"Assalamualaikum" Qis meletakkan beg bagasinya di hujung tangga rumah . Dia mula melihat halaman rumah org tuanya .
"Waalaikumsalam ,eh akak bila sampai ? Eee rindunya!" Adik perempuannya trus memeluknya dgn erat . "Aina ade nampak akak berdiri kat sni dari semalam ke ? Mestilah baru sampai" Qis cuba meleraikan pelukan yg terlalu erat dari adiknya sehingga membuatkan dia sukar untuk bernafas . Aina hanya tersengih2 dgn jawapan akaknya .
"Haa balik pun akak !! Kalau x ,ibu bwk parang pegi Kl cari akak tau !" Balas ibunya selamba . "Eee ibu ni , akak dh balik pon nk membebel" Qis mengangkat beg bagasinya ke dlm rumah . "Abah , abang2 ngn adik mana ?" Sambung Qis lalu menjengukkan kpala nya di setiap ruang bilik .
"Kau ni mcm lah tak tau , Diaorg semua pegi kerja lahh!" Qis hanya mengangguk2 kan kepalanya setelah mendengar jawapan dari emaknya .
-------------------------------------------------------------
5 hari kemudian ........
Qis mula berasa bosan kerana hanya memerap di rumah . Pada petang itu , Qis mengajak adiknya untuk bersiar2 di kawasan kampungnya .
"ehh korg nk pegi mana tuh ? " tanya ibunya yg baru keluar dari bilik . "Bosanlah ibu ,akak nk merayau2 gi tgok kawasan kampung jap" Qis mencari kunci motor bapanya di ruang tamu . "Ehhh takyah lahh ,korg tolong ibu kat dapur lahh . Petang ni kawan ibu nk dtg" "kawan ibu yg mana plak ni ? " Qis mengerutkan mukanya . "acik ina yg duduk kat 2 dari rumah sebelah ni lahh , ibu ada tempah kain kat dia tempoh haritu" seperti biasa , Qis hanya mengangguk2 kan kepalanya .
-------------------------------------------------------------
Qis membawa air dan kuih yg diletakkan di atas dulang . "Ehh ni anak kau ke salmah ? Ya Allah , dah besar , , cantik pulak tu" tak sempat Qis nk membalas ibunya dh mnyampuk dahulu "Kalau cantik tapi belum kahwin buat ape ? Takda laki kut yg nk kat anak aku ni"
'Eee ibu ni jahat btul lahh . Punyalah lawa anak dia , boleh pulak dia kata takda sapa nak' getus Qis dalam hati .
"Alaa kalau susah2 sgt , kahwin kan je anak kau ni ngn anak aku , anak aku tuh 2 bulan lepas dh bertunang tapi lpas tuh dia boleh putuskan pertunangan dia pulak , mngamuk lah aku" "sesuai sgt lahh tuh ,dua2 belum berpunya" sambung cik ina lagi 'Ehh sedap2 mulut Cik Ina je , Eee taknak aku' bebel Qis sendirian .
"Ehh anak kamu yg kat Kl tu dh balik sni ke ? Tak nampak pun aku" tanya ibu bersungguh2 . "Dah 2 minggu dh balik , haa sekejap lagi dia dtg sini la tuh" Acik Ina menghirup air teh yg dihidang .
"Assalamualaikum" ujar seorang pemuda tampan di depan pintu rumah . "KAU?!!" Qis sudah ternganga seluas2 nya . Pada mulanya lelaki itu juga terkejut dan akhirnya budak lelaki itu hanya tersengih2 .
-------------------------------------------------------------
"Qis mari sini sekejap , ibu nk bincang sikit" 'haihhh ,apa pula ibu nk bincang ni . Kes tadi dh lahh belum habis2 lagi' getus Qis dlm hati .
"Aina , Adik pegi masuk bilik" ibu mengarahkan mereka . "Alaaa ,baru nk sibu mencelah" Aina mula menunjukkan perasaan tidak puas hati . Qis menjelirkan lidah kepada adik2 dan tertawa kecil .
"Qis cuba matang skit" ibu menjegilkan mata kepada Qis . "Hm ada apa ibu ?" Qis mula memandang ibunya . "Ibu dh buat keputusan . Qis pon tau Qis dh besar ,patutnya umur mcm Qis ni dh kahwin" 'haihhh ,ibu ni tak habis2 lahh' monolog Qis sendirian .
"Tapi ibu ,mana ada laki yg nk kat Qis ni ?" Qis cuba untuk mnyelamatkan diri . "Apa yg susah nya ?? Anak acik Ina tu kan ada ? Diaorg pun dh setuju nk kamu kahwin ngn anak diaorg" Qis masa tuh rasa mcm nk pitam ."Tapi ibu Qis tak bersedia....." "takda tapi2 , kalau Qis taknak kahwin ngn anak acik ina . Ibu kahwin kan Qis dgn bangla jual karpet kat hujung kedai sana tu!!" Ibu memotong ckp Qis . "IBU!!" Qis lihat ayahnya sdg menahan glak dgn menggunakan surat khabarnya . Ibunya trus beredar ke dapur dan meninggalkan Qis yg terpinga2 di situ.
'Haishh nk x nk ,aku kne jugak pegi jumpa budak tuh !!" Getus Qis dlm hati .

ANDA SEDANG MEMBACA
Suamiku Chia Ciaa
De TodoKehidupan seorang wanita bernama Aida Qistina yg bernasib malang kerana berjumpa dgn lelaki mamat sengal dalam sesuatu kejadian. 'Ehh kejap, nama you Aida eh? - Iz 'Haah, kenapa ? - Qis 'Sebab AiDa mula minat kat you. -Iz 'What?!! GILAA - Qis Akhirn...