Three

15 0 0
                                    

"Rumah Perdanaaaaaaa, sila beratur di belah kiri saya." jerit Cikgu Bashih yang sedang memegang mikrofon dengan erat.

Hari ini, merupakan hari sukan tahunan bagi sekolah Joe. Rumah Perdana mewakili rumah berwarna Merah. Biasa la, dulu dulu punya nama mesti guna jenama kereta buatan Malaysia. Hakikat sebenar, kualiti barangan kita ni bukannya elok mana. Dengan orang atasan yang tak semenggah.

Waktu waktu begini la menjadi kegemaran budak lelaki sekolah. Dapat tengok budak perempuan punya penampilan dengan lebih terang dan sedap.

"Woi Joe, cikgu Karim panggil. Nama kau naik masuk acara 4x100. Leman tak boleh masuk, ankle problem katanya" jerit Ayoi yang merupakan kawan sepasukan rumah sukan.

"Okay okay, mana lain? Suruh dak dak tengok aku lari. Aku nak form harini. Nak tapau semua budak rumah lain." kata Joe yang semangatnya yang lain macam harini.

"Hekeleh, real betul dia ni." getus Ayoi dalam hati.

Joe terus pergi ke tepi balapan untuk melakukan aktiviti pemanas badan. Bersama sama budak rumah lain, ada yang melakukan dengan bersungguh sungguh. Ada yang bersahaja saja. Bagi dia, warm up ni penting agar tak jem ketika larian nanti, jadi dia buat dengan penuh real dan takkabur.

"Okay, acara yang ditunggu telah tiba. Acara larian 100 meter oleh semua wakil rumah. Para peserta, sila masuk ke balapan." ucap Cikgu Bashih yang masih pegang mikrofon dengan kuat dan mantap.

Joe mula mengambil tempat dan lorong aku. Dia mula dengan lorong ketiga dari kanan. Kira tengah tengah la.

"3......2.....1....pritttttttttttttt" bunyi wisel yang ditiup oleh cikgu Araso.

Joe mula berlari dengan agak lambat kerana keadaan track yang basah mengganggu prestasinya. Bunyi vuvuzela yang kedengaran, disambung dengan sokongan daripada kawan kawan ku. Dia kembali fokus seperti didalam dewan peperiksaan.

Crush SekelasHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin