Sakit yang sembuh
kekuatan itu terbina lagi
Temboknya tinggi dan utuh
Sehingga guruh itu tidur
Terpancarlah 7 warna yang indah
Yang hadir selepas hujan.
Hati yang cukup kental
Dari tahap kesabaran
Menjadi tahap redha
Dari sakit kepada tenang.
Ketenangan itu ada
Rupa-rupanya di bawah ini
Ku sujud pada Mu Ya Allah
Engkaulah yang selalu ada.
Setiap derita itu,
Engkau tahu segala ceritanya
Engkaulah pemerhati sebelum cerita bermula.
Ya Rabb,
moga hati ini
Akan terus menjadi milik-Mu
Terus kuat kerana-Mu
Terus tabah demi-Mu
Dan akhirnya mencapai satu tahap
Yang bernama redha
Harapannya tinggi sekali
Balasan cinta dan kasih sayang dari-Mu.
YOU ARE READING
Puisi Hati
PuisiSegala nyanyian rentak hatiku calitkan di paparan dinding ini. Aku tidak pandai dalam berkata-kata. Maaf.