#04

2.4K 28 15
                                    

Alhamdulillah, buat kali pertama Azriq mengimamkan subuh aku. Terdetik rasa bahagia di hati.

Usai solat subuh, Azriq mencapai tualanya dan menuju ke bilik air,"sayang nak mandi dulu ke biy? "Tanya Azriq. "Awak mandi lah dulu.."balasku.

"Kita mandi sama-sama lah..jimat masa. Jimat air..okay?"katanya. Ee..apa ni? Suami aku ni, otak dia.

"Miang la awak ni.."ujarku perlahan. "Miang pun suami awak jugak.."balasnya. Dengar rupanya.maaf awak.."yelah, yelah.. biy mandi dulu..tunggu biy tau?"arahnya. Aku hanya mengangguk.

Aku rasa agak bosan menunggu si suami membersihkan diri. Jadi, aku bangun dan pergi ke setiap sudut bilik. Bilik besar, macam-macam ada dalam ni. Nak usha lah.

Tiba di satu sudut, aku terpaku. "Wow.." banyak nya piala! Ni tentu rak piala suami aku ni. Hebat juga dia. Kebanyakan piala sukan dan pelajar terbaik. Mesti zaman sekolah dulu punya. Ada jugak satu piala kamil, "solo terbaik acara nasyid peringkat kebangsaan!? Wahh!!" Aku kagum sekali dengan pencapaian suami aku ini. Hebat! Tak dapat dinafikan

"Sayang buat apa?" Suara tu..tak lain tak bukan, Azriq Haikal. Aku segera meletakkan piala itu kemudian aku memalingkan pandangan ke arahnya

Astaghfirullahalazim! Cepat-cepat aku menutup mata menggunakan kedua belah tapak tangan. "Kenapa ni sayang?" Soalnya. Kenapa ni sayang? Azriq! Tengok diri awak!

"K-kenapa tak pakai b-baju?"gagap. Sangat gagap. Dapat didengari. Argh! Mata aku! Masih tak cukup umur melihat semua ini!

Dia terkekeh-kekeh ketawa. "Bukannya biy 'tayang' semua pun.."katanya. Memangla! Tapi malu la! "Sayang.."dia memanggilku dengan intonasi suara yang menggoda

"Pakai la baju, awak" pujukku. "Tak nak, kalau sayang tak pandang biy, biy tak nak pakai baju." Protesnya.

Ya Allah, nak luluh jantung aku dibuatnya. Encik suami, saya belum cukup umur ye? Tujuh belas baru..tolong la faham.

"Tak nak!" Aku membantah."sayang ni degil la.." kemudian aku dapat merasakan dirinya semakin dekat dengan aku. Bam! Sekarang aku berada di tengah-tengah lengan sasanya!

"Bukak jela mata, tak dosa pun. Suami sendiri."ujarnya. Kemudian dia memegang tanganku. Dia menarik perlahan-lahan.

Aku membuka mata macam mana yang dia suruh. Tetapi aku hanya menatap mata coklat hazel nya. Tak mau tengok bawah!

Dia mendekatkan mukanya dengan mukaku. Semakin dekat sehingga nafasnya menerpa kulitku. Ya Allah, berderai iman aku. Siapa nak kutip?

"Apa awak buat ni?"soalku dalam keadaan gementar. Dia tersenyum nakal. Meremang bulu roma aku. Ummi!! Abah!!

"Azriq, Nurul..bangun cepat, siap..kita sarapan bersama-sama!"panggil mama sekaligus mengetuk pintu. Aku terus memaling ke arah pintu itu sebaik sahaja mendengar mama memanggil.

Chupp!

Satu kucupan hinggap pada pipi gebu aku. Aku terkaku seperti batu. Sungguh, aku langsung tak terfikir dia berani berbuat demikian. Aku terus memalingkan pandangan ke arah si suami. Dia tersenyum simpul. Lalu dia menjerlirkan lidah dan berlari masuk ke tandas bersama baju dan seluarnya

"Miang.."aku menyentuh pipiku yang di cium oleh Azriq. Malunya. Macam budak-budak la laki aku ni!tapi aku rasa nak nangis! Tidak, pipi aku!

Selepas dia keluar daripada bilik air, terus aku merempuh masuk kedalam bilik air tanpa memandangnya. Bam! Pintu bilik air di tutup. "Eh sayang, jangan la marah.."ujarnya. Ish, mana tak marah. Suka hati dia aje cium pipi orang!

"Biy tunggu sayang kat sini tau!" Ujarnya lagi. Tahu lah,aku tengah syok mandi dalam bilik air besar ni dia memekik kat luar pulak.

Azriq tersenyum. Dia terduduk di birai katil "alhamdulillah, bahagia pulak aku dengan dia ni. Comel aje aku tengok!"ujar Azriq sendiri. Dia sibuk mengelamun sehingga tak sedar Nadrah di sebelahnya.

17 BARUWhere stories live. Discover now