"Party?!" Mark, Lucy, Junior dan Jackson menjadi excited mendengar ayat yang keluar dari mulut Youngjae. Jaebum berfikir seketika sebelum mengangguk. Mereka berlima kecuali Youngjae di meja makan itu berhenti menjamah makanan yang terhidang, dek kerana terlalu fokus dengan topik yang dibincangkan.
"More likely" jawab Jaebum. "Tapi rasanya lebih kepada majlis...tari-menari" sambungnya dan mengangguk lagi. Mereka berempat menjadi lebih excited.
"Woahhhhhhh so kitorang kena berpakaian formal lah ni?" Jackson membuat kepastian. Jaebum tersenyum kecil dan mengangguk. Youngjae yang seronok menikmati makanan yang terhidang mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan perbincangan itu.
"Kalau korang tak kisah, kejap lagi aku akan suruh assistant aku bawa korang untuk persiapan malam ni" kata Jaebum lagi. Empat beradik itu memandang satu sama lain, masing-masing membuat reaksi teruja sebelum pandang semula ke arah Jaebum.
"We love to join it" kata Mark. Youngjae yang mendengarnya terus menepuk tangan, teruja. Jaebum tersenyum dingin sahaja dan mengangguk faham.
☆☆☆
"Korang, ni Sehun. Sehun, ni Mark, Jackson, Junior and Lucy" Jaebum mengenalkan bodyguardnya kepada empat beradik itu. Lelaki yang jauh lebih tinggi dari Jaebum itu memakai sut penuh serba hitam, mukanya ketat tanpa senyum. Di telinganya terdapat satu alat yang bercantum dengan wayar spring yang masuk ke belakang bajunya. Sehun tunduk 45' kepada empat beradik itu. Mereka berbalas tundukkan.
"Ni assistant kau ke?" tanya Jackson, amazed dengan badan tegap milik Sehun itu.
"Taklah" jawab Jaebum sebelum dia memeluk Sehun dari sisi, begitu clingy dan childish. "Ni kawan baik aku dekat rumah ni" sambungnya dan Sehun mengeluh.
"Tuan besar, saya ialah bodyguard tuan. Bersentuhan dengan tuan secara sengaja tanpa sebarang krisis yang berlaku terhadap tuan adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan mengikut akta 261 peraturan perlindungan pusaka keluarga Im, mana-mana pekerja di bawah--"
"Diamlah, Hun. Aku tak suka dengar bebelan peraturan merepek tu. And aku kata panggil aku Jaebum!" Jaebum meleraikan pelukan dan dia mencubit lengan Sehun. Sehun memandangnya tanpa response.
"So" kata Lucy, selepas dia terperasan yang topik itu telah tamat. Sehun dan Jaebum toleh ke arahnya. "Sehun ni ke yang akan bawa kitorang untuk persiapan?"
Jaebum tersenyum dan mengangguk setuju. "Dia akan bawa korang pergi beli baju, and on the same time dia akan terangkan dekat korang aturan majlis tu nanti" kata Jaebum, relax. Kemudian bisik kepada Sehun.
"She's beautiful, isn't she?" bisiknya. Sehun memandang Lucy yang sibuk berbual dengan abang-abangnya sebelum menoleh ke arah Jaebum yang tak jemu merenung Lucy.
"Patut ke aku potong line?" gurau Sehun tanpa senyum dan Jaebum menjelingnya. "Dare you" kata Jaebum dan Sehun ketawa kecil, dingin sahaja.
"Uhm. Tuan dan cik Lee, saya rasa kita patut pergi sekarang" kata Sehun, memotong perbualan empat beradik itu. Mereka memandang Sehun dan mengangguk. Mereka bergerak keluar rumah dan Lucy di belakang sekali. Jaebum kemudian memberhentikan Lucy dengan memegang bahunya. Lucy menoleh dan Jaebum tersenyum.
"I'll look foward you tonight" kata Jaebum dan dia mengenyitkan mata. Lucy tergelak kecil sebelum tiba-tiba Lucy dipeluk seseorang dari belakang. Ianya Jackson. Jackson memandang Jaebum dengan tajam.
"Stay away from my sister, you flirty platipus" kata Jackson dan menarik Lucy pergi. Jaebum menggetap gigi, agak tak puas hati dengan Jackson.
Tiba-tiba Lucy toleh lagi sekali ke arah Jaebum dan melambai sedikit sambil mulutnya mengumam 'bye' kepada Jaebum. Jaebum terus tersenyum luas dan membalas lambaian.
Oh gosh. She's so perfect.
☆☆☆
Malam itu majlis sudah bermula. Tak tipu, kenalan keluarga Im sangat ramai. Keseluruhan taman di luar rumah dan di ruang tingkat 1 sudah pun dibanjiri manusia. Termasuk juga Mark, Junior dan Jackson yang rancak berbual sambil masing-masing memegang secawan air.
Tiga beradik itu berubah segak selepas mengikuti Sehun ke sebuah salon. Rambut blonde milik Jackson dan rambut hitam milik Junior ditolak terurus ke belakang, kemas dengan masing-masing memakai suit lengkap. Jackson memakai sut serba hitam dari atas sampai bawah. Junior memakai kemeja putih di dalam manakala tie, seluar dan kotnya bewarna hitam. Mark pula memakai kemeja hitam di dalam dengan kot, tie dan seluar putih di luar.
Sedang mereka rancak berbual, mereka didatangi Jaebum. "Korang mana Lucy?" tanya Jaebum. Mereka bertiga memandang satu sama lain sebelum menggeleng tak tahu.
"Dia dalam bilik lagi kot" kata Junior dan pada masa yang sama Jackson seolah-olah terpegun melihat anak tangga pertama dari tingkat satu.
"K--korang..." panggil Jackson tanpa mengalihkan pandangan dan jari telunjuknya menunjukkan ke arah tempat yang dia sedang pandang. Tiga lagi jejaka itu menoleh sebelum turut terkejut. Senyuman Mark meluas.
Lucy turun dari tingkat satu langkah demi langkah sambil tersenyum manis kepada abang-abangnya dan Jaebum. Lucy teramat cantik menggayakan gaun putih dengan corak bunga timbul dari pinggang hingga ke shoulder sleeve tunggal di sebelah kiri. Dia memakai sarung tangan putih hingga ke paras bawah siku dan rambutnya kemas diikat bun hair di belakang dengan crown silver kecil di kepala.
Jackson sedikit ternganga, Junior menekup mulut, excited manakala Mark memeluk tubuh dengan senyuman puas hati. Terasa sangat...wow. Tak pernah mereka melihat adik mereka secantik itu.
"Oh my seafood stew" kata Junior, masih terpegun dengan kecantikan Lucy.
"Please remind me that i'm her brother. Because i don't think i can stop falling in love with her" kata Jackson pula dan dia menelan air liur. Mark hanya tergelak kecil memandang Lucy.
"Baby abang dah besar" kata Mark perlahan.
Jaebum mengambil langkah ke tangga terakhir dan dia menunggu Lucy sehingga tiba di bawah. Lucy berhenti setapak atas Jaebum dan mereka bertukar senyuman.
"Well" kata Jaebum, memulakan topik. "It's worth to look foward you" katanya dan Lucy tergelak kecil.
"Awak pun" kata Lucy sebelum memandang Jaebum dari atas hingga bawah. "More that I expected" sambungnya dan Jaebum hanya tersenyum. Tiba-tiba mereka terdengar announcement bahawa masa menari berpasangan bermula. Jaebum memandang Lucy dengan senyuman nakal yang Lucy seakan faham maksudnya.
"Oh" Lucy memang faham senyuman Jaebum itu. "No. No. Oppa, saya tak me--"
"Tak peduli!" kata Jaebum, memotong kata-kata Lucy sebelum dia menarik pegelangan tangan Lucy dan berlari ke tengah ball room itu sambil mereka ketawa.
Junior dan Jackson nak saja hempuk kepala Jaebum lepas tu masukkan kepala dia dalam longkang, hempuk-hempuk belakang dia, masukkan dalam guni, naik heli lepas tu buang dalam laut. Tetapi lengan mereka dipegang oleh Mark, membuatkan mereka tak dapat bergerak.
"Mark Yien Tuan....adik kita..." Jackson menggetap gigi, menahan marah. Junior membuat bunyi seperti singa lapar. Berdua mereka memandang tajam Jaebum yang sedang menari dengan Lucy.
Mark tergelak kecil melihat adik-adiknya yang bengang itu. Macam kawal dua haiwan liar garang pun ada. Mark menggelengkan kepala sebelum matanya turut terpaku pada Jaebum dan Lucy. Dia terdiam seketika sebelum tersenyum sinis.
Not. That. Close, Im Jaebum. Katanya dalam hati sebelum dia melepaskan pegangannya dari Jackson dan Junior dan kemudian....
"YAH! IM JAEBUM!! STAY AWAY FROM OUR BABY!!!"
-End-
YOU ARE READING
[C] -Adopted- | Got7 JinMarkSon Malay Fanfic
Fanfiction"We're not blood brothers. But I love you guys the most" Length : 16 chapters (Complete) Genre : Angst, Humor, Comical, Family Cast : Got7 Mark, Got7 Jackson, Got7 Jinyoung, OC Lucy Start ; 17 June 2016 End ; 1 August 2016