meja cepat!"

Tiba-tiba lantai tempat mereka pijak hilang!Mereka semua jatuh kedalam satu lubang hitam.

HitamWhere stories live. Discover now