Library

70 9 3
                                    

[4 buah cerita bertajuk "Library" yang ditulis setiap admin]

1.

" Jimin . " panggil Taehyung kepada Jimin yang khusyuk menulis . " Eo ? " balas Jimin yang tekun menyiapkan kerja sekolahnya . " Kalau suatu hari nanti , aku dengan Ara terperangkap dalam kebakaran ...kau nak selamatkan yang mana ? " soal Taehyung tiba-tiba . Serta-merta Jimin berhenti menulis lalu wajah ingin tahu Taehyung dipandang . " kenapa kau tanya macam ni ? " tanya Jimin kembali apabila melihat perangai Taehyung yang pelik . " Saja nak tahu . " balas Taehyung sambil mengalihkan pandangan ke luar tingkap kelas memandang pelajar-pelajar yang riuh berlalu ke kantin . " Aku akan cuba selamatkan dua-dua . Sebab aku sayang dua-dua . Kawan baik dan yeochin . Aku tetap akan cuba selamatkan dua-dua walaupun aku terkorban . " balas Jimin selepas diam seketika . Ayatnya diulang supaya Taehyung jelas . Terdiam Taehyung mendengarnya . Baru sahaja dia ingin membuka mulut bertanyakan yang selanjutnya , kawan-kawan rapatnya yang lain sudah berdiri di muka pintu . " Jimin . Taehyung . Jom rehat . " panggil Jhope mengajak mereka berdua . Jimin menutup bukunya dan menarik Taehyung untuk keluar rehat .

- SKIP -

*PERPUSTAKAAN BUSAN*

Jimin berlalu keluar dari perpustakaan untuk menjemput adiknya Jungkook dari sekolah menengah rendah . Ara , Taehyung dan rakan baiknya yang lain ditinggalkan dalam perpustakaan kerana dia akan kembali semula untuk belajar berkumpulan . " Saeng . " panggil Jimin . Jungkook yang sedang menunduk memandang lantai pantas mengangkat kepala . Dia dengan pantas berlalu ke arah hyungnya . Tubuh hyungnya dipeluk erat . Rindunya tidak terkata . " So ....amacam ? Best kem ? " tanya Jimin setelah pelukan dirungkaikan . Beg baju kepunyaan Jungkook dibawa sambil berjalan ke perpustakaan semula . " Best . Macam-macam Jungkook belajar ...." cerita Jungkook yang mula rancak .

    " Hyung . Kenapa banyak asap ? Datang dari mana tu ? " tanya Jungkook tiba-tiba sambil menunjuk kepulan asap hitam . Kaki dipercepatkan untuk mencari punca sebenarnya . " Kenapa ramai orang ni hyung ? " tanya Jungkook pelik melihat ramai orang sedang berkerumun berhampiran perpustakaan dan kedengaran riuh dan suara-suara cemas apabila mereka menghampiri perpustakaan . " Hyung ! Perpustakaan terbakar ! " kata Jungkook cemas . Jimin pantas mencari-cari kelibat rakan-rakannya di celah-celah orang ramai . Keadaan menjadi huru hara apabila kebakaran menjadi besar dan api semakin marak . " Jungkook . Cari kawan-kawan hyung . " arah Jimin cemas . Jungkook mengangguk faham . Akhirnya mereka menjumpai Namjoon , Jin , Suga dan Jhope yang terduduk lemah di kaki lima sambil cuba mengatur nafas . Wajah mereka dan baju mereka yang agak kotor berceloreng hitam disebabkan debu dan asap dari kebakaran mengundang simpati Jimin .

   Orang ramai cuba membantu menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran . Ada yang cuba memadamkan api dengan air sementara menunggu ambulans dan pihak bomba sampai . Seketika cuma , Jimin menyedari sesuatu . " Namjoon ! Suga ! Mana Taehyung dengan Ara ?! " tanya Jimin mula cemas dan tercari-cari . " Mianhae Jimin-ah . " ucap Jin tersekat-sekat kerana nafas yang masih tidak teratur . Jimin yang faham dengan maksud itu mula berlari masuk ke dalam perpustakaan yang sudah dijilat api . " Hyung ! " jerit Jungkook yang risau akan Jimin . Dia cuba mengejar Jimin namun tangannya dipegang oleh Jhope . Jhope dan Suga menggeleng perlahan . Jungkook akur . Dalam hatinya berdoa agar hyungnya selamat .

    Jimin terbatuk-batuk apabila terhidu asap . Dia mencari-cari kelibat Ara dan Taehyung . Tiba-tiba dia terdengar suara orang meminta tolong . Dengan pantas dia mencari dari mana datangnya suara tersebut dan akhirnya dia terjumpa Ara yang terkulai layu di tepi pintu . Matanya pantas mencari kelibat Taehyung . " Ji...jimin...ah... " panggil Taehyung perlahan . Jimin pantas mengangkat meja yang telah menghempap kaki Taehyung . Dia memapah perlahan Taehyung dan bergerak ke tempat Ara yang masih tidak sedarkan diri . " Taehyung . Kau masih boleh jalankan ? " tanya Jimin . Taehyung mengangguk diselangi batuk . Jimin mengeluarkan sebuah plastik kosong dan menyuruh Taehyung mengambil nafas . Dia membawa Ara di belakang badannya sambil menyuruh Taehyung memegang bahunya . Ketika hampir di pintu keluar Jimin memandang siling yang seperti bakal runtuh bila-bila masa . " Taehyung . Bawa Ara keluar . Aku kene tahan siling ni sebelum runtuh . " kata Jimin . Taehyung terpana . " Ppali ya ! " gesa Jimin . Akhirnya Taehyung mengambil Ara di belakang Jimin dan dibawa keluar dengan keadaan kakinya yang sakit . Sebaik sahaja Taehyung dan Ara melepasi pintu utama perpustakaan , siling runtuh menutup pintu masuk . Taehyung memandang bangunan yang sudah separuh lesap dijilat api . " Jimin... " ucap Taehyung sebelum dia tidak sedarkan diri . Jungkook pula sudah terjelepok jatuh melihat bangunan yang sudah runtuh . Suasana menjadi makin sibuk apabila ambulans dan pihak bomba datang ke tempat kejadian .

Random BookWhere stories live. Discover now