03

52 3 4
                                    

"Mane diorang ni lambatnya.Aku tak tahan nak buang air nih.Pegi tandas dulu lah"

*Shuuuuu*

"Ahh..leganya"

Haikal berjalan menuju ke singki untuk membasuh tangan sambil melihat cermin sebaik saja melepaskan hadas.

"Hmmm... hensem jugak aku,tapi asal takde awek lagi ek?"

"Pap......pap...... pap....... pap"

Bunyi seperti seseorang sedang melompat-lompat di dalam tandas disertakan dengan bunyi air memercik.

"Oiii yang dalam tandas tu,jangan lompat-lompat nanti jatuh."

Bau di dalam tandas pada hari sungguh busuk seperti bau bangkai.Tetapi Haikal mengangap itu perkara biasa bagi tandas sekolah .

Haikal berasa tidak sedap hati apabila bunyi itu semakin kuat dan bau di tandas itu menjadi semakin busuk.Ketidak sedap hatian Haikal membuat dia keluar dari tandas dengan segera.

"Haa..tu pon Haikal"
"Kau pegi mana lama gila kitorang tunggu"

"Lawak la sial,aku tunggu lagi lama sebab tu aku pegi tandas kejap"

Haikal mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.Ianya sekeping papan yang berukir tulisan Yes dan No diikuti dengan huruf A hingga Z dan juga nombor 1 hingga 0.

"Eh,ni...ni...kan ouija board!"
"Mana kau dapat ni??"

"Haaa...ni yang aku nak citer tu"

Ahad

Pagi Ahad yang membosankan,Ibu bapa aku telah pergi ke Kuala Lumpur.Katanya terdapat majlis perkahwinan saudara di sana.Aku tinggal di rumah seorang diri.Bagi aku,tinggal seorang diri di rumah sudah menjadi kebiasaan aku kerana aku merupakan anak tunggal,jadi perlulah berdikari sikit.

Pada mulanya,Ibuku berkeras suruh aku mengikutinya ke majlis perkahwinan tersebut.Katanya:

"Kalau kau tak pergi saudara kau kahwin,nanti tak ade orang datang bila kau kahwin nanti"

Aku hanya tersenyum dan berkeras untuk duduk di rumah sahaja.Ayah dan ibuku akhirnya bersetuju untuk meninggalkan aku dirumah.Mereka meninggalkan sejumlah wang dan pesanan.Mereka juga menyuruh aku mengemas rumah semasa ketiadaan mereka agar aku tidak hanya menghadap gajet 24 jam.Sungguh sayang ibu bapaku kepada aku.Walaupun aku anak tunggal,aku lebih suka berdikari dan tidak menyusahkan ibu bapaku.Kata-kata orang yang mengangap anak tunggal sentiasa di manjakan dan mendapat semua yang diminta tidak benar.Ibu bapa aku mendidik aku supaya berusaha mencari wang sendiri dan tidak menyusahkan orang.

Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.Sudah sejam ibu bapaku berangkat ke Kuala Lumpur.Manakala aku masih mereput dirumah.Haihhh.

Aku memulakan tugasan yang disuruh oleh ibu bapaku dengan mengemas di bilik stor.Aku kalau bab mengemas ni aku mahir tapi kena ikut mood.

"Berhabuk gila,memang tak pernah bersihkan bilik stor ke apa"

Sedang aku mengemas,mata aku tertarik kepada suatu kotak.Kotak yang dibalut dengan kain yang berwarna kuning.

Kelihatan satu lembaga sedang memerhati Haikal dari jauh

Aku membuka kotak itu dengan perasaan ingin tahu apa isi kandungannya.

"Eh,ni macam ouija board"

Aku mendapat idea yang bernas.

HitamWhere stories live. Discover now