-BAB 4-

4 0 0
                                    


Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam, membuatkan penumpang mula berasa bosan. Ainin tidak duduk diam, sejak baring, duduk, melentokkan kepala dan sebagainya. Aniq hanya memerhatikan tingkah laku Ainin. Aniq berasa bebas untuk memandang Ainin kerana Aimi tidak akan nampak disebabkan kedudukan mereka yang jauh. Aimi dibahagian sit depan sekali manakala Aniq di sit kedua akhir belakang.

"Ainin buat apa sekarang?" Aniq memberanikan diri untuk bertanyakan soalan kepada Ainin. Ainin sedikit terkejut. Mungkin tidak menyangka lelaki disebelahnya akan memulakan pertanyaan. "Tak nampak ke aku tengah bosan ni?" Balas Ainin dengan muka selamba. Kau duduk sebelah aku, takkanlah kau tak nampak aku tengah buat apa. Buta ke?! Ainin menggumam didalam hati. Aniq tersenyum hambar. " Maksud aku, kau kerja apa sekarang? Tinggal dengan sapa?" Kali ini Aniq menerangkan soalannya dengan lebih jelas. Ainin yang sedar kesilapannya tersenyum malu. "Ouh, sekarang aku kerja sebagai seni bina dalaman. Kau kerja jurutera ke?" Giliran Ainin pula bertanya.

"Aah, dari dulu memang tu je impian daddy, nak aku jadi jurutera then warisi syarikat dia. Aku kenalah ikut. Ni kau pegi Paris sebab apa? Sambung belajar ke?"

"Taklah, pergi Paris sebab kawan aku buat fashion weeks kat sana. Lagipun, dah lama tak holiday. Alang alang tu, pegilah holiday sekali. Kau ada apa pergi Paris? Teman girfriend ke?" Saja Ainin menduga, siapakah gadis yang bersama Aniq dari tadi. Jika Aniq menjawap soalannya, maknanya benarlah gadis itu kekasih Aniq.

"Yup, aku temankan aje. Dia kata nak jumpa kawan sambil tu nak holiday jugak. Ouh yes! Kau kerja dekat syarikat arwah papa kan? Patutlah senang dapat cuti"

Maknanya benarlah gadis itu kekasih Aniq, Ainin berbisik didalam hati dengan nada kecewa "Takdelah senang sangat, uncle Jeff selalu ingatkan aku, walaupun tu syarikat arwah papa, aku kena jaga sebaiknya sebab itu lah satu satunya peninggalan arwah papa"

Ainin tersenyum hambar. Selepas kematian mama dan papanya, uncle Jeff adik kepada arwah papanya lah yang menjadi penguat untuk Ainin meneruskan kehidupan dan syarikat papanya apabila tiba masanya. Rindu pula dia pada arwah papanya. Arwah papanya lah yang selalu menasihatinya dan menjadi pendengar setia masalahnya. Aniq memandang Ainin dengan penuh rasa kasihan. Apa yang telah berlaku 6 tahun lalu, benar benar mematangkan mereka berdua.

Masa Dan TakdirWhere stories live. Discover now