Seperti biasa, Lia dan Seung Cheol akan pergi ke tempat biasa mereka makan bersama. Ketika itu, Lia baru sahaja habis menyelesaikan tugasannya untuk diberikan kepada pensyarah nanti. Tetapi disebabkan teman lelakinya ini tiba-tiba menelefon dan menyuruhnya keluar dari universiti secepat yang mungkin, dia terpaksa memberikan tugasannya itu sebelah petang nanti.
Selesai mengambil pesanan di kaunter, mereka berdua mengambil tempat duduk yang agak terpencil dari semua orang. Sudah terbiasa untuk Seung Cheol mencari tempat yang tidak ramai orang lihat.
"Cheol ah..."
"Emm..."
"Awak okey? Kenapa macam tak sihat je ni?" Lia menegur. Perlahan tangannya menyentuh tangan Seung Cheol. Tidak panas. Tidak dingin. Biasa. Suhu normal tubuh manusia.
"Entah. Rasa macam tak sedap hati. Tak tahu kenapa." Balas Seung Cheol ringkas. Diraup wajahnya berkali-kali untuk menghilangkan rasa gundah-gulana yang bertandang dalam hati.
"Kalau tak sihat, kenapa tak rehat kat rumah je? Tak payahlah ajak Lia lunch hari ni." Kata Lia lagi. Wajahnya terlalu nampak risau apabila Seung Cheol hanya memberikan senyuman paksa. Langsung tidak menyedapkan hatinya.
"Cheol..."
"I'm okay, sayang. Don't worry okey?" Kata Seung Cheol sambil tersenyum. Digagahkan juga dirinya untuk tersenyum walaupun tubuh badannya terasa sakit-sakit. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Perasaan ini sudah dapat dirasai dua tiga hari lepas. Bukan dia tidak pergi ke klinik. Sudah dua kali dia ke klinik yang berbeza dan doktor yang berbeza itulah kata benda yang sama bahawa dia kurang berehat. Apa yang kurang berehatnya? Dia terlebih rehat adalah. Mungkin disebabkan hal itu, dia jadi begini. Seung Cheol hanya mengambil kes ini sebagai kes biasa-biasa sahaja. Bukan serius.
"Emm... Lia..."
"Ya?" Lia yang ketika itu sedang membelek skrin telefon bimbit mengangkat kepalanya.
"Malam ni... kita jumpa? Sebab Cheol ada sesuatu nak bagitahu awak." Kata Seung Cheol. Dia kelihatan seperti biasa kerana sakitnya beransur hilang. Sebentar lagi pasti sakit-sakit pada badannya akan kembali lagi.
"Jumpa? Emm... pukul berapa? Sebab Lia nak kena siapkan assignment. Esok nak kena hantar dah." Kata Lia. Seung Cheol mengherotkan bibirnya sedikit.
"Emm.. dalam pukul 8 Cheol sampai rumah awak. Tak payah elegent sangat. Cheol nak cakap benda ni kejap je."
"Kalau macam tu kenapa tak cakap kat sini je? Sementara Lia ada kat sini."
"Tak naklah! Cheol nak cakap malam tu juga, sementara Cheol masih ada. Kang kalau Cheol dah tak ada, habislah awak." Kata Seung Cheol tiba-tiba. Lia ketawa. Dia tidak perasan. Langsung tak perasan. Mereka bergelak ketawa, bergurau senda selalu diperhatikan seseorang. Seseorang yang dulu menaruh harapan terhadap Lia tetapi Lia menolaknya dan memilih Cheol sebagai pilihan hati. Kim Min Seok. Ya, Xiumin.
_____
Seung Cheol menutup pintu keretanya setelah memakirkan kereta di tempat yang selalu dia letakkan kereta Audi ini. Kakinya dilangkahkan untuk menuju pintu lif. Ketika dia memasuki perut lif, telefon bimbitnya berdering di dalam poket seluar. Segera Seung Cheol menyeluk poket seluarnya dan menatap skrin.
"Private number?" Berkerut dahi Seung Cheol melihat pemanggil yang mendailnya. Dia membiarkan sehingga tempoh panggilan tamat. Lalu, dia menukar mod telefon bimbitnya kepada mood silent. Hatinya merasakan sesuatu yang tidak diingini akan terjadi.
Lif masih bergerak untuk menuju ke tingkat yang di mana terletak kondonya itu. Selepas ini Seung Cheol perlu bertemu dengan Lia. Dipadang sejambak bunga dan satu kotak kecil berisi cincin jenama Tiffany. Co itu. Baru dibelinya tidak lama tadi sebelum ke kondo. Dia sudah merancangkannya semua pada hari ini.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Last AND Forever (SEVENTEEN SAD ONESHOT IMAGINE)
Hayran KurguHope enjoy! Sediakan tisu bebanyak. Mungkin bakal mengalirkan air mata anda. ☺