Lucy, Yugyeon dan Bambam berjalan keluar dari sekolah selepas sesi persekolahan tamat. Biasanya mereka bertiga akan jalan kaki untuk pulang oleh kerana taman perumahan mereka berdekatan dengan sekolah. Tetapi sejurus mereka melangkah keluar dari pagar sekolah, Lucy terdengar namanya dipanggil.
Lucy menoleh dan ternampak Youngjae melambai ke arahnya dan di belakang sedikit terdapat Jaebum yang bersandar pada sisi kereta miliknya. Lucy bertukar excited. Yugyeom bertukar pandangan dengan Bambam sebelum mereka tiba-tiba mendapat idea.
"Ohhhhhhhh Lulu!! Dah ada boyfriend tak beritahu!!" kata Yugyeom dan dia menolak sedikit lengan Lucy.
"Entah! Boyfriend tembam pula tu!" kata Bambam pula sebelum mereka berdua ketawa. Lucy menjeling ke arah mereka.
"Terencat ke apa korang ni?" kata Lucy. Yugyeom dan Bambam memberhentikan tawanya sebelum memandang Lucy dengan reaksi pissed off.
"Eleh. Kitorang gurau je" kata Bambam tak puas hati.
"Entah. Sensitive sangat. Pms!" kata Yugyeom sebelum dia dan Bambam ketawa berdekah-dekah dan melarikan dari Lucy.
"Yah!" marah Lucy dan kemudian turut ketawa. Entah apa-apa je kawan macam ni. Getus Lucy. Yugyeom dan Bambam memperlahankan gerakan mereka sebelum menoleh ke arah Lucy.
"Jumpa kau esok, budak Pms!" jerit Yugyeom.
"Jangan lupa tukar lampin!" kata Bambam sebelum dia dan Yugyeom ketawa lagi dan berlari pergi. Lucy speechless sekejap sebelum ketawa kecil. Bahangong punya kawan!
Lucy kemudian menghampiri dua beradik itu. "Hi, korang!" tegur Lucy dengan excited. Youngjae terus mengambil beg sandang dari Lucy. Wuu~ gentleman sangat!
"Hi, Lu" tegur Jaebum, cool sahaja memeluk tubuh dan bersandar pada kereta. Jaebum dan Lucy bertukar senyuman sebelum tiba-tiba Jaebum membelakangi Lucy, menggetap bibir. Gosh senyuman dia....I cannot! Jaebum menahan dari mukanya blushing.
"Ah, Lu. Jom ikut kitorang balik. Abang-abang awak ada dekat sana juga" kata Youngjae sebelum Lucy mengerutkan dahi.
"Dekat sana? Dah tu kenapa bukan diorang yang jemput saya?" tanya Lucy pelik. Jaebum dan Youngjae bertukar pandangan.
"Yang tu....nanti awak akan faham kenapa" kata Jaebum sebelum tersenyum paksa, membuatkan Lucy lagi syak perkara bukan-bukan.
☆☆☆
Mereka tiba di rumah Youngjae dan Jaebum dengan menaiki kereta milik Jaebum. Rumah mereka lebih besar dari rumah Keluarga Lee, oleh kerana mereka hanya berdua dan ibu bapa mereka memang dari keturunan yang kaya.
Mereka masuk ke dalam rumah ibarat mansion itu dan ground floor mereka kosong. Hanya terdapat dua orang gaji sedang mengemas. Walaupun Lucy sudah banyak kali datang ke rumah mereka, tetapi Lucy masih amazed dengan dekorasi dalaman rumah itu. Cantik sangat!
"Seolyeon noona! Mana Mark hyung dengan Jackson hyung dengan Junior hyung?" tanya Youngjae kepada salah seorang orang gajinya sebelum dia tersengih seperti sunshine, menampakkan barisan giginya yang teratur dan bersih.
"Mereka ada dekat tingkat empat, Tuan Muda" kata Seolyeon selepas dia tunduk 90' ke arah Youngjae. Jaebum tersenyun sebelum dia memandang Lucy yang berada di sebelahnya.
"Jom" kata Jaebum dan dia menghulurkan tangan. Lucy tersenyum dan menyambut tangan Jaebum sebelum mereka bergerak seiring ke tangga. Ya ampun...muka Jaebum merona merah macam tomato dan dia tak boleh berhenti dari tersenyum. Gosh this is heaven!
"Ah sebelum tu" Jaebum memberhentikan gerakannya sebelum mereka sempat menaiki tangga. Youngjae yang sudah berada di anak tangga bahagian tengah berhenti dan menoleh ke bawah memandang abangnya itu.
"Hanryul-ah, beritahu Joohyeon untuk bawakan strawberry pie dengan mango juice enam pergi bilik tingkat tiga, okay?" arah Jaebum kepada seorang lagi orang gajinya. Hanryul tunduk 90' kepada Jaebum terlebih dahulu.
"Baiklah, Tuan Besar" kata Hanryul menurut perintah.
"Kejap kejap! Youngjae tak nak strawberry pie dengan mango juice! Youngjae tak suka masam!" Kata Youngjae dan dia seolah-olah excited.
"Dah tu Youngjae nak apa?" tanya Jaebum, layan jelah karenah adiknya seorang itu. Youngjae humming sambil matanya memandang siling, memikirkan menu yang diinginkan.
"Tak apalah! Youngjae nak yang sama dengan hyung" katanya dan dia membuat sengih sunshinenya kepada Jaebum. Jaebum menjeling. Budak ni.
"Tapi Youngjae nak cheese sticks dengan cola. Oh oh dengan french fries!" sambungnya dengan excited. Jaebum mengangkat kening.
"Banyaknya!" marah Jaebum tak seakan marah. Youngjae menjelir lidah sambil mata memandang ke atas kepada Jaebum sebelum dia ketawa kecil, menampakkan sengih sunshinenya lagi sekali dan dia terus berlari menaiki tangga. Jaebum menggelenglan kepala. Susah ada adik macam ni. Nasib baik comel.
☆☆☆
Youngjae membuka pintu sebuah bilik dan Lucy terus terkejut.
Abang-abangnya terlentang di tengah ruang sambil tangan mereka lincah menekan butang ps4 milik Youngjae dan mata mereka terpaku fokus pada screen tv 72 inci yang terlekat pada dinding bilik itu.
"Abang!" marah Lucy. Abang-abangnya tidak menjawab. Jaebum dan Youngjae memandang satu sama lain.
"Eeeeeeeee abang ni kan...." Lucy menahan geram sebelum dia meletakkan beg di tepi dengan kasar dan menghampiri ps4dan menekan butang switch off.
"Yahhhh adik!!" jerit Mark, Jackson dan Junior kerana game mereka tak save. Mereka memandang tajam adiknya yang berdiri mencekak pinggang.
"Korang ni tak sayang adik, eh?!" marah Lucy. Jaebum dan Youngjae bertindak untuk mendiamkan diri. Pertama kali mereka tengok empat beradik itu bergaduh.
"Apa adik merepek ni? Yang adik tutup plug ps tu kenapa?" marah Jackson dengan nada seperti jatuh semangat.
"Yalah! Korang tak jemput adik balik sekolah sebab nak main ps je? Ps lagi penting ke?!" marah Lucy. Abang-abangnya memandang ke arahnya dengan muka berkerut.
"Alah, Lucy marah sebab kitorang tak tunggu Lucy main sekali, kan?" kata Mark sebelum dia switch onkan balik ps4 itu. Lucy menepuk tangan sekali, marahlah konon!
"Tahu pun! Main game tak tunggu adik! Main tipu! Gigit halkum tu nanti baru tahu!" marah Lucy. Jaebum mengerutkan dahi manakala Youngjae cuba menahan ketawa. Macam ni punya pergaduhan pun ada ke?
☆☆☆
Jaebum dan Youngjae diam menikmati makanan sambil mereka memandang ke arah empat beradik yang tak berhenti membebel sambil bermain ps4.
"Tak payahlah flying kick adik! Alamak ai! Dah lah main tak tunggu!"
"Alah adik main bukan hebat sangat pun! Buat apa nak tunggu!"
"Hah amik kau, Junior! Hahahahaha kena sepak sekali dengan Lucy! Tu padah cakap adik aku tak hebat!"
"Gelak gelak pun tak payahlah flipkan hyung! Hyung tak attack Jackson pun dari tadi!"
"K.O! K.O! Bunuh! Junior! Oppa!"
"Lucy apasal kejam sangat?!"
"Siapa kalah, balik ni kena minum air campur tepung, mayonis, ikan dengan telur!"
"Jackson dah nak K.O cepat korang final attack!!"
"Oiii tak payahlah!!"
Mulut bergerak juga, mata masih terpaku pada skrin tv dan kadang-kala mereka ketawa macam orang psyko!
"Sunshine" panggil Jaebum, matanya tak lekang dari memandang empat beradik itu.
"Hmm?" Youngjae menoleh ke arah abangnya yang berada di sebelah. Jaebum turut memandang adiknya itu.
"Diorang sepatutnya grounded, kan?" tanya Jaebum membuatkan Youngjae terdiam. Mereka dengan perlahan menoleh semula ke arah empat beradik itu.
-End-
YOU ARE READING
[C] -Adopted- | Got7 JinMarkSon Malay Fanfic
Fanfiction"We're not blood brothers. But I love you guys the most" Length : 16 chapters (Complete) Genre : Angst, Humor, Comical, Family Cast : Got7 Mark, Got7 Jackson, Got7 Jinyoung, OC Lucy Start ; 17 June 2016 End ; 1 August 2016