"Nine"
Hanya Jungkook, Hoseok dan V sahaja yang tinggal di dewan pengebumian Namjoon. Full set suit, duduk bersandar di dinding. Dewan tersebut bersepah dengan kelopak bunga dan daun-daun.
Air mata Hoseok masih tak berhenti mengalir. Menyesal. Dia tidak sepatutnya keluar dari kereta itu. Kalau kereta itu meletup sekali pun, mesti dia terbunuh sekali.
"Guys, I'm sorry" kata Hoseok perlahan. Jungkook tiba-tiba mendengus kasar dan berdiri, menghadap dua abangnya itu.
"Sudahlah!!" jeritnya. "Kook dah penatlah! Setiap kali member kita meninggal, mesti ada yang salahkan diri sendiri! Lepas tu apa?! Bunuh diri! Buat orang lain salahkan diri pula! Sampai bila nak macam ni?!!!" marahnya dan dia menghentak kaki, kuat menandakan yang dia bengang. Air matanya terus mengalir deras.
Tiba-tiba V bangun, matanya memandang tajam ke dalam anak mata Jungkook. "Puas hati?" tanya V, serious membuatkan Jungkook sedikit taken aback. Jungkook turut terkejut melihat air mata V yang kian membentuk.
"Puas hati sebab dapat marah dekat orang yang tahu rasa sesal?! Kalau kau yang ada dekat tempat diorang, aku tak rasa yang kau lagi tabah daripada diorang!! Kau tak tahu perasaan orang yang nampak kawan dia mati depan-depan! Kau tak tahu perasaan bila ada komitmen dengan kawan kau yang mati selepas tu! Kau tak tahu!!!" V mengamuk dan dia menolak Jungkook membuatkan Jungkook hampir terjatuh ke belakang tetapi dia dapat stabilkan diri.
Hoseok terlalu lemah untuk bangun. Untuk berhentikan mereka. Hoseok berterusan menangis di situ.
V menghampiri Jungkook dan dia menarik kolar Jungkook membuatkan Jungkook sedikit terangkat.
"Kau tak layak marah Hoseok hyung atau hyung kita yang lain! Kau tak rasa apa yang diorang rasa! Kau tak faham apa yang diorang lalui!! Kau ingat diorang nak ke semua ni berlaku?!! Kau ingat diorang tinggalkan kau sebab diorang tak sayangkan kau?! Untuk pengetahuan kau, kau salah!! Kau patut menyesal sebab fikir macam tu!! Kau patut menyesal sebab tak percayakan hyung kau!!" V menolak Jungkook kasar dan Jungkook terjatuh. Jungkook menangis teresak-esak dan Hoseok turut menangis dengan teruk. V yang masih berdiri menenung Jungkook dengan tajam sambil air matanya mengalir deras. Dia kemudian terus meninggalkan dewan itu, meninggalkan dua orang yang menangis tersedu-sedu itu.
---
Hoseok keluar dari bilik air di biliknya dan terus meluru ke katil dan menghempaskan diri. Dia mengeluh.
Dia teringat kembali pergaduhan V dan Jungkook di dewan tadi. Jujur. Dia terlalu lemah untuk memberhentikan pergaduhan itu. Dia tidak kuat.
"Namjoon-ah" nama itu keluar dari mulutnya. Air matanya terus mengalir.
"Aku tak kuat nak kawal even dua orang Bangtan. Apa aku nak buat?" katanya dan air matanya mengalir lebih deras.
What should I do, leader? What should I do? Hoseok membenamkan mukanya di tilamnya dan mula tersedu-sedu.
---
Jungkook baring malam itu. Tak dapat melelapkan mata. Fikirannya ligat teringat kembali kata-kata V petang itu.
'Kau tak rasa apa yang diorang rasa! Kau tak faham apa yang diorang lalui!! Kau ingat diorang nak ke semua ni berlaku?!!'
Jungkook mengeluh dan air matanya mengalir. Dia teringat lagi kata-kata V selepas itu.
'Kau ingat diorang tinggalkan kau sebab diorang tak sayangkan kau?! Untuk pengetahuan kau, kau salah!! Kau patut menyesal sebab fikir macam tu!! Kau patut menyesal sebab tak percayakan hyung kau!!'
Oh my god what have I done? Jungkook betul-betul menyesal sebab tidak percayakan Bangtan sebelum ini. Dia tahu yang abangnya sayang akan dia.
Jin hyung, Jimin hyung, Suga hyung, Namjoon hyung. Kook dah buat salah, kan? Getusnya dan air matanya mengalir lagi deras.
Dia duduk dan mengelap air matanya. V hyung betul. Getusnya. Aku yang bersalah.
---
Jungkook masuk ke dalam bilik Hoseok pagi itu. Entah kenapa air matanya terus membentuk. Hoseok sedang tidur menghadap dinding, membelakanginya. Dia menghampiri Hoseok.
"Hyung" dia duduk di katil Hoseok sebelum dia terperasan ada surat di atas meja lampu di sebelah katil itu. Surat itu dihadang dengan sebiji gelas kosong. Jungkook mengalihkan gelas itu sebelum mengambil surat itu dan membacanya.
To my beloved Vv and Jungkook.
Hyung minta maaf. Hyung terpaksa tulis surat ni. Jungkook betul. Hyung memang salahkan diri hyung sebab Namjoon meninggal. Hyung yang bersalah. Hyung pilih jalan ni sebab hyung tak nak penatkan Kook lagi dengan sesalan hyung. Lagipun kalau hyung tak ada, mesti Kook tak salahkan diri sendiri, kan? So hyung rasa ini jalan yang terbaik. Vv, Kook, jaga diri. Eat well. Sleep well. I love you guys.
From your hyung who already give up pretending,
Jung Hoseok.Air mata Jungkook berderai laju. Surat itu terjatuh dari pegangannya dan dia menggoncangkan tubuh Hoseok, Hoseok lemah terbaring tanpa response. Jungkook mula tersedu-sedu. Kemudian dia tiba-tiba ketawa kecil.
"Hyung pabo" katanya dan dia menangis lagi.
Hyung...
I'm not that stupid.
"One"
"Zero"
"Ten"
---
Jungkook meneguk airnya. Dia dan V duduk menghadap satu sama lain di ruang tamu dorm mereka. Mereka berdua masih memakai suit penuh kerana baru balik daripada pengebumian Hoseok. Mereka berdua tertunduk. Diam.
"Hyung"
"Tolong jangan bunuh diri" kata V sebaik sahaja Jungkook memanggilnya. Mereka memandang satu sama lain.
Jungkook terdiam. "Okay" balasnya sepatah dan matanya tunduk. V mengangguk. "Thanks" ucap V. Jungkook mengangguk faham.
"Hyung nak naik atas sekejap" kata V. Jungkook mengangguk lagi dan V bangun untuk naik ke tingkat dua.
Tanpa V sedari, tangan kiri Jungkook menyorokkan sebilah pisau. Jungkook mengeluh berat.
V berhenti di tengah tangga dan memandang Jungkook tanpa perasaan sebelum terus naik ke atas.
"One"
"One"
"Eleven"
YOU ARE READING
[C] I Told You I Wanna Die | BTS Malay Fanfic
Fanfiction"Thanks sebab tak biarkan hyung dekat sini sorang-sorang" Length : 13 chapters (Complete) Genre : Angst,Friendship Cast : BTS member Start ; 17 June 2016 End ; 7 July 2016