"Four"
Bangtan masuk ke dalam hospital. Semalam, Jin jatuh pengsan selepas mengejar V yang keluar dari dorm. Jadi mereka terus menghantarnya ke hospital. Tetapi, oleh kerana mereka mempunyai jadual sebagai idol, mereka tak dapat menemani Jin malam itu. Doktor memberitahu keadaannya parah dan dia sedang koma. Dan akhirnya mereka mendapat tahu penyakit Jin. Jin menghidap Colon Cancer.
Jungkook membuka pintu wad Jin sebelum terkejut. Yang lain menjengah ke dalam wad itu. Jin yang duduk di atas katil memandang mereka dan tersenyum. Jungkook terus berlari ke arahnya dan memeluknya. Jin ketawa kecil. Yang lain turut menghampirir Jin.
Suasana kecoh. Namjoon dan Hoseok sibuk memarahi Jin kerana tidak memberitahu mereka tentang penyakitnya. V dan Suga pula sibuk bertanyakan Jin sama ada dia okay atau tak dan Jungkook masih memeluk Jin.
Jimin yang berdiri di belakang V hanya tersenyum. Dia memeluk tubuh. Happy. Happy tak boleh ungkap.
"Jimin-sshi" Jimin menoleh ke belakang dan ternampak doktor yang merawat Jin. "Can we talk?" tanya doktor itu. Jimin terdiam seketika.
Jimin dan doktor itu keluar dari wad. Jimin memandang doktor itu pelik. "Kenapa nak cakap dengan saya seorang?" tanya Jimin.
"Sebab hanya awak yang tak histeria dalam bilik tadi" jawab doktor itu dan Jimin ketawa kecil. "Biasalah tu, diorang happy" balas Jimin dan doktor mengerutkan dahi.
"Happy?" ulang doktor itu pelik dan Jimin mengangguk. "Diorang happ--" kata-kata Jimin berhenti secara tiba-tiba apabila dia terdengar bunyi tangisan Jungkook dari dalam wad. Jimin memandang ke dalam wad melalui tingkap di pintu wad itu. Matanya terbuka luas, terkejut.
"Kami minta maaf. Kami pun baru tahu pagi tadi jadi kami tak sempat menelefon pihak tuan" terang doktor itu, sesal.
Ternyata segala kegembiraan tadi hanya imaginasi Jimin sahaja. Jungkook sedang memeluk sekujur tubuh yang diselubung selimut di atas katil. Namjoon hanya berdiri di tepi tingkap, menangis. Hoseok melutut di tanah, tertunduk. Suga memeluk V yang menangis teruk.
Jin dah tiada.
Secara tiba-tiba semangat Jimin jatuh mendadak. Air matanya terus mengalir deras. Dan dia jatuh melutut.
"Park Jimin?"
Jimin terdengar suara. Dia membuka mata dan ternampak Bangtan mengelilinginya di ruang tamu rumah Bangtan. Tadi tu..mimpi?
"Apa jadi?" tanya Jimin, memegang kepalanya. "Kau dah seharian koma start semalam" terang V. Jimin mengangguk faham sebelum dia terperasan Jin tiada di situ. Eh? Takkanlah...
"Mana Jin hyung?" tanya Jimin. Semua terdiam. Jimin menunggu jawapan tetapi tiada siapa yang menjawab persoalannya. Dia terus bangun dan posisi baringnya dan dia terus terperasan. Bilik Jin yang berada berhadapan dengan tempat dia baring kemas dan kosong. Hanya ada perabot milik Jin. Pada saat itu dia sedar. Itu realiti.
"Oh" katanya, tertunduk. Air matanya mula membentuk. "Jin hyung memang dah tinggalkan kita,kan?" tanya Jimin, sebak. Semua diam. Jungkook tak dapat menahan sebak lalu terus bangun dan keluar dari dorm. Air mata Hoseok mengalir.
Jimin menangis dalam diam. Semakin deras. Dia mula tersedu-sedu. "Hyung... mianhae" bisiknya perlahan dan terus menangis lagi.
"Five"
YOU ARE READING
[C] I Told You I Wanna Die | BTS Malay Fanfic
Fanfiction"Thanks sebab tak biarkan hyung dekat sini sorang-sorang" Length : 13 chapters (Complete) Genre : Angst,Friendship Cast : BTS member Start ; 17 June 2016 End ; 7 July 2016