2 minggu kemudian. ."Ermm..abang.."aku mendekati Azriq yang sedang leka menonton televisyen. "Hm?" Dia menolehkan kepalanya memandang aku. "Err..boleh tak saya nak minta izin nak keluar dengan kawan?"soalku. Azriq terus bangun dari sofa dan berjalan ke arahku. "Dengan siapa? Lelaki ke perempuan? "Soalnya.risau la tu.."perempuan..abang jangan la risau.."ujarku untuk menenangkannya.
Dia memandang aku buat beberapa saat. "Betul?"dia mengangkat keningnya. "Yelah..buat apa nak tipu.." aku dah mula rasa menyampah. Dia ni kalau bab ni memang, pening aku.
"Er..yelah yelah.." Azriq menggosok belakang tengkuknya."yey! Thanks abang!"aku melompat kegirangan. Lalu aku mencium pipinya.
Chupp!
Eh, a-aku cium pipi dia? Ahh!! Malu!!kemudian aku berlari masuk ke dalam bilik. Pipiku sudah terasa bahangnya
...
Erm, aku masih ragu. Betul ke dia keluar dengan perempuan? Kenapa aku risau sangat? Sebab dia isteri aku. Tapi, takkan lah dia nak tipu aku. "Er..yelah yelah.." sebaik sahaja aku membenarkan dia pergi, dia terus melompat kegembiraan. Aku tersenyum kecil. Com-
Chupp!
Dup dap dup dap
Aku terkaku seketika. Dia, cium aku ke tadi? Aku memandang wajahnya. Kemudian dia terus berlari masuk ke dalam bilik.
...
"Terima kasih sebab hantarkan saya.."ucapku kepada Azriq. Dia tersenyum lalu dia mengusap kepalaku. "Nanti balik awal tau.."pesannya lalu dia mencium dahiku.
"InshaaAllah, Nadrah pergi dulu. Assalamualaikum" aku mencium tangannya dan masuk ke dalam shopping mall.
"Amboi, awal sampai.."sindir Syazwina. Rakan sekelasku. Aku tersengih kambing. "Kenapa lambat? Layan suami?"soalnya dengan jelingan. Eih, macam tau-tau je aku layan suami. Tukang ramal eh?
"Mengarutlah kau. Takdelah, traffic jam.."tipuku. "Apa-apalah Cik Nadrah. Jom masuk."katanya lalu menarik tangan aku ke dalam. Cik? Aku dah jadi Puan Nadrah la sekarang. Hihihi. "Kita nak pergi mana?"soalku. "Tengok wayang"balas Syazwina sepatah.
"Yey!"aku bersorak kegembiraan. Apabila kami tiba di tempat membeli popcorn, aku ternampak susuk tubuh dua orang lelaki yang amat aku kenali. "Meor dengan Firas? Kenapa diaorang ada kat sini, Wina?"soalku dengan kerutan di dahi. Kelihatan dua lelaki itu berjalan ke arah kami apabila Wina melambaikan tangan kepada mereka berdua. "Diaorang dengan kita"balas Wina. "T-tapi kau kata kita berdua je!"ujarku. Aku tak selesa jika ada lelaki bersama. Lagi-lagi bila aku ni dah bersuami. "Ish, banyak songeh la kau ni! Kita perempuan kene la ada lelaki jaga. Sebab tu aku ajak mereka berdua"balas Wina. Tapi kenapa mesti mereka berdua?
"Hi, Wina, Nad"ucap Meor. "Hi, Meor!"balas Wina dengan bangga. "Waalaikumussalam"ujarku tanpa memandang muka mereka. Wina menyiku lenganku. "Ouch, apa ni Wina??"soalku dengan nada marah. "Dah la, jangan bergaduh. Jom masuk"ajak Firas lalu dia dan Meor masuk ke panggung wayang.
Wina menarik lenganku kemudian dia mendekatkan bibirnya ke telingaku. "Weyh, tolong lah. Diaorang ni budak paling famous kat sekolah. "Kata Wina. "So?" Ujarku dengan muka tidak kesah. Wina mengetap bibir, "so, kau kene la layan diaorang elok-elok"kata Wina. Aku memusingkan badan supaya berhadapan dengannya. "Assalamualaikum kak, kenapa pulak aku nak kene layan diaorang elok-elok? Diaorang bukannya putera pun. Dah lah, jangan kacau aku" aku terus berjalan meninggalkan Wina yang masih terpinga-pinga. "Na-N-Nadrah!" Panggil Wina.
_______
"Okay, Nad kau duduk dengan Firas aku dengan Meor" kata Wina dengan selamba. Terbuntang mata aku mendengarnya. "Eh, m-mana boleh! Laki-laki, perempuan-perempuanlah!!"tegasku. Protes! Mana boleh, macam nak suruh orang buat maksiat, kau jangan macam-macam Cik Wina.
YOU ARE READING
17 BARU
RomanceKisah ini tentang menguji rumah tangga yang didirikan secara paksa oleh kedua orang tua. Apa yang mereka mampu hanyalah pasrah dan redha kepada Allah. Untuk menjaga hati dan tanggungjawab kepada ibubapa jugalah mereka merelakan hati dan jiwa. Memang...