*Flashback*
(Lucy 4 tahun)
"Ah! Masinlah!" Junior menekup mulutnya selepas dia dipercik oleh air laut oleh Jackson. Mark dan Jackson terus ketawa melihat Junior yang membuat reaksi jijiknya. Mereka kemudian meneruskan menyimbah satu sama lain dengan air laut ketika mereka bermandi-manda di tepi pantai itu. Lucy pula sibuk membuat istana pasir di persisiran pantai.
Mark yang ketawa melihat Jackson dan Junior bergaduh kecil sebelum dia menoleh ke arah Lucy yang khusyuk dengan istana pasirnya. Mark diam seketika sebelum mendapat idea.
☆☆☆
"Abang, Lucy dah--" Lucy memberhentikan kata-katanya apabila dia perasan tiada kelibat abangnya di mana-mana. Dia menoleh ke kiri, ke kanan, arah pantai, arah chalet, semuanya kosong. Lengang. Lucy mula berasa takut.
"Abang?" Lucy berdiri, memusing sekeliling, mencari abangnya dengan perasaan gelisah bercampur takut. "Abang!!"
☆☆☆
Mark keluarkan kepalanya sedikit dari dalam air, teringin melihat reaksi Lucy apabila mereka hilang tiba-tiba. Matanya kemudian terbuka luas, terkejut apabila ternampak adik perempuannya itu memeluk lutut dan menangis. Dia terus keluar dari air, gelabah.
"Yah yah Jackson, Junior, adik nangis!" kata Mark membuatkan Junior dan Jackson terus keluar dari air. Mereka bergegas berlari ke arah Lucy.
"Lucinda~!" panggil Junior dan mereka bertiga terus memeluk Lucy yang menangis tersedu-sedu.
"Lucy~ kenapa nangis~? Janganlah nangis~ Kan kitorang dah kata, kitorang tak akan tinggalkan Lucy. Jangan risau, okay? Dah dah~" pujuk Mark sambil mengusap belakang badan Lucy. Lucy masih tersedu-sedan, menangis.
"Alololo cian adik abang ni~ Meh sini meh~ Cayanggg ia~" Junior mengangkat Lucy dan mendukungnya. Dia menepuk-nepuk belakang Lucy dan terenjut-enjut, cuba menenangkan Lucy. Mark pula mengelap air mata Lucy.
"Alaa baeboo dah lah tu~ Ni semua salah Mark oppa, Baeboo! Abang babap dia, eh?" Jackson memujuk dan dia terus memukul belakang Mark tanpa menunggu jawapan. Mark mengusap bahagian yang dipukul dengan reaksinya menunjukkan muka yang sakit. Junior terus ketawa. Jackson ambil kesempatan!
"Lucy! Jackson oppa babap abang! Atit angat!" adu Mark kepada Lucy dengan nada keanak-anakkan. Junior hanya ketawa melihat cara mereka memujuk Lucy.
"Janganlah babap Mark oppa!" marah Lucy dan dia menangis lebih teruk, membuatkan Jackson makin gelabah.
"Alolo sorry sorry! Abang tak babap. Abang tak babap!" kata Jackson dan Mark terus ketawa.
"Yeayyyy!! Lucy sayang hyung!!" kata Mark sebelum dia mengambil Lucy dari dukungan Junior. "Meh sini, adik abang. Aigooo~" katanya dan Junior melepaskan Lucy kepada Mark.
Mark memandang Lucy yang mula berhenti menangis sebaliknya hanya tersedu-sedan. Mark enjut-enjutkan badan, perkara automatik yang akan dibuat bila mendukung Lucy. "Ikut abang tengok bubble, nak? Situ ada bubble besar~" kata Mark sambil tunjuk ke arah pertunjukkan buih tidak jauh dari situ. Lucy terus tersenyum excited dan mengangguk.
"Baeboo~ baeboo pinggirkan abang!" kata Jackson dan dia pouting ke arah Lucy. Mark menjelirkan lidah. "Biarkannn~ Lucy dengan abang Mark~ Kan Lucy kan?" kata Mark dan dia berenjut lagi.
Lucy hanya diam seketika, merenung Jackson yang masih pouting sebelum dia menghulurkan tangannya, minta Jackson pula mendukungnya. Jackson terus berubah excited dan Mark speechless. "Yeayyyyy baeboo!!" Jackson cepat-cepat ambil Lucy dari Mark.
"Aigooooo~~ Baeboo abang ni~~" kata Jackson dan dia menyambut Lucy. Dia mendukung Lucy erat. "Baeboo sayang abang tak?" tanya Jackson dan Lucy mengangguk. "Kalau camtu yoyom ikit" sambungnya dan dia hulurkan pipi lalu Lucy mengucupnya. Jackson menjerit fanboying, memandang dengan muka 'kau ada?' dekat Mark dan Junior. Mark menjeling manakala Junior hanya tersenyum.
"Bluek dekat abang Junior dengan abang Mark, Lucy. Bluekk!!" kata Jackson sambil dia dan Lucy menjelir lidah ke arah Junior dan Mark. Junior mencekak pinggang, membuat reaksi marah yang mereka tahu hanya gurauan.
"Ohhhh~ bluek abang, ehhh~ Nak kena mamam ni~~~" kata Junior dan Lucy terus menjerit excited sambil menarik-narik baju Jackson, menyuruh Jackson larikan diri. Jackson terus berlari dengan Lucy dalam dukungannya. "Lari!!!"
"Mamam dia!!" kata Mark lalu dia dan Junior mengejar Jackson dan Lucy. Kedengaran Lucy menjerit-jerit excited, seram dirinya akan di'mamam' abangnya.
☆☆☆
"Waktu tu termengah-mengah aku! Kau kejar laju sangat!" marah Jackson kepada Junior. Mereka yang duduk dalam bulatan itu ketawa berdekah-dekah.
"Tapi serious" Junior menenangkan diri. "Kita ada banyak gila kenangan-kenangan kurang pandai macam tu" sambungnya dan Lucy ketawa mendengar ayat Junior. "Kenangan kurang pandai" ulang Lucy dan ketawa lagi.
"Time kenangan kurang pandai tu, Lucy manja lagi dengan abang" kata Mark, mengurangkan tawa Lucy.
"Habis tu, sekarang Lucy dah tak manja eh?" kata Lucy yang duduk di lantai di antara Jackson dan Mark.
"Bukan tak manja. Just Lucy dah besar sekarang. Mestilah dah ada ego seorang gadis dewasa, kan~~?" kata Jackson, memerli sambil dia merebahkan kepala pada bahu Lucy. Lucy tergelak kecil. "Mana ada!" marah Lucy.
Lucy dan Jackson masih bergurau dan ketawa dengan satu sama lain. Junior yang ketawa kecil menoleh ke arah Mark ternampak Mark merenung Lucy.
"Lucinda" panggil Mark. Lucy dan Jackson menoleh ke arahnya. "Adik dah besar" kata Mark perlahan dan dia mengusap rambut Lucy sambil tersenyum. Lucy tersipu malu.
"You're going to be eighteen by this July. That's such a big age. You're already turn to a grown-up girl, that soon will be a woman. So, abang nak Lucy ingat. Ingat sampai mati. Even lepas ni Lucy mungkin akan bersama dengan orang lain, Lucy kena ingat yang kitorang, abang-abang Lucy akan sentiasa ada dengan Lucy. Protect Lucy. Kitorang pernah janji yang kitorang tak akan tinggalkan Lucy. So, sekarang kitorang janji lagi sekali yang kitorang akan tepati janji lama kitorang" kata Mark, bait demi bait perkataan. Air mata Lucy bergenang dan dia terus memeluk Mark.
"Awhh Abang jangan cakap macam tu! Bunyi macam nak tinggalkan Lucy je" kata Lucy dan air matanya mengalir. Mark tergelak kecil sebelum membalas pelukan Lucy.
"Nampaknya Lucy doubting lagi" balas Mark dan Lucy turut tergelak kecil. Mark memandang Junior dan Jackson yang berusaha tahan air mata sebelum dia memberi isyarat mata, mengajak Junior dan Jackson berpelukan sekali. Mereka berpelukan, tiada lagi dialog selepas itu.
Hampir semua orang yang mengelilingi mereka turut mengalirkan air mata, terharu melihat empat beradik itu. Youngjae memeluk lengan Jaebum, membiarkan air matanya mengalir.
"Sweetnya diorang. Walaupun diorang adik beradik angkat" kata Youngjae. Jaebum pula memandang empat beradik itu tanpa sebarang air mata, sebaliknya face palm.
"Menyesal aku ajak diorang ni hang out" kata Jaebum. Tak tahan melihat empat beradik itu dengan selamba duduk bersila, menceritakan kenangan lama mereka di tengah-tengah shopping. Jaebum mengeluh berat.
"Kenapalah aku kenal diorang"
-End-
YOU ARE READING
[C] -Adopted- | Got7 JinMarkSon Malay Fanfic
Fanfiction"We're not blood brothers. But I love you guys the most" Length : 16 chapters (Complete) Genre : Angst, Humor, Comical, Family Cast : Got7 Mark, Got7 Jackson, Got7 Jinyoung, OC Lucy Start ; 17 June 2016 End ; 1 August 2016