"KAHWIN? Erk, nonono!!!" Qeela mengelengkan kepalanya apabila teringatkan kata mamanya pagi tadi. Qeela melihat jam di pergelangan tangannya.
"What! Dah pukul 9.45! Ni kalau datin cerewet tu tahu yang aku datang lambat, confirm direject gaun tu nanti. Mintak simpang jauhlah yang datin tu reject. Berhempas aku buat!" Qeela membebel panjang. Akhirnya, dia berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah.
Tiba-tiba, sebuah kereta Ferrari berhenti di sebelahnya. Terbuntang baju melayu mata Qeela apabila dia melihat kereta Ferrari berwarna hitam berada di sebelahnya.
"Wow, orang kaya sebelah akulah!!!" Jerit Qeela.
Pin!pin!
Terkejut Qeela apabila kereta tersebut mengehon. Qeela menolehkan kepalanya.
Tingkap kereta tersebut dibuka, dan orang di dalam kereta tersebut... lelaki! Macam kenal je... Lelaki tersebut menyuruhnya menurunkan cermin tingkap. Okey, ini dah melampau. Biarpun muka nampak hensem tapi jangan harap yang aku ni nak buka cermin tingkap. Kata Qeela dalam hati.
Ting! Lampu isyarat berwarna hijau. Dengan pantas, Qeela menukar gear dan menekan pedal dengan kuat. Sekelip mata, Honda City miliknya meluncur laju di atas jalan tar.
"Heh, ni Ruhaisa Aqeela la... there's no regret on me!" Kata Qeela dengan megahnya.
Tak sampai 15 minit, akhirnya dia sampai di hadapan butiknya, Qeela Design.
Pintu kereta dibuka, dengan pantasnya Qeela memanjangkan lehernya melihat ke dalam butiknya. Fuh! Belum sampai lagi datin cerewet diawet tu! Kalau tak,naya!
"Morning bos," sambut Mei apabila Qeela masuk ke dalam butiknya. "Datin Arisa dah datang ke belum?" Tanya Qeela kepada Mei.
"Not yet," jawab Mei.
"Fuh!" Qeela menarik nafas dalam. Tiba-tiba, telefonnya bergetar di dalam poket seluar longgar . Silent mode la katakan.
iPhone 6S diambil dari poket seluar. Tertera nama... arrggh! Pagi-pagi dah nak spoilkan mood orang. Malasnya dia hendak menjawab panggilan dari lelaki durjana tu! Memang durjana, bukan arjuna!
"Sape yang call tu?" Tanya Mei. Sesekali matanya memandang ke arah skrin telefon Qeela.
"Sape lagi kalau bukan si Emir tu!" Dengan malasnya, Qeela menjawab.
Jujur, Qeela benci dengan lelaki itu! Lelaki yang dulunya telah mengkhianati cintanya. Kini, Ruhaisa Aqeela yang lemah telah mati!
"Hah, kenapa you tak jawab? Kalau I, confirm I jawab," ujar Mei dengan gembira.
"Kalau you nak sangat, I boleh bagi number phone dia pada you," kata Qeela berbaur marah.
Mei hanya tersengih kambing busuk! Gatal tahap babun!
"IAN! Bak sinilah pembaris saya tu! Eee... awak ni!" Qeela mengejar lelaki yang dipanggil Ian itu! Eee...
"Taknak... aku rasa ni aku punya kot," ujar Ian sambil menunjukkan pembaris 15 cm di hadapan muka Qeela.
"Eh, suka hati awak je nak kata yang pembaris tu nama awak, ni tak tengok ke nama saya lekat kat pembaris tu," jawab Qeela. Memang lucu, semua barang miliknya pasti dilabel dengan namanya, R.Q. Ini ialah cara pencegahan dari dicuri oleh mamat senget tu!
"Ek? Okey," Ian terus membaling pembaris tersebut ke atas lantai. "Eee... awak ni!" Qeela melangkah ke hadapan untuk mengambil pembarisnya. Tiba-tiba, Ian memijak kaki Qeela hingga gadis berumur 17 tahun tu hampir terjatuh.
"Opocot!" Qeela terus memaut lengan sasa Ian hinggakan mereka berdua jatuh sama di atas lantai. Nasib menyebelahi Qeela kerana kepalanya tidak terhantuk pada lantai tapi emergency landing di atas dada Ian. Ian pula terkejut apabila melihat si Qeela elok landing di atas dadanya. Tiba-tiba, dia terasa ada sesuatu yang tidak kena pada jantungnya.
Muka Qeela merah menyala apabila semua orang ketawakannya. Dengan cepat, Qeela bangun lalu membetukan baju kurungnya dan tudung.
"Ni kenapa kecoh sangat ni!" Pashhh!!!! Bunyi pukulan rotan di atas meja menyebabkan suasana hening. Ian dengan pantasnya bangun.
"Kamu ni dah kenapa Raqhil Arfian!" Alamak! Cikgu Hana a.k.a guru disiplin. Okey, ni confirm ke bantai!
"Erk!"
Snap!!!
Qeela terkejut. Terkejut apabila tiba-tiba Mei memetik jarinya di hadapan muka Qeela. Wajah putih Mei dipandang lama. Aku mimpi apa tadi? Qeela bertanyakan diri di dalam hati.
"Hei, Datin Arisa dah datang la..." ujar Mei.
"Hah?!" Dengan cepat, Qeela turun dari kerusi di pantri lalu melangkah laju ke hadapan.
Ketika sampai di hadapan, Qeela melihat seorang wanita dalam lingkungan 50-an sedang duduk di sofa.
"Assalamualaikum Datin," Qeela memberi salam kepada Datin Arisa yang... oo...muka masam!
"Waalaikumsalam," jawab Datin Arisa sambil melihat Qeela.
"Datin baru sampai ke?" Tanya Qeela sedikit gugup.
"Yes... you apa khabar sekarang ni Ruhaisa?" Tanya Datin Arisa.
Belum sempat Qeela bersuara, Mei datang membawa dulang.
"Jemput minum Datin," jemput Mei. Dia meletakkan jag air orange dengan 3 cawan.... waitttttoo! 3 cawan, setahu aku cuma aku dan Datin je duduk kat sini. Takkanlah si Mei ni yang nak ikut minum. Melampau!
"Mei, I rasa you terlebih bawa cawan ni," tegur Qeela.
"Ruhaisa, sebenarnya I ada bawa anak I sekali," terang Datin Arisa. What?!
"Err...mana anak datin?" Tanya Qeela.
"Tengah minum kat kafe katanya...hah, tu pun dia," ujar Datin Arisa sambil memandang ke arah pintu masuk. Oleh kerana pintu masuk berada di belakang Qeela, dia menolehkan kepalanya.
Pintu cermin ditolak dan... wow! Handsomenya...dengan baju kot berwarna maroon, kemeja putih yang dibiarkan 3 butang terbutang dan seluar yang sama warna dengan kot nya. Rambut terpacak tinggi di atas kepala berwarna hitam-coklat. Dan matanya...aik guna cermin mata hitam pula? Waitto!!! Macam pernah ku lihat saja...tapi di ma....na... ya......!!!!
"Mommy," lelaki tersebut terus meluru ke arah Datin Arisa. Kejap, mommy? Takkanlah mamat gatal traffic light tu anak customer aku?!
"Hey there..." lelaki tersebut senyum kepadanya.
"Ar, behave yourself!" Tegur Datin Arisa. Padan muka!
"Eh, Ar tak buat apa pun lah. I just smiled, not touch her okey," ujar lelaki tersebut.
"Ruhaisa, I kenalkan, this my eldest son, Ku Raqhil Arfian,"
And....what!!!!!!!!!!
![](https://img.wattpad.com/cover/75554138-288-k390775.jpg)
YOU ARE READING
Dia... Pilihan Terbaik Buatku
RomansaPERTEMUAN pertama antara Ruhaisa Aqeela, seorang pemilik butik yang selalu gagal dalam percintaan dengan seorang lelaki yang agak pedas untuk dipandang, Ku Raqhil Arfian. "Kau ni nak rawat luka aku ke nak bunuh aku hah?!"-Arfian "Dua-dua,"-Qeela ...