"Awak, awak tahu tak dorang kata kat saya yang awak dah takde. Dorang tipu kan awak? Buktinya awak ada kat depan mata saya. Saya rindu awak. Awak pergi mana selama ni? Saya cari awak tau tak. Saya tunggu awak. Saya tau awak takkan tinggalkan saya.. Kita dah janji kan nak hidup sama-sama sampai tua." Tangisan Nourul menguasai suasana yang tadinya tenang.
"Nourul, saya pun sayang kat awak juga. Tapi awak kan tahu, jodoh, ajal dan maut, semua tu Allah yang tentukan sayang.. Awak tahu kan.? Terima takdir sayang, awak dan saya bukan untuk bersama. Jodih kita dah habis setakat kat dunia ni je. Awak masih ada masa depan yang panjang. Satu hari nanti awak akan jumpa seseorang yang sedang tunggu awak kat depan sana. Dia sentiasa tunggu awak. Dan dialah jodoh awak. Cinta Untuk Dia awak." Amierul mengucapkan setiap kata-katanya dengan lembut. Dari wajahnya terpancar cahaya yang menenangkan.
"Tapi saya tak kuat" tutup Nourul lemah. Air mata mengalir deras memecahkan empangan matanya. Esakannya semakin kuat. Dia benar-benar tak kuat.
"Jangan pernah lawan hukum Allah sesungguhnya dia dah atur semuanya sejak kita dari alam kubur lagi. Terima takdir kita. Jodoh awak ada didepan sana. Menanti awak. Doa pada Dia, andai kata kita masih punya jodih, minta agar dia satukan kita di syurganya. Sebagai bidadari saya." Ucap Amierul lembut. Ada air mata ditubir matanya. Menandakan dia juga sedih. "Selamat tinggal sayang," setelah menuturkan kata-kata itu, perlahan-lahan bayangan Amierul hilang dari pandangan mata Nourul.
Cuba untuk dikejar bayangan itu tapi dia tersungkur jatuh. Sakit tidak dihiraukan lagi. Dia duduk berteleku di lantai. Dia menangis sekuat hati. Allah sahaja yang tahu sakitnya. Bukan dikaki, tapi dihati! Dia cuba untuk bangkit tapi pandangannya kabur dan semakin gelap.. nourul rebah disitu bersama-sama air mata yang mengalir lebat mengiringi tubuh lesuh milik Nourul yang akhirnya terbaring lemah.
----------------------------------------------
Cahaya mentari menyinari alam. Bunyi kokokan ayam dan sahutan ayam menjadi penyedap halwa telinga. Syukur alhamdulillah dengan pancaindera pemberian Allah yang masih berfungsi dengan baik.. Terima kasih Allah. Suasana dikampung memang mendamaikan. Wait,, kampung!
Nourul bingkas bangun dari katil. Digosok-gosok matanya yang masih mengantuk. Kalau nak diikutkan mahu sahaja dia tidur hingga malam kemudian dari malam hingga esok lagi. Tapi memandangkan dia akan terlepas waktu subuh, dia bingkas mandi kemudian masuk kebilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk.
"Ya Allah, kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa semua umat nabi muhammad Ya Allah. Kau ampunilah dosa Muhammad Amierul Farhan yang kini sudah berada jauh bersamamu Ya Allah. Aku redho melepaskan dia untuk kembali padamu kerana sesungguhnya padamu kami datang dan pada kau jugalah kami akan kembali. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku. Kau bimbinglah hatiku untuk sentiasa memujimu. Kau bukalah hati ini dan kau sinarilah hati ini dengan hidayatmu. Ya Allah, sungguh aku rindu padamu, pada kekasihmu yakni Rasulullah dan aku juga rindukan Amierul Ya Allah. Terima kasih kerana hadirkan dia dalam hidupku walaupun ia hanya buat seketika. Aku amat bersyukur Ya Allah. Andai ini qadha dan qadar mu, aku terima dan aku buka dada ini dengan seluasnya untuk menerimanya." Air matanya diraup. Sedih meruntun jiwa.. "Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang hina lagi kerdil. Jangan sesekali kau sesatkan aku delam mainan perasaan dan dari bisikan syaitan. Kau kuatkanlah hati in Ya Allah. Amin ra rabbal alamin." Nourul meraup wajahnya disusuli dengan senyuman sambil air matanya mengalir dipipi..
Kepalanya didongakkan keatas. Air mata mengalir tanpa putus,. "Am, saya rindu awak. Saya betul-betul rindukan awak. Terima kasih atas semua yang telah awak bagi kat saya. Terima kasih atas segala kebahagiaan yang awak bagi kat saya. Sumpah demi Allah saya tak akan pernah lupakan awak. Saya sentiasa ingat awak dalam setiap saat. Saya harap awak tenang kat sana. Semoga suatu hari nanti awak akan jadi kekasih saya disyurga." Tutur Nourul lembut. Air matanya berjuntaian jatuh dipipi.. Rindu..
#maaf kalau cerita ni tak menarik. Harap sudi baca dan vote. Rasa mcm takde sambutan. Mcm nak delete je cerita ni
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
Romance"Dia?? Aku rindu dia. Aku sayang dia. Kenapa aku diberi ujian seumpama ini Ya Allah. Apa dosa yang telah aku lakukan. Kenapa Kau duga aku dengan ujian yang besar seperti ini Ya Allah."- Nourul Nasuha Elyna. "Hey,saya sayang awak! Pegang janji saya t...