"Sayang nak makan apa?"tanya Azriq kepada isterinya. Nadrah hanya mengangkat bahu sebagai jawapan. "Apa apa jelah..ini restoran apa? Macam mahal aje, abang."ujar Nadrah sambil memerhati sekeliling. Azriq tersenyum. "Tak adalah..untuk isteri saya, saya sanggup buat apa saje..." Azriq mencapai tangan Nadrah kemudian dia mencium lembut tangan itu. Nadrah hanya mampu tersenyum melihat karenah suaminya itu.
"Tapi, kalau abang bawak saya pergi kedai makan tomyam pun tak apa tau.."ujar Nadrah. Azriq menggelengkan kepalanya. "Sayang, bukan senang abang nak bawak orang pergi kedai macam ni tau.."
"Ok lah..terima kasih, awak.."
"Aipp, apa 'awak-awak'? Kan dah janji.." Azriq cuba mengungkit janjinya jika Nadrah tidak mahu duduk sebilik dengannya.
"Hish..yelah, yelah abang.."
Selepas selesai memesan makanan, Azriq dan Nadrah hanya berbual kosong sambil menunggu makanan.
Sedang seronok berborak, tiba-tiba datang seorang perempuan ke arah meja mereka, "hai Azriq! " ujar perempuan itu. Azriq dan Nadrah yang tadinya rancak berbual kini dua-dua mengalihkan pandangan pada perempuan itu. "Eh, Hi Damia.."
Ehh..inikan anak uncke Safwan tu..apa dia buat kat sini? Bisik hati Nadrah. Nadrah hanya tersenyum hambar. "Boleh I duduk?"soal Damia secara tiba-tiba. "Ehh, duduk lah.."
Ehh suami aku ni, boleh pulak dia benarkan perempuan ni duduk sini. Dah la kacau orang nak dating!
Damia menarik kerusi dan duduk di sebelah Azriq. Api kemarahan Nadrah sudah marak. Tak manis betul melihat suaminya duduk di sebelah perempuan yang bukan mahram. Oi cik suami, ingat ni..isteri kau depan mata. Perempuan ni pulak, macam tak ada tempat lain..sekurang kurangnya kau duduk sebelah aku pun okay. Nak juga menyelit sebelah suami aku. Ngomel Nadrah dalam hati.
"Apa you buat kat sini?"soal Azriq. Nadrah hanya memandangnya tajam. "Oh, Sebenarnya I ada temu janji dengan orang..but tiba-tiba dia call, katanya dia tak dapat datang..busy"jelas Damia. Azriq hanya menganggukkan kepalanya. Nadrah hanya diam seribu bahasa. "Oh, you ni Nadrah, right?" Soal Damia. Cis, baru perasan kewujudan aku kat sini ke? Nadrah menjelingnya tajam sebelum menjawab, "yes..I'm Azriq's wife..Nurul Nadrah. "Ujar Nadrah sambil tersenyum.
"Okay..erm, I nak balik lah..you guys have fun lah ye? Bye bye.." kata Damia dengan gediknya. Sebelum dia meninggalkan mereka berdua, sempat Damia menjeling ke arah Nadrah.
"Wow, awak punya kawan tu memang gedik.."kata Nadrah dengan selambanya. "Ish, tak baiklah sayang..ey, siapa benarkan awak guna saya awak hah?" Azriq membulatkan matanya. "Saya la!"jawab Nadrah. Sebenarnya dia berasa marah juga. Dia tidak suka melihat wanita tadi dekat dengan suaminya itu.
...
"Sayang.."
No respons
"Sayang..betul ke sayang nak tidur sorang?" Soal Azriq sambil mengikut langkahku sehingga ke depan daun pintu bilik. "Ye..kenapa? Ingat saya penakut macam awak?" Soalku dengan sindiran. Padan muka awak. "Alah, tak baik tau buat abang macam ni.." Azriq cuba meminta simpati.
"No, deal is a deal.. saya dah buat apa yang abang suruh, so you better go..good night, abang" bam! Pintu bilik aku tutup. Hah, lega rasanya. Malam ni, aku nak habiskan masa atas katil sendirian. Hah, alangkah bahagianya bila di fikirkan semula, aku dapat tidur atas katil sendiri. Wahh!
...
Sudah 2 jam aku cuba untuk melelapkan mata. Tetapi langsung tak dapat. Sejuk rasanya. Penghawa dingin sudah aku tutup. Tetapi tiupan angin yang menusuk kulitku membuatkan aku berasa dingin pada malam ini. Alangkah gembiranya jika aku dapat tidur di dalam dakapan suamiku, tentu hangat rasanya. No! Nadrah, no! Kau dah buat perjanjian dan aku tak mahu duduk dengan lelaki itu.
YOU ARE READING
17 BARU
RomanceKisah ini tentang menguji rumah tangga yang didirikan secara paksa oleh kedua orang tua. Apa yang mereka mampu hanyalah pasrah dan redha kepada Allah. Untuk menjaga hati dan tanggungjawab kepada ibubapa jugalah mereka merelakan hati dan jiwa. Memang...