-BAB 1-

10 0 0
                                    

2016

''Ainin!! Lama lagi ke?! Kau tahu tak dah pukul berapa? Nanti tertinggal flight lahhh!" Terasa sakit tekak Syila apabila pagi-pagi sudah terjerit-jerit memanggil rakan karibnya itu. Mana taknya, sudah 6 kali dia mengetuk dan menjerit memanggil Ainin namun gadis itu hanya relax bersiap. " Ya Yaaa aku dah siap dah. Kau ni tak reti sabar ke. Baru pukul 7:30 pagi. Flight kita pukul 8:30 kan cik kak. Sempat nak pegi makan ke minum ke"   betul kata Ainin. Dari dulu sifat Syila memang akan tepati masa, tetapi kadang-kadang melampau juga sifat tepati masa Syila ni. Boleh dikatakan Syila ni seorang yang kelam kabut dan kata orang 'gabra'.

"Memanglah lama lagi, tapi kau tak kira pulak. Masa kita kat jalan raya, jem lagi. Nak tunggu kau makan lagi. Kau makan dah lah lama. Orang kunyah 44 kali, kau kunyah 50 kali agaknya" memang tidak dinafikan, ada betulnya kata Syila. Dalam keluarga, Ainin dikenali sebagai seorang yang paling lambat nak habis makan. Kadang Ainin juga pelik. Padahal waktu start dan makanan yang diambik sama banyak dengan orang lain, namun dia pasti akan jadi orang terakhir yang habis makan. "Hahahaha yelah yelah. Cepatlah nanti lambat pulak dengar kau membebel." Tersenyum Ainin. Dalam hati rasa bangga tu ada juga. Mana taknya kelemahannya sudah diketahui ramai rakannya. Dan Ainin merasakan kelemahannya itu 'comel'. Syok sendiri uolls.

Mereka berdua memasukkan beg baju kedalam bonet kereta lalu bertolak ke Mc Donald's. Tiba sahaja didepan Mc Donald's, Syila membuat muka pelik "pagi pagi makan mekdi? Serious ar? Kenyang ke?" Ainin membuat muka selamber lalu mengiakan pertanyaan Syila. " kenyang ke?" Syila bertanya lagi. Kali ini Aini mula panas hati. "Kau ni kalau aku dah tumbuk kang. Diam je lah. Kan ada banyak makanan. Kau order jelah yang mana kau rasa boleh mengenyangkan. Takkanlah tu pun aku nak ajar. Dari tadi membebel. Bising kau tahu?!" Marah Ainin. Manakan tidaknya. Semasa dirumah membebel. Didalam kereta pun tadi membebel. Takkan makan pun nak membebel. Boleh bernanah telinga ni kalau dibiarkan si Syila membebel. Syila tersenyum manis. Tahulah dia yang si Ainin tengah panas dengan sikapnya. Dia akur lalu mengikut gerak langkah Ainin dari belakang yang sudah mula memasuki bangunan Mc Donald's.

Sesudah makan, mereka menyambung perjalanan mereka ke KLIA2 yang mengambil masa selama 15 minit. Pelik juga mereka tiba tiba sahaja KL boleh tiada banyak kenderaan dijalan raya.

Masa Dan TakdirWhere stories live. Discover now