" Sayang, ibu panggil kat dapur tu..." Izhar menyentuh lembut lenganku . Aku yang tadi leka bermain aplikasi instagram di handphone sambil memakai earphone terus memandangnya .
" Apa dia? Ibu panggil Qis?" Earphone aku buka, terus aku sumbat ke telinga Izz pula .
Izz angguk kecil, terus mengalihkan pandangan ke handphonenya kembali . Eish, apa dia tengok sampai tak layan aku ni ? Aku merapati Izz yang sedang berlunjur di atas katil, drastik punggung aku henyak kuat dilututnya .
"Aduhhh, sayang apa ni??! Sakit tau tak?? " Berkerut muka Izz menahan kesakitan . Aku tergelak kecil , kakinya aku usap perlahan . Saja nak mengacau , rindu ! HAHAHA
" Kalau dia sorang takpa, ni dengan baby dalam perut tu sekali. Berat macam anak gajah..Patah laa kaki Papa ni.." rungutnya pula .
Iyalaa , aku taulaa aku dah berisi semenjak mengandung anak yang ketiga , tapi salah dia jugak . Sapa suruh buat aku mengandung?
" Orang taulaa, orang makin gemuk. Tapi, takpayahlaa cakap orang berat macam anak gajah. Yelaa, lain kali orang tak buat macam tu lagi..." ujar aku sebak . Gila tak sentap ? Suami sendiri cakap camtu .
" Eh sayang, abang tak maksudkan camtu..Abang cuma.." Aku segera keluar dari bilik dan meninggalkan Izz yang terpinga pinga . Serba salah mungkin ?
*********
" Bukannya nak pujuk, keluar bilik jenguk orang pun tak..Eleh, ingat orang heranla sangat! " ngomel aku sendirian sambil menumbuk cili yang telah lumat .
" Eh Qis, ape yang kau bisik-bisik sorang sorang tu? Dah tak betul ke apa? " Along yang sedang mengunyah kacang didepan , aku renung tajam .
" Diamlah! " Aku menjelingnya pula .
" Ehh memang dah tak betul adik aku sorang ni, harap harap anak buah abang kat dalam perut tu tak ikut perangai mak dia..hahahaha " Kutuk abang lagi .
Memang nak kena Along ni ! Makin sakit hati aku melihat gelak dia yang semakin melampau .
" Eh Along, baik Along diam sebelum Qis masukkan cili ni dalam mulut abang! " Aku menggenggam cili yang telah lumat tersebut . Along pantas melarikan diri dan berdiri di sebelah Ibu yang sibuk mengacau lauk .
" Ehh apa kena dengan korang berdua ni? Tak habis habis nak bergaduh. Along! Kamu tak payahla usik adik kamu tu. Yang kamu ni Qis, cuba bersabar sikit..Lagipun, tak elok marah marah masa tengah mengandung ni. " Tegur Ibu sambil menolak Along yang masih menyimpit di sebelahnya .
" Haa dengar tu, tak elok marah marah..karang anak saudara aku dalam perut kau tu garang macam singa bile dah keluar nanti..hahaha " kata Along pula .
" Ibuuu, tengoklah Along ni..tak habis habis nak kacau orang! Eii, menyampahla dengan Along ni! " Aku menghentak kaki pula . Sedap hati je nak kutuk anak aku .
" Kamu ni kan Along.. daripada usik orang, pergi cantas rumput rumput kat halaman rumah tu! " Ibu menarik telinga kiri Along .
" Adoii, sakitlaa ibu! Capanglaa telinga Along, kalau ibu asyik tarik! " ujar Along sambil mengusap telinganya .
" Ha, kalau camtu pegi cabut rumput kat luar tu. Daripada kau kacau orang baik buat benda berfaedah! "
Along pantas keruang tamu, mungkin tidak sanggup mendengar bebelan ibu lagi . Sempat lagi dia menjelirkan lidah kepadaku . Aku kerat baru tau !
" Apa yang bising-bising ni? Sampai dalam bilik tu ha abang dengar. " Izz muncul dan menarik kerusi berhadapanku . Aku buat tidak endah dengan pertanyaannnya , masih merajuk dengan dia ! Aku kembali meyambung memotong sayur yang tergendala tadi .
YOU ARE READING
Suamiku Chia Ciaa
De TodoKehidupan seorang wanita bernama Aida Qistina yg bernasib malang kerana berjumpa dgn lelaki mamat sengal dalam sesuatu kejadian. 'Ehh kejap, nama you Aida eh? - Iz 'Haah, kenapa ? - Qis 'Sebab AiDa mula minat kat you. -Iz 'What?!! GILAA - Qis Akhirn...