Pencuci Muka

28 5 2
                                    

[4 buah cerita bertajuk "Pencuci Muka" yang ditulis setiap admin]

1.

" Kyo Mi ! " panggil Hye Min teruja sambil tangannya menggamit Kyo Mi yang sedang berjalan ke arahnya. " Kenapa? " tanya Kyo Mi pelik. " BTS dah comeback ! " balas Hye Min teruja. " Kau cuba tengok Jimin! Flawless gila muka dia. " ucap Hye Min teruja sambil matanya tidak lepas memandang telefonnya yang sedang menayangkan MV Fire. Matanya bersinar-sinar menunjukkan betapa kagumnya dia.

" Apa yang dia pakai ya? " tanya Kyo Mi perlahan. " Tu la! Kalau aku jumpa dia...aku nak tanya dia pakai apa. " balas Hye Min masih memandang skrin telefonnya. Kemudian dia tersengih-sengih sendirian. Fangirl la tu. Kyo Mi hanya mendiamkan diri sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu. " Dia orang akan masuk mana-mana rancangan tak ? " tanya Kyo Mi. " Nanti dia orang akan masuk Music Bank rasanya " balas Hye Min. ' Music Bank? Hurmmm....' hati Kyo Mi berbisik sendiri.

SKIP~

" Kyo Mi ! Sini ! " panggil Hye Min cemas. Kyo Mi yang berada di dapur segera berlari ke ruang tamu mendapatkan Hye Min. " Tengok nih! " arah Hye Min . Mata Kyo Mi pantas dihalakan ke skrin televisyen.

" Jimin iaitu salah seorang ahli kumpulan BTS yang sedang hangat dengan kemunculan semula mereka didapati hilang sebaik sahaja mereka tamat melakukan persembahan di dalam rancangan Music Bank. "

" Kejam gila la siapa culik Jimin. Confirm psiko . " marah Hye Min sendirian sebaik sahaja pembaca berita menyampaikan beritanya. Kyo Mi hanya mendiamkan diri. " Aku naik dulu. Nak tidur. Esok kerja. " kata Kyo Mi kepada rakan serumahnya. Hye Min hanya mengangguk membenarkan.

Sebaik sahaja Kyo Mi masuk ke dalam bilik tidurnya, dia terus ke bilik air untuk menggosok gigi dan mencuci muka. Penutup sebuah botol dibuka dan dia menuang sedikit isi cecair tersebut ke telapak tangannya sebelum cecair tersebut dilumur dan disapu rata ke wajahnya. Kyo Mi memandang wajahnya yang diselaputi cecair merah melalui pantulan cermin dan kemudian membilas wajahnya dengan air paip.

" Apa la kau pakai Jimin sampai muka kau cantik macam tu. Aku pun takde pilihan lain sebelum bunuh dan ambil darah kau untuk jadikan pencuci muka. Mana tahu aku jadi flawless macam kau. " gumam Kyo Mi perlahan sambil tersenyum sendirian memikirkan bahawa dia akan menjadi cantik.

( Jangan kecam author sebab buat Jimin mati. Jimin masih hidup dengan ceria dan sihat. 😊)

- Admin Yinn -

2.

Aivy. Seorang pelajar yang sangat cantik. Baik, peramah, pandai. Kalau nak diikutkan memang perfect lah dari atas sampai bawah. Semua cikgu kat sekolah sukakan dia. Semua pelajar senang dengan dia tetapi tidak kepada Jane. Dia dengki dengan kecantikan yang dimiliki oleh Aivy. Kalau boleh mahu saja dia musnahkan muka cantik milik Aivy. Tapi dia tidak tahu siapa Aivy yang sebenarnya..

-

"Hey Aivy, selamat pagi!"

"Hai Jane! Pagi!" Balas Aivy ceria.

"Kau tahu tak. Aku ada satu produk nak share ngan kau~!" Jane memandang Aivy dengan teruja.

"Apa dia?"

"Jjang!" Jane menunjukkan produk jenama 'Queen' yang tertulis didepannya.

"Nah, cuba kau pakai. Best tau guna produk ni! Muka lembap je. tak kering," Jane menghulurkan produk itu kepada Aivy. Aivy tersenyum lalu mencapainya.

Random BookWhere stories live. Discover now