-BAB 2-

4 0 0
                                    


Tiba sahaja di KLIA2, mereka bergegas menarik beg roda dan mencari tempat duduk. Kelihatan seperti flight mereka untuk ke Paris masih belum berlepas. Ainin mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan seorang wanita. Wanita tersebut memandang Ainin dengan penuh rasa cuak. Ainin bingung. Asal pandang aku macam nampak hantu? Bisik hati Ainin. Ainin segera memandang Syila. "Syila, makeup aku comot ke? Over ke? Atau tudung aku tak betul? Senget eh?" Penampilan amat penting bagi Ainin. Malulah dia kalau rupa dia kelihatan comot di khayalak ramai. Syila menggeleng sambil menunjukkan ibu jari 'ok' dan 'terbaik'. Malas nak bercakap agaknya si Syila.

"Sayang, you nak minum apa apa tak? I belikan ye?" Kedengaran suara seorang perempuan dibelakang Syila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang, you nak minum apa apa tak? I belikan ye?" Kedengaran suara seorang perempuan dibelakang Syila. Syila dan Ainin berpandangan lalu membuat memek muka menandakan geli dengan suara manja tersebut yang dirasakan sangat gedik. "It's okay, I tak haus." Balas lelaki disebelah perempuan tersebut. Ainin tergamam. Kenal benar dia dengan suara lelaki itu. Syila curi curi memandang siapakah gerangan lelaki disebelah gadis gedik tersebut. Syila juga tergamam, lalu menarik lengan Ainin dan berbisik " hensem siot boyfriend dia. Ya Allah, patutlah perempuan tu gedik semacam suara. Boyfriend dah handsome, tapi perempuan ni pulak pakaian tak cukup kain. Makeup dah lah tebal. Ni kalau aku kiiiii...." Ainin segera menekup mulut Syila. Kalau dibiarkan Syila mengutuk perempuan tu, memang tak jadilah mereka ke Paris. Alamatnya, masuk balai lah. Dia yakin dan kenal lelaki dibelakangnya. Tetapi Ainin tidak mahu memperkenalkan lelaki tersebut kepada Syila. Jika dikenalkan, pasti Syila melonjak terkejut.

Kedengaran flight mereka sudah ingin berangkat ke Paris. Ainin pantas menarik tangan dan beg mereka menuju ke pemeriksaan. Tidak mahu Ainin berlama lamaan disitu. Makin lama, pasti akan pecah rahsianya. Didalam kapal terbang, mereka memasuki kawasan VVIP lalu mencari tempat duduk. Aini melihat tempat duduknya sambil tersenyum. Gembira kerana terlepas daripada azab tadi dan dapat tempat yang selesa untuk berehat. Beg Ainin telah diuruskan oleh pelayan. Ainin duduk dengan tenang lalu memejamkan mata. Jauh perjalannya. Sempat dia tidur beberapa kali. Sit disebelahnya tidak dihiraukan kerana dia merasakan sit itu akan kekal kosong sampai ke Paris.


Tiba tiba Ainin terasa seseorang telah duduk disebelah sitnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba tiba Ainin terasa seseorang telah duduk disebelah sitnya. Ainin menanggalkan penutup mata dimatanya. Ainin dan lelaki itu tergamam. Ainin hilang seribu bicara. Mata terkesima. Bergitu juga dengan lelaki itu. Peristiwa lalu mula menghantui Ainin. Malu,marah,kesal,suka? Semua bersatu. Tiada ayat yang dapat diungkapkan. Untuk beberapa minit mereka bertentangan mata dan berdiam diri, lelaki tersebut mamandang ke arah berlawanan bergitu juga dengan Ainin yang menarik semula penutup mata ke matanya.

Masa Dan TakdirWhere stories live. Discover now