02

67 3 2
                                    

Jam menunjukkan pukul 7.45 malam.Selepas solat maghrib,aku mencapai telefon pintarku untuk bermain game "Clash Royale"untuk menghilangkan rasa bosan.

*bunyi mesej masuk*

"Mesej daripada Haikal?Apela si gila ni nak".

Asalam,Mir esk jumpa aq dkat kelas aq time rehat ade something nk ckp and ajak Akil skali.

Aku hanya memberi bluetick kepadanya lalu sambung bermain game.

"Amir turun makan"

Aku menyahut panggilan ibuku dengan perkataan "ok" lalu dengan pantas meninggalkan telefon untuk menjamu selera bersama keluargaku kerana perut sudah berbunyi dengan kuat.Usai makan malam,aku sekeluarga mendirikan sembahyang isyak berjemaah sebaik sahaja azan berkumandang.

Selepas itu,aku naik semula ke bilik aku untuk melayan gajet.Aku telah menjadi hamba kepada gajet kerana dalam bilik aku ada pelbagai jenis gajet-gajet seperti Ipad,Ps4,Mp3 dan lain-lain.Maklumlah aku datang daripada keluarga yang berada.Walaupun aku menjadi hamba kepada gajet,agama aku tetap di hati.

Buka saja telefon pintar,aku dapati ada orang mesej aku.Nombor tidak dikenali.

Jangan
Jangan
Jangan
Jangan

"Sape ni?Jangan ape?Kalau nak prank pon tak payah spam.Ish."

Aku masuk tidur awal kerana berasa mengantuk.Jarang aku tidur awal.Selalunya aku akan bergayut di telefon selama berjam atau bermain ps4.Tetapi hari ini aku berasa mengantuk sangat.

"Krekk Krekk"

Aku tersedar dari tidur apabila terdengar bunyi itu.Aku melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku mengabaikan sahaja bunyi itu dan mengangap kucing aku yang membuat bunyi itu.Aku sambung tidur dan tiba-tiba aku baru teringat.

"Kucing aku baru mati minggu lepas.Aku mana ada kucing lagi".

Aku memandang ke arah bunyi itu.Disebalik kegelapan bilik aku,aku ternampak sesuatu di penjuru."Hitam".Sosok badannya seperti manusia tetapi semuanya hitam.Tiada mata ,Tiada hidung cuma mulut merah seperti dahagakan darah.

Lembaga itu menghalakan badan kepada aku sambil tersenyem menampakkan gigi yang tajam dan berdarah seperti baru lepas melahap daging mentah.Busuk.Lembaga hitam itu mendekati aku

"Ekekekeke"

Gelak tawanya yang menyeramkan itu membuatkan bulu romaku ternaik.Lembaga itu berlari ke arah aku yang sedang berada di atas katil sambil mengangkat tangannya ke hadapan ingin mencekik aku.

"Uhuk uhuk uhuk"

Aku berasa sesak nafas dan tidak berdaya untuk melawan balik.

"Dummmm"

Bunyi guruh di langit mengejutkan aku daripada mimpi ngeri tersebut.Badan aku berpeluh dengan banyak sehingga baju aku basah.Jam di dinding menunjukkan pukul 3.30 pagi.Badan aku mengigil akibat ketakutan. Aku bangun lalu menukar baju yang telah basah dengan air peluh.

Selepas mimpi itu,aku langsung tidak boleh tidur.Selalunya,manusia akan lupa 70% mimpi dia apabila bangun.Tetapi "benda"itu masih terngiang-ngiang di dalam kepala aku.

"Ah sial lah"

HitamWhere stories live. Discover now