Yerin melihat sekujur tubuh Mingyu yang terbaring lesu di atas katil. Tangannya menatang dulang. Membawa semangkuk sup ayam dan air kosong. Seperti selalu. Yerin melabuhkan punggungnya di birai katil.
"Gyu..."
Serta merta Mingyu membuka matanya perlahan-lahan. Yerin tersenyum manis melihat wajah itu. Walaupun tubuh lelaki itu tidak mampu bergerak lagi seperti orang biasa, tetapi mata dan hatinya masih boleh berkomunikasi dengannya. Melalui satu perasaan. Cinta.
"Makan?" Soal Yerin? Mingyu diam. Kelopak matanya sahaja yang terkelip sedikit. Mulutnya juga tidak boleh menyebut perkataan. Berat. Lemah.
"Makan okey? Baru sihat sihat nanti." Walaupun tinggal seminggu lagi awak akan pergi mengikut ramalan doktor. Ayat itu hanya diucapkan di dalam hati.
Ditiup dahulu sup pada sudu untuk disejukkan sebelum dihalakan pada hujung bibir Mingyu. Sebak dadanya melihat lelaki itu cuba membuka mulutnya dengan payah sekali akibat lumpuh kerana kemalangan. Bagaikan terseksa sekali hendak makan. Walaupun hanya sup, Mingyu tampak berselera. Yerin tahu, teman lelakinya ini bosan dengan masakannya yang hanya sup sahaja setiap hari. Tetapi tiada makanan lain yang boleh masuk kecuali sup.
"Makan banyak ya untuk hari ni? Biar awak gemuk." Digagahkan juga bibirnya untuk mengukir senyuman. Senipis bawang pun jadilah. Bahagia sungguh hatinya melihat Mingyu gembira walaupun tidak dapat ditunjukkan secara zahirnya.
Tangan Yerin lincah ke sana ke mari. Kadang-kala dia melihat Mingyu cuba sampaikan sesuatu melalui pandangan matanya. Tetapi dia tetap meneruskan suapan pada Mingyu. Dia tidak mahu melihat lelaki itu terseksa dan bersedih. Dia tahu apa yang Mingyu cuba untuk sampaikan sebenarnya.
"Emm..." terkeluar suara Mingyu perlahan apabila Yerin tidak mengendahkan pandangan matanya yang sedang hendak menyampaikan sesuatu itu. Mulut tidak dibuka. Dia diam.
"Kenapa? Hmm?" Yerin mengusap perlahan kepala Mingyu. Dingin. Kepala itu sedikit sejuk. Tidak hangat seperti orang biasa. Yerin meletakkan mangkuk. Dia mula rasa tidak sedap hati.
"Emm... em..." Mingyu menggumam lagi dan kali ini mengerdip-ngerdipkan matanya pula. Yerin mengerutkan dahi. Dia tidak faham kerana terlalu cemas.
"Nak makan lagi? Hmm?"
"Emm!!" Erangan Mingyu semakin kuat. Sebak Yerin dibuatnya kerana dia gagal memahami penyampaian Mingyu.
"Habis? Nak apa? Awak sakit?" Yerin menyentuh setiap genap inci tubuh lelaki itu dan kali ini barulah Mingyu kelihatan diam sedikit.
"Ohh.. nak urut? Badan sakit-sakit?" Yerin mengelap tubir matanya yang mula mengalir air mata. Fikirannya mula bukan-bukan. Kepala Mingyu dingin, tubuhnya sakit-sakit. Adakah ini...
"Saya urut ya?" Yerin menghilangkan bayangan negatif.
"Emm..." Mingyu memejamkan mata. Tangan Yerin mengurut perlahan dari kaki hingga ke pinggang. 10 minit juga tangannya tidak berhenti sebelum menyedari kuku kaki dan tangan Mingyu seakan bertukar warna kepada kebiruan dan pucat. Bergeletar tangan Yerin ketika itu. Dia melihat wajah Mingyu yang tenang sambil memejamkan mata.
"Gyu.. Mingyu..." digoncang perlahan tubuh itu untuk menyedarkannya. Tidak sedar. Yerin mulai gelabah. Tak. Belum. Belum tiba masanya.
"Mingyu! Wake up.. open your eyes. Please. Bernafaslah untuk 10 minit. Demi saya..." tangisan Yerin pecah akhirnya kerana terlalu gemuruh dan sedih. Kuat juga tangannya mengoncang tubuh Mingyu yang kaku ini.
"Emm..." Mingyu menggumam perlahan. Dia tidak membuka kelopak matanya. Hanya gumam sahaja. Yerin menarik nafas lega.
"Buka mata."
Mingyu menggeleng kecil. Sangat perlahan. Yerin mengerutkan dahi. Tak mungkin. Tidak mungkin saraf penglihatan Mingyu mula tidak berfungsi dan kelopak matanya tidak boleh dibuka! Keadaan ini pantas!
"Mingyu, please. Buka mata. Untuk 1 saat."
"Emmmm..." Mingyu mengerang lagi dan kali ini erangannya seperti berpanjangan. Yerin menggosok dada Mingyu perlahan supaya lelaki itu bertenang tetapi erangannya semakin kuat.
"Mingyu... kenapa ni, sayang? Kenapa menangis? Hmm?" Bagai hendak luruh jantung Yerin apabila terlihat tubir mata Mingyu ada air mata yang mengalir ketika lelaki itu mengerang. Mingyu menangis.
"Emm.. emm... emmm!!!" Semakin kuat erangan tangisan Mingyu. Yerin yang tidak sanggup mengharungi keadaan ini segera memeluk tubuh lelaki itu. Sekali lagi dia terkejut. Tubuh Mingyu dingin. Walaupun dilapisi baju. Yerin memeluk erat tubuh Mingyu dan melekapkan telinganya pada jantung lelaki itu.
"Selagi bunyi ni masih ada, awak tak boleh tinggalkan saya. Tak boleh." Yerin menangis teresak-esak sambil menghayati denyutan lemah jantung Mingyu. Erangan Mingyu mulai perlahan. Digantikan dengan nafas yang mula berombak.
"Calm down. Jangan nafas kuat sangat." Yerin terlalu takut. Digosok dada Mingyu dan berharap pernafasan berat Mingyu akan kembali seperti biasa.
"Emm..." Mingyu menggumam lagi bersama linangan air mata yang tidak sudah-sudah mengalir.
"Dah. Jangan menangis. Saya ada kat sini untuk awak." Yerin berbisik di telinga Mingyu dan mengucup pipi cengkung itu dengan perlahan. Yerin melekapkan semula telinganya pada dada Mingyu.
Denyutan itu semakin lemah. Perlahan. Dan jauh. Yerin memejamkan mata. Dia cuba pasrah. Dia cuba tabah. Dia cuba. Tetapi dia gagal tatkala dada Mingyu naik meninggi dan menyebabkan dia terbangun.
"Emmm!! Emm!!" Mingyu menangis dalam erangannya. Air mata lelaki itu laju menuruni ke sisi.
"Gyu.. jangan tinggalkan saya! Tolonglah... bertahan demi saya! Jangan... jangan buat hari ni hari terakhir untuk kita bersama. Jangan biarkan hari ni hari terakhir saya tengok awak. Jangan biarkan hari ni hari terakhir saya buatkan awak sup macam selalu. Jangan. Saya masih nak suap awak. Masih nak masak untuk awak. Mingyu... tolonglah bertahan demi saya tolong!" Berakhir sahaja ucapan Yerin, dada Mingyu perlahan-lahan menurun dan melepaskan nafas yang begitu berat. Serentak dengan itu, kepala Mingyu mula terlentok dan hidung dan telinga lelaki itu mula mengeluarkan darah.
"MINGYU! Bangun! Buka mata awak! Erangan awak mana?! Mingyu?! Awak dah pergi ke?! Awak tinggalkan saya?! Mingyu!!!!" Terhinjut bahu Yerin menangis kerana hayat Mingyu berakhir di hadapan matanya. Bersamanya. Lelaki itu pergi. Kaku. Diam. Tanpa erangan mahupun air mata. Tinggal darah yang keluar melalui hidung dan telinga.
"Mingyu..." Yerin masih tidak puas hati. Dilekapkan telinga pada dada Mingyu. Diam. Sunyi. Tiada. Langsung tiada!
"Ahh! Mingyu! Kim Mingyu! Arghhhh!!!"
____
Terima kasih atas segalanya, sayang. Awak kebahagiaan saya. Awak gembirakan saya. Awak segalanya bagi saya. Walaupun sudah setahun awak pergi, tapi saya masih ingat kenangan kita. Saya masih ingat. Baju awak... saya selalu cium untuk hilangkan rindu. Selimut dan bantal awak saya selalu pakai. Biar saya rasa yang saya sedang bersama awak. Mingyu, kalau awak nak tahu, pemergian awak buat saya hilang arah. Saya rindukan awak. Rindu sangat-sangat. Awak lumpuh, awak bisu, tapi hati awak tak. Saya cuba faham apa yang awak nak cakap. Saya cuba buat awak tersenyum. Saya bahagia, Mingyu. Bahagia sangat-sangat.
Mingyu, saya akan selalu ingat awak. Kita dah berpisah. Tapi bukan cinta kita. Ingatlah.. saya tak pernah padamkan hati saya untuk awak. Tak akan ada yang mampu alihkan hati saya. Tak akan ada. Hanya awak. Kalaulah ada peluang kedua untuk hidup, saya mesti gembira. Kita akan bahagia. Tapi tak. Saya akan ingat kenangan kita dulu. Awak tak pernah menyusahkan saya. Awak bahagiakan saya. Tengok awak buka mata pun saya dah bahagia, Gyu. Sangat bahagia. Berehatlah awak kat sana. Tidur secukupnya. Saya akan datang juga. Suatu hari nanti. Kim Mingyu, saranghae.
-TAMAT-
YOU ARE READING
[COMPLETED] Last AND Forever (SEVENTEEN SAD ONESHOT IMAGINE)
FanfictionHope enjoy! Sediakan tisu bebanyak. Mungkin bakal mengalirkan air mata anda. ☺