Part 15

810 30 0
                                    

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. 

Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. 

Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.

Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. 

Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. 

*********************************

"Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!" tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. 

Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. 

Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. 

"Kamu dengar tak ni?! Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!" Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. 

"Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.." Dato Rahimi memandang sinis anaknya. 

"Bukan kamu joli kan semua duit tu?" 

"Abah.." 

"Dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! "

Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. 

"Abah, saya tak da duit banyak tu." 

"Abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!" Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. 

Terduduk Aiman. Ya Allah... tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. 

Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. 

"Assalammualaikum." Lemah Aiman menjawab. 

"Waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!" 

"Err, kenapa along?" 

"Kau balik je!" Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. 

Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? 

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. 

Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. 

Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. 

Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. 

Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now