Walaupun mata terpejam rapat sambil ditutupi penutup mata, namun hati dan perasaan Ainin yang sedang bergelora tidak dapat dibendung. Ainin bertanya didalam hati, aku sorang je ke yang rasa perasaan ni, atau dia pun? Hmm. "Hmmm..." Ainin mengeluh kuat. Dalam diam, keluhan Ainin didengari lelaki disebelahnya. Matanya juga seringkali menatap wajah gadis disebelahnya. Mengapa sekarang baru gadis ini muncul. Mengapa sebelum ini gadis ini menghilangkan diri. Bergitu dia merindui untuk menatap wajah dan mendengar bait bait kata yang keluar dari mulut yang comel ini. "Aniq! I'm watching you!" Kata Aimi kepada Aniq.Gadis yang bersama Aniq daripada KLIA2 itu ialah Aimi, kekasih Aniq. Aniq hanya tersenyum memandang Aimi menandakan jangan risau. Mungkin Aimi risau kerana buah hatinya duduk bersebelahan dengan perempuan lain. Ikutkan hati mahu saja dia bertukar tempat dengan gadis tersebut. Namun memikirkan maruah, dia merasakan maruahnya akan tercabar jika dia yang minta.
Ainin terdengar teguran Aimi, namun dia diamkan saja. Malas mahu masuk campur. Biarlah urusan mereka kini menjadi masalah sendiri yang tak perlu dimasuk campur. Bruppp Ainin menekan perutnya, aduhhh.. laparnya, bila pramugari nak hidangkan makanan niii!! Ainin mendengus didalam hati. Agak menyesal dia apabila tidak mendengar cakap Syila semasa waktu breakfast di Mc Donald's. Ainin memberanikan diri untuk membuka penutup mata. Mana tahu makanan sudah terhidang tetapi dia tidak sedar. Hambar, tiada makanan. Tiba tiba coklat sneakers dihulurkan kepadanya. Coklat kegemaranya! Ainin tersenyum sambil terkejut, Dia ingat lagi ke favourite chocolate aku? Ainin menggumam didalam hati. Ainin memberanikan diri memandang muka Aniq meminta kepastian untuk dia mengambil coklat yang dihulurkan kepadanya.
"Ambiklah, kalau tak nak, aku makan" Ainin menghadiahkan segaris senyum sebagai tanda terima kasih lalu menarik coklat daripada huluran Aniq. Aniq juga tersenyum. Tersenyum kerana merasakan senyuman Ainin adalah senyuman paling manis yang dirindui selama 6 tahun.Ainin membuka plastik sneakers lalu memakannya dengan penuh tanda tanya bercampur gembira. Mengapa lelaki ini bersikap baik walaupun sesuatu antara mereka telah berlaku semasa 6 tahun lalu. Ainin menghalau semua tanda tanya yang bermain diminda kerana tidak mahu menghilangkan selera makannya. Melihat keseleraan Ainin memakan sneakers pemberiannya, Aniq tersenyum gembira. Kalaulah dia boleh putarkan masa, dia ingin sekali memeluk gadis kecil ini. Namun dia sedar hukum hakam agama yang melarangnya. "Tuan, Puan nak pesan apa apa makanan? " pertanyaan pramugari yang tinggi lampai memecah lamunan Aniq dan Ainin. " Apa-apa je'' serentak Aniq dan Ainin membalas. Pramugari itu tersenyum menyerlahkan lagi kesan gincu merah bernyala digiginya menyebabkan Ainin tidak tahan lalu tergelak kuat. Mereka yang berdekatan Ainin memandangnya dengan perasaan pelik, termasuk Aniq. Mungkin Aniq tidak perasan. Ainin menggoyangkan tangan kanannya kekiri dan kekanan beberapa kali menandakan tiada apa apa. Pramugari tersebut berlalu dengan rasa pelik. Aniq memandang Ainin meminta penjelasan. " Dekat gigi dia ada gincu merah." Mendengar penjelasan Ainin, Aniq tersenyum lebar. Ainin masih tidak berubah. Perangai keanak anakan Ainin kadang kadang kelihatan comel.
YOU ARE READING
Masa Dan Takdir
Random-Pengenalan- Pelajar baharu tingkatan 6 'Tuan Aniq Rayqal Bin Tan Sri Ahmad Khalid' , nama yang berjaya menarik beribu perhatian setiap pelajar juga termasuk guru, terutama pelajar dan guru perempuan. Bukan sahaja rupa malahan identiti yang bergitu...