Setiap saatku bertahan
Derita dalam duri
Sesaat menjadi gunung bertahun
Derita yang cukup pedih
Terhijab dari mata manusia.
Tempat berteduh yang rapuh
Kulihat bumbung bumi yang biru
Mencari ketenangan di atas sana
Tiada!
Cumalah mata perit ditelan cahaya.
Hati luka terpaksa
Semakin parah disentuh
Namun ku kuatkan jiwa
Wahai hati,
Jangan pernah menyerah!
Angin kencang berlalu pergi
Hujan turun menemani
Guruh bercerita tak henti-henti
Dan aku lemas dalam lautan derita.
Hati yang luka tak berdarah
Jika pulih pasti cacatnya ada
Parut ingatan sampai bila-bila
Aku tidak mahu mati!
Dengan iman yang kering.
YOU ARE READING
Puisi Hati
PuisiSegala nyanyian rentak hatiku calitkan di paparan dinding ini. Aku tidak pandai dalam berkata-kata. Maaf.