Six

14 0 0
                                    

Hati Joe sudah tak keruan. Dia rasa, dia perlu konfes ke Hana tentang perasaan cintanya. Biarpun baru berapa bulan dia mengenali Hana, dia dapat rasakan Hana la paling ngam dengan dia. Mungkin sebab Hana yang memiliki raut wajah seperti Miley Cyrus.

Sejak Hana pindah ke sekolah dia, Joe tidak pernah berpeluang untuk minta nombor phone Hana. Mungkin bagi Joe, terlalu awal atau dia sendiri tidak mahu terburu buru.

*First move takda, susah jugak jadi lelaki. Konfiden tu penting. Kena reject tu belakang kira, janji kita try.

Entah la, Joe sangat tidak yakin untuk pikat hati Hana. Tidak seperti makwe makwe lain. Waktu dengan Fini dulu, mudah aja dia try. Tak lupa juga dengan Tasha. Mentah mentah je Tasha terhegeh hegeh dengan dia. Sedangkan Joe dulu hanya pandang Tasha tu sebelah mata je.

Joe dah nekad, dia akan mulakan first move dia waktu persekolahan tamat nanti.

"Ahhh aku tak kira, kalau aku kata aku nak, aku nak. Jika perlu makan sport rim motor Kecik pun, aku sanggup. Tapi kasi rebus dulu la." getus Joe sendirian.

Tepat pukul 1:30 tengahari.

"Hi Hana, jom lepak kantin jap. Lama tak borak borak dengan Hana." ajak Joe dengan alasan yang cukup mantap.

"Okay jom. You belanja i air kotak Guava okay hehe" gurau Hana yang kehausan.

Bunyi bising yang menguasai kantin sekolah mereka pada waktu puncak. Kawan kawan Joe jugak ada tapi masing masing dengan hal sendiri. Kecik yang bersama junior yang baru saja dia try semalam. Jiman yang keseorangan. Fini tak datang yang buat dia lain macam sikit. Ewan pula yang sedang sedih teringatkan markah mata pelajaran Prinsip Akaun dia pada ujian lepas. Kunci kira kira tak jadi katanya.

Joe mula susun ayat paling terbaik pernah dia susun. Dalam ujian Bahasa Melayu, takda pula dia nak ejas macam yang dia nak konfes ke Hana ni. Eh budak sekarang, goals punya pasal la ni. Banyak ikut barat.

Crush SekelasHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin