part 1

193 9 1
                                    

Part 1 -vampire vs wolf

'Kringgggg' locengku berbunyi nyaring membuatkan aku hilang sabar. Lantas aku mengambil jam loceng itu lalu ku baling ke arah dinding dengan sekuat hati.

"Ha..diam pun bagus-bagus"aku terus melelapkan mataku. Dalam beberapa minit aku terlelap aku mendengar suara d.o oppa memanggil ku. Agak lain suaranya. Seperti sedang menahan kesakitan.

"Saeng bangun..dah pagi ni..cepat turun sarapan..oppa-oppa kamu yang lain dah tunggu tu"panggil d.o.

Aku terus menuju ke arah pintu bilik ku lalu ku buka untuk melihat keadaan di luar. Aku melihat D.O oppa berjalan dengan perlahan-lahan manakala tangan kanannya memegang perut. Tanpa membuang masa aku masuk semula kedalam bilik dan bersiap. Selesai bersiap aku terus turun ke bawah untuk mendapatkan oppa-oppa ku yang lain. Aku terkejut melihat mereka dengan luka dan juga lebam. Aku mempercepatkan langkah ku. Lalu menarik kerusi di sisi Sehun yamg sedang tunduk memandang jari-jarinya.

Aku memandang wajah mereka silih berganti"kenapa oppa tak bagitahu Sooin yang vampire menyerang lagi??"soal ku sambil memandang kearah Suho.

"Bukan kami tidak mahu memberitahu kepada saeng..tapi kami risaukan keadaan saeng..biar kami yang terluka dan sakit. Tapi jangan adik kesayangan kami. Saeng sorang je anak perempuan daripada keluarga park yoojun..kami sebagai lelaki harus mengawasi adik perempuan kami"terang Suho oppa panjang lebar. Aku terus mengetapkan bibir.

"Kenapa salah ke kalau saeng nak lindungi oppa daripada vampire yang durjana tu yang dah ambil omma dan appa..salah ke kalau seorang perempuan nak melindungi lelaki yang dia sayang..salah ke!!??..tolong jawab!!"aku terus tengking kerana geram dengan kelakuan oppa-oppa ku yang sanggup berkorban demi ku.

"Selama ni Sooin biarkan je oppa-oppa jadi macam ni. Tapi lama kelamaan Sooin dah tal boleh terima oppa. Oppa ingat tak dulu waktu vampire datang menyerang kita buat kali ke-4. Sehun oppa nyaris-nyaris mati di tangan vampire oppa tahu!!. Bertapa takutnya Sooin apabila Sehun oppa di pukul dengan teruk. Apa gunanya Sooin sebagai anak berketurunan wolf!!"tengking ku lagi.

Aku melihat oppa-oppa ku sudah tergamam. Mereka semua tunduk memandang meja. Aku bukan berniat untuk memarahi mereka. Cuma aku kasihan melihat mereka. Aku juga ingin menentang vampire. Aku ingin membuktikan yang aku juga boleh bertarung seperti mereka bukannya sekadar menjadi penyokong di belakang mereka. Aku tahu aku ini perempuan. Dan syarat di Wolf City ialah serigala betina tidak boleh bertarung kecuali serigala betina itu tiada perlindungan daripada serigala jantan.

Aku terus duduk kembali. Aku mendengar suara esakka tangisan. Aku berpaling ke sebelah kanan. Rupa-rupanya Luhan oppa sedang menangis. Aku mula merasa serba salah.

"Bukan bermaksud Sooin nak marah oppa. Tapi Sooin juga wolf. Apa salahnya kalau Sooin lindungi oppa-oppa semua. Sooin dah tak tahan lagi oppa. Sooin juga ingin melindungi oppa dari vampire tu"kata ku dengan nada sedikit lembut. Aku terus memeluk tubuh Luhan yang tidak jauh dari ku.

-bersambung-

#terima kasih kerana sudi membaca

@rayana-anisya

Vampire Vs WolfWhere stories live. Discover now