Sejarah hitam yang merenggut kebahagian keluarga mereka masih terbayang di minda Fuqran. Sungguh dia tidak menyangkah pada hari itulah dia akan kehilangan orang-orang yang dia sayangi.. Kehilangan ayah kandungnya, hilang adik yang sepatutnya melihat dunia hanya dalam masa 2 bulan sahaja lagi. Dan yang paling teruk, hilang kepercayaan dari seorang insan yang dia sangat sayangi. Ya, saat itu dia hilang Nourul. Nourul semakin menjauh darinya mala membenci dia. Bermacam kata cacian dan makian diterima. Namun, satu pun tidak dia endahkan..
Fuqran meraup wajahnya. Air mata menitis lagi.. 'Huh, kau ni lemah mengalahkan perempuan!' bisik hatinya namun semua itu tidak memberi kesan lagi. Tindakan yang diambil untuk meninggalkan keluarga yang disangkahnya adalah tindakan yang terbaik rupanya membawa kesan yang amat buruk.
"Fuq, dah la tu nak... Tak perlu la kita ratapi kepergiaan Far. Biar dia tenang kat sana.. Allah lebih sayangkan dia.. Keep strong.. Doa kat Allah kerana Allah tu maha mendengar" pujuk Puan Maisarah. Ditepuk lembut bahu anak bongsunya itu.. Sungguh dia tidak pernah menyalahkan anaknya itu.
"Tapi semua salah Fuq umi.. Salah Fuq. Sebab Fuq, walid meninggal. Sebab Fuq, Far pulak! Semua salah Fuq! Fuq ni bawa bala kat keluarga ni umi! Fuq yang salah!" bentak Fuqran.. Air mata mengalir lagi..
"Fuq, Allah tu maha adil Fuq.. Far pun tak nak Fuq sedih macam ni.. Fuq kena kuat sayang. Macam mana Fuq nak jaga umi. Jaga amanat Fuq yang Fuq pernah tinggalkan kat Far? Dia juga sedih Fuq. Kehilangan orang yang dia sayangi untuk kedua kalinya.." Puan Maisarah terus memujuk anaknya..
Fuqran memandang wajah Puan Maisarah pelik. Dia keliru.. Amanat? Otaknya kembali berputar mencari sesuatu.. Ya amanat itu..
---------------------
-di lapangan terbang KLIA
"Far, aku harap bila aku jauh kat sana nanti kau boleh tolong jaga umi untuk aku. Peluk cium umi untuk aku tiap hari.. Dan satu lagi, tolong jaga Nourul untuk aku tau.. Aku tak dapat jaga dan bahagiakan dia sebab dia bencikan aku. Tapi tak mustahil kau boleh kan?" Fuqran memandang Farhan penuh pengharapan. Dia benar-benar berharap Farhan dapat memenuhi permintaannya..
"Tapi Fuq... Aku... Akuuu" jawab Farhan tergagap-gagap. Dia risau sekiranya dia tidak mampu untuk memenuhi hasrat kembarnya itu.
"Takde tapi-tapi.. Kau kena janji tau..." air mata Fuqran mengalir menandakan yang dia kesal.
"Inshaallah aku janji" Farhan mengelap air mata dipipi Fuqran.
"Bye." bayangan tubuh Fuqran hilang dari pandangan matanya. Farhan tunduk. Dia tidak sanggup melihat kepergian kembarnya. Air mata tumpah lagi. Entah kenapa dia dapat merasakan bahawa itulah saat terakhir dia akan bertemu dengan Fuqran. Wajahnya diraup. 'Ya Allah.'
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
Romance"Dia?? Aku rindu dia. Aku sayang dia. Kenapa aku diberi ujian seumpama ini Ya Allah. Apa dosa yang telah aku lakukan. Kenapa Kau duga aku dengan ujian yang besar seperti ini Ya Allah."- Nourul Nasuha Elyna. "Hey,saya sayang awak! Pegang janji saya t...