[4 buah cerita bertajuk "Kasut" yang ditulis setiap admin]
1.
Nama aku June . Aku ada seorang kawan baik yang bernama Jane . Kami ibarat kembar kerana kami rapat sejak kecil lagi . Nama pun hampir sama . Hampir semua benda kesukaan kami adalah sama . Termasuk la dengan orang yang aku suka , dia turut suka . Untuk itu , aku lepaskan demi kawan baikku . Aku dan Jane adalah peminat tegar kasut sukan . Jadi , setiap kali aku buka instagram ... aku akan kongsi gambar-gambar kasut sukan yang aku suka dan yang paling baru . Jane turut teruja melihat gambar-gambar tersebut . Sehingga la suatu hari , Jane menghantar gambar-gambar kasut yang sama seperti gambar yang aku hantar sebelum ini di dalam whatsapp . Lantas aku bertanya , " Kenapa kau hantar gambar kasut ni balik , Jane ? " . " Kau buta ? Itu adalah kakiku . Bermakna aku telah membeli kasut-kasut yang telah kau hantar sebelum ini . Hahaha . " balas Jane . Aku yang membacanya agak terkedu . Aku cuba bertenang . Namun hatiku menjadi semakin panas dan sakit apabila hampir setiap hari Jane menghantar gambar semua barang yang dibelinya dan paling menyakitkan hatiku ialah gambar lelaki yang aku suka dan terpaksa dilepaskan untuk Jane turut terselit di antara semua gambar . Pernah sekali aku bertanya pada Jane , " Jane . kenapa kau hantar semua gambar ni ? " . " Aku saja nak buat kau jeles . Hahaha . " balas Jane . Disebabkan hal itu , aku menjadi makin marah . Aku mula membenci Jane apabila semua perkara dan benda yang aku suka , Jane turut suka dan cuba mendapatkannya mendahului aku . Sehingga la perkara ini terjadi . Aku memegang pisau dapur yang sudah dibasahi darah . Pisau dapur itu adalah milik ayahku yang bekerja sebagai seorang cef terkenal . Disebabkan ayahku terlalu sibuk , aku diabaikan . Oleh kerana itu aku cemburu melihat Jane yang gembira bersama ayahnya . Emakku pula sudah lama pergi . " Jane ! Bangunlah ! Kenapa tidur ni ? " tanyaku sambil menepuk kasar pipi Jane yang sudah kaku . " Tak nak main hantar gambar dengan aku lagi ke ? Kau kata nak buat aku jeles . Cepat la . " kataku bersama gelak jahat . Aku seperti orang gila kerana ketawaku diselang-selikan dengan tangisan . " Kau tahu aku sayang kau . Aku sanggup lepaskan Jeremy untuk kau . Tapi sebab kau saja sakitkan hati aku ....aku terpaksa buat macam ni . " ucapku lirih dan kemudian ketawa . Pisau yang berada di tanganku ditusukkan ke perut Jane beberapa kali sebelum aku mengambil gambar diriku bersama Jane yang sudah mati .
-Admin Yinn-
2.
"Papa! Mia nak kasut tu! Nak kasut tu! Belikan la pa!" Rengek gadis kecil itu kepada Suga.
"Ya sayang, nanti papa belikan okay? Sekarang kita balik dulu, kesian nenek tunggu lama kat rumah tu," Suga cuba memujuk puterinya itu.
"Tapi Mia nak sekarang! Mia nak sekarang jugak!" Kakinya dihentakkan beberapa kali sebagai tanda protes kerana Suga tidak mahu membelikan kasut tersebut.
"Sayang, jangan macam ni..kesian kat papa..jom kita balik?"
Mia memuncungkan bibirnya sedepa. Kalah itik kat reban. Tangannya pulak disilangkan kedada.
"Sayang, janganlah macam ni. Anak mama baikkan? Jom kita balik?" Kali ni Jahee pula cuba memujuk anaknya.
"Taknak! Mia nak jugak!" Mia masih lagi tidak mahu mengalah. Dia nak kasut tu.
"Haih abang, belikan jela..kalau tak sampai bila dia macam ni" kata Jahee memandang Suga.
"Yelah. Awak tunggu sini. Saya dengan dia pergi beli. Hati-hati tau."
Suga dan Mia berjalan melintas untuk ke kedai kasut diseberang sana.
DI KEDAI