Four

16 0 0
                                    

Berlari dengan penuh bersemangat, Joe terpandang ke arah grandstand balapan Kompleks Sukan Kg Pandon. Dia terlihat suatu keindahan iaitu orang yang sangat dia kenali.

Hana yang melompat kegirangan menyokong seperti ibu kepada budak dalam iklan air jenama terkenal, Milo.

Joe jadi tak tentu arah, dia perlu fokus untuk memastikan kejuaraan itu milik dia. Mungkin juga dengan kejuaraan yang akan dia menangi, dia juga akan memenangi hati Hana. Memang itulah impian dia sejak Hana pindah ke sekolahnya tempoh hari.

"Yeahhhhhh, Joe menangggggg. Steady la Joeeeeee." jerit Kecik yang berada di tepi balapan sambil mengangkat kedua dua ibu jarinya tanda terbaik.

Joe yang menang tempat pertama bagi acara tu sekali gus tapau semua budak budak rumah lain. Memang itu yang dia mahukan sejak awal perlumbaan tadi, walaupun dia hanya bidan terjun bagi wakil rumah sukannya kerana pelari sebenar, Leman tidak dapat meneruskan akibat masalah buku lali.

"Terbaik la Joe, itu kalau Usain Bolt tengok kau tadi. Mahu dia pencen jadi runner. Haha" pujian yang ada unsur kelakar diberikan oleh Jiman.

"Aku dah agak dah Joe, kau memang boleh punya. 3 tiang jugak kau cicitkan Alep tadi." ujar Min yang menerangkan tentang kehebatan Joe menewaskan Alep yang berada di tempat kedua.

Joe mula bangga, takkabur dan kembang. Tapi dia simpan semua perasaan tu agar tak nampak oleh semua yang pujinya. Dia duduk ditepi sambil minum sebotol minuman tenaga berjenama Gatorade. Mujur sekolahnya yang sponsor air, kalau tak, tak merasa juga dia minum. Yelah bapak mahal air tu kot.

Crush SekelasHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin