**3 bulan telah pun berlalu**
Kini Ayu Deana telah pun bergelar tunang orang.Malah,pemuda yang bertuah itu adalah Tunku Firash Farhan!.Tidak sangka bukan.wujudnya pertunangan antara mereka berdua adalah ketika Ayu Deana dan Firash Farhan di 'translat' kan kira kira 3 minggu di Sabah tempoh hari.Perangai 'take care' si Firash Farhan telah menambat hati dan melembutkan hati si Ayu Deana untuk bekerjasama selesaikan tugasan itu."Good morning sayang"ucap Firash Farhan sebaik sahaja panggilannya dijawab oleh kekasih hatinya yang satu itu."Urmm,awalnya awak bangun".Lalu dikerlingnya muka jam di dinding biliknya itu.'4 pagi?'terkejut Ayu Deana dibuatnya."Sayang,esok kan our first Ramadhan.Lupa lah tu.Tadi dia yang beria-ria ingatkan orang"respon Firash lalu diikuti gelak tawanya.Ayu menepuk dahinya perlahan."Thanks awak,kejutkan saya sahur.Bye awak , saya letak telefon dulu ya.Assalammualaikum💖"."Waalaikumussalam future wife".Ayu segera ke tandas untuk membersihkan diri.'Tok tok tok' pintu bilik Ayu Deana di ketuk.Lantas Ayu membuka pintu."Kak long,cepat turun bawah tolong mama dan Mak Teh sediakan lauk sahur"pinta mama Ayu Deana iaitu Dato'Saffiya binti Haji Safwan."Kejap lagi kak long turun ya mama".Walaupun mama dan papa mereka selalu sibuk , namun mereka tetap memastikan anak anak mereka sentiasa dalam kehidupan suasana seorang Islam sejati , insyaAllah.
"Mama nak akak tolong apa?"soal Ayu sebaik sahaja sampai ke ruang dapur yang digayakan ala ala vantage itu.Sungguh cantik apabila dipandang.Nama pun , mak ayah berpangkat Dato', semestinya rumah mereka telah pun seperti istana di kayangan!✨ ."akak tolong mak Teh siapkan pinggan mangkuk atas meja.Jangan lupa lapik pinggan tu perlu ditukar dengan pelapik pinggan yang warna merah cili itu.Pelapik tadi telah kotor"Laju saja Ayu melakukan kerja yang diamanahkan oleh ibunya itu .Dato'Saffiya tersenyum.1 jam kemudian , lauk pauk untuk bersahur pun telah siap dihidangkan di atas meja.Itu pun atas bantuan mama dan Ayu.Kalau nak dibiarkan mak Teh buat keseorangan,kesian pula telah berumur begitu."Puan,saya pergi panggilkan adik ya"ujar mak Teh.Dato' Saffiya mengangguk.Ayahnya , usah penat penat dipanggil kerana dia telah pun bangun daripada tadi menonton filem di bilik wayang bersama anak bujang nya yang diberi nama Azam Haziq itu .Setelah semua ahli keluarga telah berada di meja makan , termasuk bibik-bibiknya , ketua keluarga rumah itu pun segera membaca doa makan.Ya,itulah kehidupan mereka.Dipandang mewah di sisi manusia dan juga disayangi oleh Tuhan yang maha Esa.InsyaAllah.
🌸🌸
YOU ARE READING
Tundukkan Ego Itu Dear Encik Tengku ! (COMPLETE)
RomanceAyu Deana telah 'diikat' oleh bosnya apabila mereka berdua merasakan ada chemistry dan bahagia apabila bersama,iaitu Tengku Firash Farhan anak seorang Tan Sri.Tetapi lama kelamaan,Ayu tidak memandang serious antara hubungan dia dengan Firash.Dia mul...