Bab 1

99 3 0
                                    

Awan mendung ditatap kelam. Sudah 3 tahun selepas pemergian arwah Amierul namun luka itu masih tersemat dalam hati. Setiap hari dia menangis dan meratapi arwah. Hukum Tuhan? Ya, dia sedar itu semua. Tapi apakan daya, dia juga seorang manusia yang lemah. Dia tahu bahawa meratapi pemergian sesorang itu bukan membawa kebaikan, tapi sebaliknya membawa seksaan yang perit kepada arwah. Arwah tak akan tenang disana!

"Nourul,," panggil satu suara.. Lembut.. Cukup lembut. Ya suara itu! Dia kenal suara itu.. Suara yang cukup dirinduinya. Suara arwah Amierul.

Nourul menoleh. Dia tersenyum. Senyuman yang telah lama mati bersama saat arwah Amierul dikebumikan akhirnya muncul semula dari bibirnya. Senyuman yang cukup menawan dan ikhlas. Lalu satu susuk tubuh datang menghampirinya lalu duduk disebelah Nourul. Ditatap wajah itu, rindu. Ya rindu. Rindu yang tak mampu untuk diluahkan tapi cukup terbayang dari dalam mata Nourul. Rindu yang teramat sangat. Amierul memandang Nourul sayu membuatkan senyuman dibibir Nourul mati dangan serta merta kemudian diganti dengan air mata yang berderaian..

"Shuuuuussssshhhhh..." Jari telunjuk Amierul diletakkan dibibir Nourul. Dia cukup tak sanggup melihat gadis itu menangis. Air mata Nourul disekanya lembut dengan senyuman hampar. Jari jemari Nourul dibawa dalam genggaman sejuknya. Lalu dikecupnya lembut. Cukup lembut lalu membuat air mata Nourul mengalir semula.


Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now